Archive for: August 2025
(SEMASA) Inisiatif Merdeka Experian Malaysia, “Leaders on the Walk” Memupuk Kepimpinan Generasi Baharu
Kuala Lumpur, 9 Ogos 2025 – Experian Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan gemilang program “Leaders on the Walk”. Acara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bersejarah ini, diadakan dalam semangat meriah sambutan Merdeka, telah menyaksikan penyertaan luar biasa lebih daripada lebih 20 pemimpin industri dan eksekutif tertinggi yang berjalan bersama dengan lebih 300 pelajar universiti, graduan baharu, profesional muda dan pengurus baharu dalam kerjaya mereka sepanjang laluan dinamik sejauh 5 kilometer. Inisiatif ini berjaya merapatkan jurang serta memecahkan tembok antara pemimpin berpengalaman dan bakat baharu, membina hubungan mentor secara langsung dan dialog yang bernilai di luar persekitaran rasmi dan tradisional.
(SEMASA) ASTRA, Bateri Pilihan Mekanik Kini Disahkan SIRIM – Bateriku Perkukuh Keyakinan Pengguna Dengan Peluncuran Makmal Kualiti Bateriku
Shah Alam, 7 Ogos 2025 – Bateriku (M) Sdn. Bhd. (“Baterikuˮ), penyedia Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan (Connected Roadside Assistance) nombor satu di Malaysia, hari ini mencatatkan satu lagi pencapaian penting melalui pelancaran rasmi bateri automotif ASTRA yang telah menerima pensijilan SIRIM bagi kesemua 28 SKU produknya. Read more →
(HBURAN) THE ZIKR KEMBALI MENGGEGAR: SINGLE TERBAHARU “KEMBALI” CETUS ERA BAHARU NASYID TANAH AIR
KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2025 — Selepas lebih tiga dekad menyepi dari dunia rakaman, kumpulan nasyid ikonik tanah air, The Zikr, kini tampil semula dengan single terbaharu berjudul “Kembali”, sekali gus menandakan permulaan era baharu dalam perjalanan seni mereka. Read more →
(SUKAN) Piala Solarvest Pickleball 2025 Cipta Sejarah Sebagai Kejohanan Tenaga Bersih Pertama di Malaysia
Shah Alam, 6 Ogos 2025 – Edisi sulung Solarvest Pickleball Cup 2025, sebuah acara yang dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga bersih, telah melabuhkan tirai hujung minggu lalu di Picklefy, Shah Alam. Kejohanan ini, yang menghimpunkan lebih daripada 450 pemain dari 12 negara termasuk Malaysia, India, Indonesia, Jepun, Vietnam, Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Australia, Myanmar, China, dan Laos, mencipta sejarah sebagai acara pickleball pertama di Malaysia yang menggunakan 100% tenaga boleh diperbaharui. Read more →

