Archive for: February 2026

(SEMASA) Pelancaran Rasmi CarePod: Memperkasa Penjagaan Kesihatan Pencegahan Melalui Inovasi Digital Bersepadu

KUALA LUMPUR – Cempaka Cahaya Sdn. Bhd. hari ini melancarkan secara rasmi CarePod, sebuah kios penjagaan kesihatan pencegahan generasi baharu yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI), bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit, saringan perubatan berstruktur serta konsultasi digital bersepadu dalam persekitaran komuniti di seluruh Malaysia. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Dato’ Dr. Suhaimi bin Ibrahim, Pengerusi KOBENA, yang kehadirannya mencerminkan sokongan institusi dan kerjasama rentas sektor dalam memacu transformasi penjagaan kesihatan pencegahan serta pendigitalan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer negara. Read more →

(SEMASA) De Palma Hotel Ampang Memperkenalkan “Citarasa Serantau”

Ampang, Selangor – 5 Februari 2026 – De Palma Hotel Ampang hari ini secara rasmi memperkenalkan bufet Ramadan 2026 bertemakan “Citarasa Serantau” menerusi satu majlis Ramadan Preview & Media Tasting, menampilkan kepelbagaian hidangan tradisi serantau yang kaya dengan rasa, warisan dan nostalgia. Read more →

(SEMASA) Giant Bandar Kinrara Anjur Majlis Lou Sang Bagi Raikan Perpaduan, Kemakmuran dan Kerjasama

Bandar Kinrara, 5 Februari 2026 — Giant Bandar Kinrara, di bawah pengurusan GCH Retail Malaysia Sdn Bhd, telah berjaya menganjurkan Majlis Melambung Yee Sang hari ini. Acara meriah ini menghimpunkan pemimpin masyarakat, wakil kerajaan, rakan perniagaan, penyewa, pihak media, dan pemegang taruh untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan harapan terhadap kemakmuran, keharmonian, serta kerjasama yang berterusan. Read more →

(SEMASA) SALOMA KUALA LUMPUR PERKENAL KONSEP RAMADAN 2026 “DI BAWAH LANGIT YANG SAMA” – MERAI KEBERSAMAAN, KEMANUSIAAN DAN KESYUKURAN

KUALA LUMPUR | 4 Februari 2026 – Saloma Kuala Lumpur hari ini secara rasmi memperkenalkan konsep Ramadan 2026 bertemakan “Di Bawah Langit Yang Sama”, sebuah falsafah yang menekankan nilai kebersamaan, kesederhanaan, kemanusiaan dan kesyukuran, selari dengan roh sebenar bulan Ramadan. Read more →

(HIBURAN) “TUHAN, BENARKAH KAU MENDENGARKU?” KEKUATAN DOA WANITA MEMBALUT LUKA IBU TUNGGAL DAN ANAK-ANAK

Kuala Lumpur, 5 Januari 2026 – Filem terbaru Indonesia penuh emosi dan mengundang air mata, ‘Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?’ kini bersedia menyentuh hati penonton Malaysia. Sedang hangat ditayangkan di pawagam negara jiran, filem ini dibawakan ke layar perak tempatan oleh Penerbit Indonesia, Paragon Pictures, Ideosourse Entertainment dan Penerbit Bersama, Astro Shaw bermula 5 Februari ini. Read more →