Archive for: July 2025

(SUKAN) Kejohanan Pickleball Tenaga Bersih Pertama Malaysia – Dikuasakan oleh Solarvest

Kuala Lumpur, 2 Julai 2025 – Solarvest, penyedia tenaga bersih terkemuka, bakal mencipta sejarah dengan memperluas komitmen kelestariannya daripada sektor tenaga ke arena sukan komuniti. Semalam, syarikat tersebut secara rasmi melancarkan Piala Pickleball Solarvest 2025, satu kejohanan inovatif yang akan berlangsung pada 2 hingga 3 Ogos 2025 di Picklefy, Shah Alam. Kejohanan ini akan menjadi kejohanan pickleball pertama di Malaysia yang dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga boleh diperbaharui 100%. Read more →

(HIBURAN) KLP48 Raikan Ulang Tahun Pertama dengan Konsert Istimewa “〜BLOOM〜” Menampilkan JKT48, Ismail Izzani dan COËX sebagai Artis Jemputan

Kuala Lumpur, 1 Julai 2025 – Kumpulan idola yang semakin meningkat naik dari Kuala Lumpur, KLP48, bakal menyambut ulang tahun pertamanya dengan sebuah konsert istimewa bertajuk “〜BLOOM〜” yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 16 Ogos 2025, jam 5.30 petang di Zepp Kuala Lumpur. Read more →

(HIBURAN) HEMBUSAN NAFAS BAHARU EXISTS DALAM “ALASANMU”

Kumpulan rock ikonik tanah air, Exists, kembali dengan penuh semangat melalui pelancaran semula single klasik mereka “Alasanmu”, yang kini diberi nafas baharu dari segi susunan muzik, emosi dan penceritaan. Diterbitkan oleh syarikat rakaman prolifik, Sony Music Malaysia, lagu ini bukan sekadar satu gubahan semula, tetapi pengakuan jujur dan refleksi peribadi terhadap perjalanan penuh cabaran kumpulan ini dalam industri muzik tempatan. Read more →

(HIBURAN) EXISTS Persembahkan EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ 4 Oktober 2025 Bakal Beri Kemewahan Peribadi Buat Peminat

EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ. Begitu nama penganjuran konsert terbaharu EXISTS — kumpulan yang dianggotai Ujang, Ajai, Musa, Along dan Ezad. Judul EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ sememangnya sesuai dengan kredibiliJ mereka. EXISTS bukan kumpulan masa kini, namun kerana kualiti dan betapa malar segar karya yang telah dicipta sejak akhir tahun 1991, kumpulan ini menjadi pemuzik dari era 90-an yang paling laris dalam pasaran penganjuran konsert masa kini. Read more →

(HIBURAN) DATO’ M.N46IR CIPTA 3 Lengkapkan Trilogi Konsert Bakal Jadi Malam Ini Gua Rock Paling Epik Bersama Etiqa selaku rakan strategik utama. 

Konsert DATO’ M. N45IR CIPTA pada 0gos 2024 mencetak sejarah dengan kehadiran lebih 8,000 peminat di Axiata Arena Kuala Lumpur. Konsert M DATO’ M. N45IR CIPTA 2 yang berlangsung sekitar dua bulan selepas penganjuran pertama iaitu Oktober 2024 juga mencipta momen tersendiri. Sehingga kini khalayak masih mengingat bagaimana konsert turut berlangsung di lokasi sama dihujani duit RM1 berjumlah RM10,000 keseluruhan saat penghibur yang terkenal dengan gelaran sifu itu menutup DATO’ M. N45IR CIPTA 2 menerusi persembahan lagu raya. Read more →