Mula dikenali sebagai artis dari kumpulan terkenal hip hop Too Phat, Joe Flizzow kini dikenali oleh umum sebagai artis solo yang berbakat dan tidak segan dalam mengekspresikan personaliti beliau tidak kira dari segi fesyen, musik ciptaan beliau ataupun bakatnya dalam bidang seni. Tidak disangkal lagi bahawa pemilihan Joe Flizzow sebagai duta bagi rangkaian wangian terbaru dari UBERMEN merupakan pilihan yang tepat dan selaras dengan pendirian jenama UBERMEN.
Sebagai duta baharu UBERMEN, Joe Flizzow akan terus menjadi sumber inspirasi bagi generasi muda di Malaysia untuk mengekpresikan personaliti peribadi mereka. Oleh itu, sesi media telah dianjurkan di Dataran Underground, Kuala Lumpur oleh Ubermen bagi mengumumkan Joe Flizzow sebagai duta terbaru mereka. Dataran Underground dilihat sebagai lokasi tepat bagi pengumuman ini, dimana ia memang dikenali sebagai lokasi yang menggabungkan ketiga-tiga elemen dan akitiviti-aktiviti yang berunsurkan fesyen, musik dan seni dibawah satu bumbung.
“Kajian kami mendapati bahawa kebanyakan golongan muda hari ini beranggapan bahawa bauan badan yang menyenangkan adalah kunci utama ataupun asas kepada indikasi rejim penjagaan diri yang sempurna. Kami sedar bahawa wangian bukan sahaja memainkan peranan dalam penggalakan penjagaan diri, malah ia adalah satu lambang atau cara untuk mengekspresikan diri. Justeru, pemilihan Joe juga merupakan suatu evolusi logik bagi jenama ini dimana Joe merupakan individu yang memenifestasikan personaliti peribadinya” kongsi Pengurus Pemasaran Kanan, Tohtonku Sdn. Bhd., Vicky Lim.
Wangian signatur daripada UBERMEN direka untuk menggalakkan pembentukan ekspresi semangat dan kebebasan dalam kalangan pemuda “Kool” berusia 18 hingga 21 tahun yang mencari medium efektif dalam memperbaiki imej diri dan mahu kelihatan segak menerusi gaya peribadi individualistik. Haruman ini juga sempurna buat pemuda “Metro” dalam dunia korporat berusia antara 22 hingga 25 tahun yang percaya bahawa dandanan peribadi adalah kunci terhadap keyakinan diri serta meyakini kepentingan penampilan diri.
Tidak asing lagi, seleksi wangian UBERMEN Style mampu merungkai keperibadian sang jejaka secara semula jadi. Sama ada anda melabelkan diri sebagai seorang yang gemarkan cabaran, spontan, kreatif atau kesemua sifat tersebut, biarkan identiti unik anda diserlahkan bersama CASUAL – terdiri daripada adunan buah-buahan sitrus aromatik pada himpunan gabungan sea breeze termasuk asas kesturi kayuan yang mewah; FREEDOM – haruman fougere buah-buahan yang menarik bersama sitrus energetik dan nota ozonik, diperkaya dengan asas kayuan; atau FREEDOM XTREME – wangian unik terdiri daripada nota-nota sensual oriental bersama nota ozonik segar serta campuran vanila, kesturi dan labdanum.
Selain itu, UBERMEN juga akan menganjurkan aktiviti menarik bagi generasi muda untuk mengekspresikan diri mereka. Sehingga Jun 2016, UBERMEN bakal menganjurkan pelbagai acara menyeronokkan termasuk pertandingan DJ, pertandingan seni jalanan (Street Art) dan pertandingan rekaan fesyen (Fashion Design). “Konsep pertandingan DJ yang akan diadakan di hujung tahun ini adalah berlainan dari tahun yang lepas dimana peserta-peserta bukan sahaja perlu menunjukan bakat yang ada, malah personaliti peribadi mereka yang tersendiri perlu ditonjolkan untuk memenangi hati juri-juri kami” sambungan dari Cik Vicky Lim apabila berkongsi mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh UBERMEN.
Wangian UBERMEN Style kini boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi di seluruh negara. Ia dijual pada harga RM27.45 untuk pek 100ml dan RM16.90 untuk pek 50ml. Sempurnakan kelengkapan dandanan diri anda bersama Semburan Badan Deodoran UBERMEN Style dan Deodoran Berbuli Antipeluh UBERMEN Style. Klik ‘like’ pada laman Facebook Ubermen untuk maklumat lanjut.