Kuala Lumpur, Malaysia – Kumpulan alt-hardcore dari Malaysia, NO TIME FOR SILENCE, kembali dengan ledakan terbaru melalui single mereka “i dont wanna die tonight.flp”, lagu pembuka kepada album debut yang dinanti-nantikan, CRASH REPORT: braceforchange.flp has stopped working, yang bakal dilancarkan pada Disember 2025. Read more →
Archive for: August 2025
(HIBURAN) ASTRO TAMPIL DENGAN FORMAT BAHARU DAN PENYERTAAN LEBIH INKLUSIF MENERUSI ‘KILAUAN EMAS 2025’
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2025 – Astro, selaku peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, terus memperkukuh komitmennya dalam mencungkil serta mengangkat bakat tempatan menerusi penganjuran musim terbaharu program realiti nyanyian ikonik, Kilauan Emas 2025. Menampilkan pendekatan yang lebih segar dan inklusif, program ini akan mula bersiaran pada 16 Ogos 2025, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105). Read more →
(SUKAN) ROTARY CLUB OF HARTAMAS ANJUR PEACE RUN & WALK 2025 DAN END POLIO RUN & WALK 2025 UNTUK MENYATUKAN RAKYAT DEMI TUJUAN MULIA
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2025 – Rotary Club of HartaMas dengan kerjasama Kita Pelari Malaysia dan KLCC Runners Group bakal menganjurkan dua acara komuniti utama bertemakan kesihatan dan advokasi awam iaitu:
- Peace Run & Walk 2025, yang akan berlangsung sempena Bulan Keamanan Sedunia bagi mempromosikan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.
- End Polio Run & Walk 2025, bersempena Bulan Polio Sedunia, bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit polio dan menyokong usaha global Rotary untuk membasmi penyakit ini.
(HIBURAN) DAIYAN TRISHA MENANG BESAR DI AMT2025, TERMASUK ANUGERAH UTAMA!
Daiyan Trisha terus mengukir namanya sebagai ikon fesyen tanah air apabila mencipta sejarah tersendiri di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) dengan menggondol dua anugerah, iaitu Anugerah Selebriti Stailo Terhangat dan anugerah utama, Anugerah Melodi Terhangat. Kemenangan berganda ini bukan sahaja mengukuhkan pengaruhnya dalam dunia seni, tetapi juga mengesahkan kedudukannya sebagai figura fesyen yang benar-benar menginspirasikan ramai. Read more →


