Archive for: September 2025

(HIBURAN) GENERASI: PERFECT 10 SINGKAP REALITI TEKANAN REMAJA DALAM MENGEJAR IMPIAN DAN MENCARI IDENTITI

Kuala Lumpur, 4 September 2025 – Terkenal dengan penceritaan berani yang melangkaui genre dan berjaya memikat hati peminat drama serta rakyat Malaysia, Astro Originals kembali dengan sebuah karya baharu untuk semua lapisan penonton, Generasi: Perfect 10. Ia adalah sebuah drama inspirasi daripada pengalaman gadis remaja yang mengejar impian menjadi atlet gimnastik profesional. Siri ini akan mula ditayangkan bermula 19 September 2025, setiap hari Jumaat bermula 12.00 tengah malam di OnDemand atau jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108).

Read more →

(HIBURAN) HUJAN LANCAR SINGLE “DEMI LENCANA DI DADA”, LAGU RASMI HARIMAU MALAYA SUNTIK SEMANGAT MEMBARA HASIL KERJASAMA WARNER MUSIC MALAYSIA & FAM

Kuala Lumpur, 4 September 2025 – MAHU menyemarakkan semangat membara bukan sahaja kepada pemain tetapi juga kepada penyokong Harimau Malaya telah menghasilkan sebuah kerjasama utuh antara Warner Music Malaysia (WMM) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam menghasilkan single ‘Demi Lencana Di Dada’. Dengan pengaruh band Hujan sebagai antara gergasi muzik tempatan, pastinya ada sesuatu yang istimewa dibawakan oleh mereka menerusi naskhah perdana yang mampu memanaskan suhu bola sepak Malaysia. Read more →

(SEMASA) AVETA MALAYSIA LANCAR SLOGAN BAHARU “REDEFINING BOUNDARIES”

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2025Aveta Malaysia hari ini melancarkan slogan baharunya, “Redefining Boundaries”, menandakan permulaan babak berani seterusnya bagi jenama motosikal tempatan ini ketika ia terus mengorak langkah dalam pasaran dua roda Malaysia yang kompetitif. Read more →

(HIBURAN) KONSERT CINTA RASUL : Hijjaz, UNIC & Penampilan Istimewa Rabbani Bersatu di Pentas Keinsafan

Kuala Lumpur : 10 Pro Event Management mempersembahkan Konsert Cinta Rasul, sebuah malam yang mengangkat keindahan spiritual dan nostalgia nasyid dalam suasana penuh keinsafan dan kekeluargaan. Read more →

(SEMASA) Nestlé Malaysia Raikan 25 Tahun Memupuk Kesihatan Jantung Bersama Yayasan Jantung Malaysia dan Persekutuan Jantung Sedunia

Kempen ikonik ‘’ (WAMM) oleh Nestlé Omega Plus® kembali dengan fokus diperbaharui untuk menggerakkan rakyat Malaysia bersama Yayasan Jantung Malaysia (YJM), serta sejajar dengan seruan global Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) dalam menangani penyakit kardiovaskular. Nestlé Omega Plus® menggandakan sumbangan tahunannya kepada RM200,000 kepada YJM dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) bagi menampung keperluan kewangan pesakit jantung serta menyokong penyelidikan, pendidikan dan program kesedaran kesihatan jantung.

Nestlé Omega Plus®, rakan kongsi utama kesihatan jantung rakyat Malaysia, meraikan pencapaian bersejarah tahun ini dengan kembalinya kempen ikonik Walk A Million Miles (WAMM) sempena ulang tahun ke-25, yang terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia menjaga kesihatan jantung melalui amalan berjalan, bersenam, pemakanan bertanggungjawab serta meningkatkan kesedaran risiko kolesterol tinggi. Read more →