Archive for: May 2025

(SEMASA) VESPA SPRINT TECH 2025 BAHARU

Serdang, Selangor, 9 Mei 2025 – Didi Group dan Vespa bersiap sedia untuk memikat pasaran dengan pelancaran model terbaharu yang bergaya – Sprint Tech 2025 Baharu – di mana teknologi canggih digabungkan secara harmoni dengan reka bentuk yang abadi, menawarkan gabungan inovasi dan keanggunan yang berkekalan. Vespa dengan bangganya mengekalkan warisan gemilangnya melalui rekaan ikonik yang menjadi lambang jenama ini, sambil terus menerima inovasi menerusi integrasi teknologi terkini. Sprint Tech Baharu menyerlahkan keseimbangan ini, menghasilkan kombinasi estetika dan prestasi yang sempurna. Read more →

ROYAL ENFIELD MENONJOL DI PERTUNJUKAN AUTO MALAYSIA DENGAN BEAR 650 DAN CLASSIC 650

Malaysia, 9 Mei 2025: Royal Enfield, peneraju global dalam segmen motosikal bersaiz sederhana, telah mencuri tumpuan di Pameran Auto Malaysia 2025 dengan pelancaran dua motosikal serba baharu – Bear 650 dan Classic 650. Kedua-dua motosikal ini sangat serba boleh dan menawarkan nilai hebat untuk penunggang dari semua peringkat. Read more →

(SEMASA) Kempen “Skin Protection, Life Perfection” KAO Malaysia Mempromosikan Amalan Kesihatan Kulit Sepanjang Hayat, Bermula dari Zaman Remaja

KUALA LUMPUR, 8 MEI 2025 – KAO Malaysia dengan kerjasama Watsons, hari ini telah melancarkan kempen “Skin Protection, Life Perfection”, bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk memupuk amalan perlindungan kulit sebagai asas kepada kesihatan dan keyakinan diri sepanjang hayat. Kempen ini memperkenalkan ekosistem kolaboratif yang menggabungkan penyelesaian penjagaan kulit Bioré, dengan program berasaskan ganjaran Watsons untuk meningkatkan kesedaran terhadap faedah amalan perlindungan dan pemeliharaan kesihatan kulit sepanjang hayat. Ekosistem ini juga akan menyokong kegiatan penyelidikan kesihatan kulit di Malaysia melalui peruntukan derma bernilai 1% daripada keseluruhan hasil jualan kempen. Read more →

(SEMASA) Honda Lancarkan CB1000 SP Streetfighter dan Honda Gold Wing Tour 2025

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. secara rasmi melancarkan Honda CB1000 SP 2025, model yang dinanti-nantikan ramai dan kini menjadi tambahan menarik dalam barisan motosikal Honda yang pasti menggamit minat penggemar motosikal naked. Dengan reka bentuk streetfighter yang berotot, prestasi mendebarkan dan pengendalian yang tepat, CB1000 SP kini menjadi bualan hangat di dunia dua roda.

Read more →

(SEMASA) GIVI ASIA LANCAR KOLEKSI TOPI KELEDAR TERBAHARU “M37.0 GRANDE”  & KOTAK SIMPANAN “THE ULTIMO”

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2025 – Terus maju dalam dunia pengeluaran aksesori motosikal, GIVI kini tampil memperkenalkan rangkaian produk baharu yang mengangkat tema ““Dipacu Inovasi, Meneraju gaya tunggangan masa hadapan” ke tahap yang lebih tinggi — iaitu topi keledar M37.0 Grande” dan “Ultimo Monolock Topcase The Series”. Pelancaran produk tersebut telah berlangsung di Maeps, Serdang bersempena dengan Malaysia Autoshow 2025, hari ini.  Read more →