Kuala Lumpur, Januari 21, 2016 – Telefon pintar FLASH 2 yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu , mengakhiri tahun 2015 dengan kejayaan besar apabila menjadi item pilihan utama ketika jualan 12 Disember Lazada dan menjadi telefon pintar paling popular di Asia Tenggara. Flash 2 merangkul tempat pertama untuk jualan telefon pintar bagi kategori harga USD100 ke USD150, dan telah meletakkan Flash 2 dalam kedudukan kukuh sebagai pilihan utama pengguna yang mahukan kualiti serta ciri-ciri menarik tetapi pada harga yang berpatutan.
Berada didalam kelas tersendiri sebagai satu telefon pintar dengan kamera terhebat, Flash 2 mempunyai kamera utama 13.0 megapixel dengan “RealTone Dual Flash” yang menyediakan pencahayaan terbaik walaupun dalam keadaan cahaya yang agak malap, disamping mengekalkan warna semula jadi. Kamera hadapan 5.0 megapixel dengan “LED flash” mampu mengambil gambar “selfie” dan “wefie” dengan begitu professional sehingga dipanggil “profie”
Dikuasakan dengan prosesor 64-bit Octacore 1.3GHz MediaTek MT6753, Flash 2 menggunakan Android 5.1 Lolipop OS dengan RAM sebanyak 2GB dan 16GB ROM yang boleh ditambah sehingga 128GB dengan bantuan simpanan memori luaran. Item ini mempunyai skrin LCD 5.0 IPS berdifinisi tinggi dengan resolusi 1280 x 720 pixels. Selain itu, Flash 2 dilengkapi dengan system wi-fi, Bluetooth 4.0 dan GPS. Telefon pintar Android ini mempunyai sistem dual-sim dan LTE dengan tenaga Li-on bateri sebanyak 3,000 mAh.
Flash 2 telah mengadakan satu taklimat media bagi berkongsi pelan hala tuju untuk model telefon pintar ini yang mempunyai kamera dan ciri-ciri terbaik bersertakan slogan “terbaik didalam genggaman”. Kesemua ini telah menjadikan Flash 2 semakin popular dan menjadi pilihan ramai pengguna. Pengarah Operasi E-dagang Flash, Encik Yogi Babria memberitahu tentang empat perkembangan terbaru Flash 2 iaitu warna terbaru untuk penutup bateri, cap lensa kamera untuk pengalaman fotografi terbaik, naik taraf sistem OS kepada Android Marshmallow 6.0 serta kebolehdapatan Flash 2, dimana selain diatas talian, pengguna boleh mendapatkannya secara luar talian selepas ini.
“Flash 2 telah menjadi satu bualan hangat antara pengguna telefon bimbit, juga mereka yang mencari satu telefon pintar terbaik kerana Flash 2 menggabungkan ciri-ciri menarik dengan dengan reka bentuk menarik serta harga yang berpatutan. Kami telah menyelidik dengan teliti apakah kemahuan pengguna Flash 2, dan kami akan berikan apa yang mereka mahu dengan ciri-ciri lain yang menarik, “ kata Encik Babria
Flash 2 kini dijual secara atas talian dengan kemasan Volcanic Grey. Untuk memberikan lebih pilihan kepada pengguna, penutup bateri berwarna baharu akan dijual dengan offline, secara eksklusif. Terdapat 2 pilihan warna untuk penutup bateri ini iaitu Rose Gold dan Mica White.
“Ini adalah cara kami untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan bagi menjadikan reka bentuk model ini lebih menarik serta meluaskan capaian kami kepada pasaran yang belum diterokai. Dua warna berkenaan adalah warna pilihan buat masa sekarang dengan permintaan yang sangat tinggi, “ jelas Encik Babria.
Memandangkan Flash 2 terkenal dengan kamera nya yang berada dalam kelas tersendiri, aksesori kamera juga menjadi salah satu perhatian. Penutup lensa baru akan membolehkan pengguna mengambil gambar dengan pilihan “macro” serta “fish eye” yang kini menjadi trend anak-anak muda dari umur 18 sehingga 24.
“Aktiviti didalam media sosial memberi satu unjuran yang besar terhadap jumlah pengguna Flash 2. Dengan pengenalan penutup lensa bagi fotografi “macro” dan “eye fish”, para pengguna Flash 2 kini boleh menjadi sebahagian daripada trend pengguna digital,” tambah Encik Babria
Pada bulan March, sistem OS Flash 2 yang baharu, Android Marshmallow 6.0 boleh dimuat turun pengguna, agar mereka dapat menikmati sistem OS yang terkini.
“Kami amat berpuas hati dengan prestasi Flash 2 dan untuk memastikan para pengguna dapat terus menikmatinya, kami telah
membuat penambahbaikkan dari segi sistem OS, aksesori serta ciri-ciri hebat yang lain,” jelas beliau lagi.
Memandangkan jualan Flash 2 telah meningkat naik di Malaysia, Flash telah melantik Encik Gary Boon sebagai Pengurus Negara bagi meninjau serta mengembangkan Flash 2 ke pasaran baru.
“Ketika Lazada mengadakan aktiviti jualan atas talian selama 3 hari pada bulan lalu, jualan Flash 2 telah meningkat kepada 600%. Ini menunjukkan Flash 2 mempunyai satu potensi besar dan mendapat permintaan yang sangat tinggi. Saya telah ditugaskan untuk membawa Flash kepada satu tahap yang berbeza didalam pasaran yang sangat tinggi persaingannya. Walaubagaimanapun, saya yakin Flash mampu melakukannya,” kata Encik Boon.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Flash, sila layari laman sesawang :
http://www.alcatelflash.com/my/