MALAYSIA (14 Mei 2025) – Harley-Davidson dan MotoGP akan melancarkan satu kejohanan perlumbaan global baharu yang menampilkan motosikal bagger Harley-Davidson, yang akan mula dipertandingkan pada tahun 2026. Siri perlumbaan yang terdiri daripada dua belas perlumbaan ini akan berlangsung di enam Grand Prix di Eropah dan Amerika Utara, dengan para pelumba bertanding menggunakan motosikal Harley-Davidson Road Glide yang diubah suai khas untuk perlumbaan, dalam dua perlumbaan bagi setiap pusingan. Read more →
Archive for: May 2025
(SUKAN) 12 JAM MISANO – PENAMPILAN SULUNG BUAT VIPER NIZA RACING MALAYSIA
Itali bakal menjadi pentas untuk hujung minggu perlumbaan yang sangat dinanti-nantikan oleh Pasukan Viper Niza Racing apabila mereka bersiap sedia untuk bertanding dalam perlumbaan 12 Jam Misano buat kali pertama di litar yang belum pernah mereka lalui sebelum ini. Read more →
(HIBURAN) MISI DIAKTIFKAN: EJEN ALI KEMBALI BERAKSI!
Putrajaya, 19 Mei 2025 – Ejen Ali kembali beraksi, dan misinya kali ini lebih besar daripada sebelumnya! Merupakan satu detik bersejarah dalam dunia animasi tempatan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) muncul semula menggegarkan layar perak menerusi tayangan perdana yang berlangsung malam ini di IOI City Mall, Putrajaya. Setelah sekian lama dinantikan para peminat di dalam dan luar negara, filem ini membawa penonton menyelami semula dunia ejen muda kegemaran ramai menerusi sebuahpengalaman animasi 3D yang menakjubkan serta padat dengan aksi, pengembaraan, di samping penceritaan heroik yang sesuai untuk semua peringkat usia. Read more →
(SUKAN) KELUANG MAN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT DI ACARA FUN RUN SUPERHERO ORIGINAL PERTAMA MALAYSIA
18 Mei 2025, Kuala Lumpur – Bagi menambahkan lagi keterujaan penonton sebelum filem live-action Keluang Man ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, Astro Shaw membawakan pengalaman filem tersebut menerusi acara ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, larian superhero Original Pertama Malaysia. Read more →
(SEMASA) MALAYSIA AUTOSHOW 2025 JANA LEBIH RM1.72 BILION JUALAN POTENSI, TARIK 294,062 PENGUNJUNG
SERDANG, 19 MEI 2025 – Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) melabuhkan tirainya dengan kejayaan paling cemerlang setakat ini, mencatat kehadiran pengunjung tertinggi sebanyak 294,062 orang, serta RM1.72 bilion dalam potensi jualan hasil daripada 3,194 tempahan kenderaan, 1,512 pertukaran kenderaan dan 18,824 prospek jualan. Acara ini dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan sokongan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dan menyerlahkan kepimpinan Malaysia dalam mobiliti generasi baharu ketika negara memegang Pengerusi ASEAN 2025. Read more →

