(SEMASA) PENYANYI RAP TERKEMUKA SINGAPURA SHEIKH HAIKEL BUKA RESTORAN BURGER HALAL FATPAPAS DI KUALA LUMPUR

Spread the love

Photo by Andy Kho

KUALA LUMPUR, 18 April 2018 – Kata orang, perkara baik selalunya datang dalam pakej yang kecil tetapi berlainan pula dengan penyanyi rap terkenal Singapura, personaliti TV dan terkini usahawan berjaya – Sheikh Haikel yang tidak perlu diperkenalkan lagi, “Saya percaya, lagi besar lagi baik atau baik pulang sahaja,” katanya.

Photo by Andy Kho

“Niat saya pada mulanya adalah untuk menikmati burger yang enak dengan semua orang dan menjadikannya Halal. Lebih kurang 7 tahun lepas, saya telah bertemu dengan pengusaha dan pencipta FatBoy’s iaitu saudara Kennie dan Bernie Tay lalu menyatakan hasrat saya untuk menjadikannya Halal agar dapat dinikmati oleh penduduk Muslim di Singapura, tetapi mereka belum bersedia dengan idea tersebut. Sehinggalah pada bulan Februari tahun lepas, akhirnya mereka bersetuju dan tertubuhlah cawangan kami yang pertama di 17 Bali Lane. Rakan niaga dan saya bersepakat untuk menamakannya ‘FatPapas’ dengan pengiktirafan Halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Alhamdulillah kerana sambutan hangat yang diterima dan saya tidak menjangkakan barisan panjang setiap kali kami beroperasi sejak penubuhannya. Bukan itu sahaja, gambar pengunjung FatPapas sedang menikmati makanan yang kami sediakan dimuatnaik ke media sosial lalu dikongsi dan dilihat oleh para netizen sehingga menjadi tular.

Fokus saya pada mulanya adalah untuk memastikan makanan yang kami sediakan seakanakan FatBoy’s tetapi dalam versi Halal, dan saya juga pastikan sendiri setiap bahan yang digunakan seperti garam dan sos mestilah diiktiraf Halal sebelum ia dibenarkan memasuki
premis kami, dan hasilnya adalah burger Halal dengan rasa yang menakjubkan yang disediakan daripada hati bagi memastikan kepuasan pelanggan Muslim serta bukan Muslim kami.

Dari permulaan yang sangat sederhana dengan hanya sebuah cawangan, kini ia telah berkembang ke 2 buah cawangan lagi, 1 di Katong dan 1 di Northpoint dan In Shaa Allah 1 lagi akan dibuka di Waterway Point pada May ini.”

Bercerita mengenai pengalaman pertama Sheikh Haikel merasai Country Fried Steak yang merupakan penyebab bagaimana ini semua terjadi dan mahu semua orang mencubanya, “Bayangkanlah daging stik seberat 180 gm berkualiti tinggi, diketuk sehingga nipis sempurna lalu diselaputi habuk roti yang empuk digoreng serata sehingga keemasan dan dicurahkan pula dengan sos béchamel… sangat menakjubkan!

Di FatPapas, kami menyediakan pelbagai jenis burger bagi memenuhi selera pelanggan yang berlainan. Kami juga turut menyediakan menu istimewa lain seperti BBQ Beef Ribs, Honey Mustard Chicken Kebab, Salted Egg Crab Pasta dan paling istimewa FatPapas Hotdog yang diberi nama ‘The Stiffee Foot-Long’.

Selain itu, kami juga turut menyediakan ‘Secret Menu’ dimana jika anda bertuah, anda dapat merasai pesanan rahsia kami yang dipanggil ‘The Sheikh Haikel Burger’  diinspirasikan daripada Country Fried Stake yang merupakan permulaan bagi segalanya.

Pelanggan juga boleh menjadi lebih kreatif dengan ‘Build Your Own Burger’ di mana anda sendiri dapat menentukan roti jenis apa yang anda mahukan dengan pilihan yang pelbagai dari pemilihan daging (lembu, kambing, ayam rangup) ke jenis-jenis sos yang berlainan (truffle mayo, smoked chipotle or salted egg) bagi memenuhi kehendak selera masingmasing.

Seterusnya, apalah burger tanpa minuman milkshake yang menyelerakan, di FatPapas banyak perisa yang ditawarkan untuk setiap pelanggan!” Bercerita lanjut mengenai konsep restoran dan apa sebenarnya FatPapaps, Sheikh Haikel mengulas, “Kalau di Singapura, kami telah berkolaborasi dengan artis grafiti tempatan yang merupakan pencipta logo utama FatPapas dan untuk cawangan pertama kami di Kuala Lumpur, kami telah menjemput artis grafiti dan pelukis profesional Malaysia bernama Katun yang merupakan pakar dalam penghasilan karakter-karakter berteraskan buku komik dan hasilnya adalah menakjubkan. Selain itu, uniform para staf dan cenderamata yang boleh dibeli jika berkunjung di restoran kami adalah hasil kolaborasi dengan jenama Eastside Barrio.

Apa yang boleh saya ungkapkan di sini adalah FatPapas merupakan tempat di mana para penggiat industri hiburan dapat berkumpul dalam situasi yang tidak perlu berpura-pura dan bersama-sama menikmati juadah enak yang disediakan. Di antara selebriti yang pernah berkunjung dan makan semeja dengan saya adalah Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Anis Nabilah dan juga artis-artis dari Singapura juga di rantau ini.”


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *