Archive for: August 2025

(SEMASA) Samsung Galaxy Event: Introducing the Galaxy AI Experience to Our Latest Innovations

A new gateway to the latest Galaxy AI experience is about to open.

Join us on September 4 to discover a more seamless mobile experience across a wider range of devices – from premium AI tablets to the newest member of the Galaxy S25 family.

Be part of the reveal online and see how the next evolution of Galaxy sets a new standard for effortless productivity through multimodal capabilities. The event will be streamed live on Samsung.com and Samsung’s YouTube channel beginning at 5.30PM Malaysia Time, 4th September.

Stay tuned and make sure to visit https://news.samsung.com/my/ for all upcoming teasers, trailers and updates ahead of the Samsung Galaxy Event September 2025.

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————–

Acara Samsung Galaxy: Memperkenalkan Pengalaman Galaxy AI dalam Inovasi Terbaharu

Satu gerbang baharu menuju kepada pengalaman Galaxy AI terkini bakal dibuka.

Samsung dengan sukacitanya menjemput anda pada 4 September 2025 untuk menyaksikan pelancaran pengalaman mudah alih yang lebih lancar merentasi rangkaian peranti yang lebih meluas – daripada tablet AI premium sehinggalah kepada ahli terbaharu keluarga Galaxy S25.

Majlis pelancaran ini akan menampilkan evolusi terbaharu Galaxy yang menetapkan piawaian baharu dalam produktiviti tanpa halangan melalui keupayaan multimodal.

Acara ini akan disiarkan secara langsung menerusi Samsung.com dan saluran rasmi YouTube Samsung bermula jam 5.30 petang waktu Malaysia, pada 4 September 2025.

Untuk maklumat lanjut, teaser, treler serta perkembangan terkini menjelang Acara Samsung Galaxy September 2025, sila layari https://news.samsung.com/my/.

(SEMASA) MBSB BANK LAKAR SEJARAH DENGAN KERJASAMA WISE, PERKENAL PERKHIDMATAN GLOBAL EASY TRANSFER

PETALING JAYA, 28 Ogos 2025 – MBSB Bank Berhad hari ini melancarkan GET – Global Easy Transfer, sebuah perkhidmatan kiriman wang antarabangsa baharu yang dibangunkan melalui kerjasama dengan Wise, syarikat teknologi global yang terkemuka dalam pembayaran rentas sempadan. Read more →

(SEMASA) QJMOTOR MALAYSIA KINI MELANCARKAN SKUTER ELEKTRIK DENGAN HARGA MAMPU MILIK IAITU QJMOTOR E-LTR.

PULAU PINANG, 25 OGOS 2025 – QJMOTOR Malaysia dengan bangganya memperkenalkan model elektrik terbaharunya, QJMOTOR E-LTR, yang menggabungkan reka bentuk moden, prestasi dinamik serta teknologi praktikal untuk kegunaan harian. Pelancaran rasmi ini menandakan kemasukan QJMOTOR ke segmen skuter elektrik pertama di Malaysia. Read more →

(SUKAN) PETRONAS-MSF MERDEKA RACE 2025 DENGAN KERJASAMA PETRONAS PRIMAX

Laluan menuju ke Merdeka akan menjadi lebih mencabar buat para pelumba tahun ini apabila Petronas-MSF Merdeka Race 2025 – powered by Petronas Primax mengumumkan perlumbaan ketahanan 111 pusingan yang melibatkan lebih daripada 400 kereta dan motosikal pada hari Ahad, 31 Ogos. Read more →

(HIBURAN) ‘ABAH SAYA, UNCLE MIKE’ : KASIH SAYANG KELUARGA BUKAN SEKADAR PERTALIAN DARAH

26 Ogos 2025, Kuala Lumpur – ‘Abah Saya, Uncle Mike’, sebuah filem penuh emosi yang pasti mengundang air mata, mengangkat erti kasih sayang keluarga yang melangkaui pertalian darah. Berbeza dengan kisah kekeluargaan tipikal, filem ini menampilkan dinamika keluarga yang terbentuk daripada latar bangsa, agama dan budaya yang berbeza, sekali gus menjadikannya sebuah naskhah yang belum pernah diterokai dalam sinema tempatan. Inilah kisah tentang keluarga yang tidak lahir daripada ikatan darah, tetapi daripada kepercayaan, penerimaan dan kasih sayang tanpa syarat. Read more →