Archive for: May 2025

(SUKAN) MALAYSIA BAKAL MENGANJURKAN SIRI GR86 CUP

Perlumbaan satu jenama di Malaysia akan dipertingkatkan pada tahun 2025 dengan pelancaran GR86 Cup Malaysia Series yang menampilkan model coupe sukan terbaharu, Toyota GR86. Dianjurkan oleh Haro Sports and Entertainment Sdn Bhd, siri perdana GR86 Cup Malaysia akan membuat penampilan sulung sebagai perlumbaan sokongan dengan dua perlumbaan 10 pusingan semasa pusingan Malaysia 2025 SUPER GT Series dari 26 hingga 28 Jun 2025. Dua lagi pusingan dijadualkan sepanjang tahun dengan Pusingan 2 berlangsung bersama perlumbaan Malaysia Championship Series 300km, manakala pusingan akhir (Pusingan 3) akan menampilkan perlumbaan sejauh 86 pusingan. Ketiga-tiga pusingan akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang Petronas. Read more →

(HIBURAN) for Revenge: Ada Selamanya Live in Kuala Lumpur – Dari Luka Jadi Lagu, Dari Duka Jadi Doa

‘for Revenge’ band berasal dari Kota Bandung yang terkenal sebagai nadi gerakan muzik alternatif Indonesia. Sejak ditubuhkan pada 2006, mereka bukan sekadar bermain dalam ruang post-hardcore dan alternatif rock, tetapi mencipta sebuah dunia di mana kehilangan, kekecewaan, dan luka menjadi bahasa kasih antara mereka dan para peminat. Read more →

(HIBURAN) GLENN FREDLY HOLOGRAPHIC PERFORMANCE: LIVE IN MALAYSIA


Sebuah Perayaan Cinta, Warisan, dan Kehidupan yang Tak Pernah Padam.Alunan suaranya membuai rasanya jutaan jiwa. Lagu dendangannya terus hidup meskipun Glenn Fredly sudah pergi buat selama-lamanya.  Read more →

(HIBURAN) ERA BAHARU HIBURAN: PELANCARAN RPM GROUP & JELAJAH ROCKOLOGY 2025

Kuala Lumpur, 5 Mei 2025 – Industri hiburan Malaysia mencatat satu lagi pencapaian penting dengan pelancaran rasmi RPM Group of Companies, yang menaungi tiga entiti dinamik dalam dunia seni dan hiburan:

  • Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd. – peneraju dalam produksi kandungan kreatif dan penerbitan drama, filem dan program-program hiburan berimpak tinggi.
  • RPM Events Sdn. Bhd. – syarikat pengurusan acara yang memfokuskan kepada konsert, festival muzik, acara korporat dan program berskala besar.
  • RPM Labels Sdn. Bhd. – label rakaman yang memberi tumpuan kepada pembangunan artis, pengeluaran muzik berkualiti tempatan serta untuk mencungkil bakat bakat baru untuk diketengahkan.

Read more →

(SEMASA) Segarkan Pengembaraan Anda Seterusnya dengan Warna Baharu ADV160

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan sukacitanya memperkenalkan pilihan warna terkini untuk Honda ADV160, kini tampil dengan warna baharu Matte Black dan Merah, di samping warna sedia ada iaitu Putih. Reka bentuk jalur bergaya menonjolkan penampilan lasak skuter ini, menyerlahkan gaya pengembaraan dalam setiap tunggangan. Ketiga-tiga pilihan ini ditawarkan pada harga RM13,249.00. Semua harga yang dinyatakan adalah harga cadangan runcit (RRP) tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Read more →