(SEMASA) HIDANGAN ALA DIRAJA MENANTI ANDA DI PIZZA HUT!

Spread the love

Pic 1Pizza Hut Malaysia percaya setiap pelanggan setianya harus sentiasa dihargai dan diberi peluang untuk makan seperti raja. Pizza Hut tampil kali ini dengan satu lagi piza istimewa, Cheesy Crown yang menampilkan kerak unik dengan limpahan topping yang pasti menambat citarasa. Promosi lazat yang bermula hari ini sehingga 29 Februari 2016 di kesemua 378 restoran Pizza Hut di seluruh Malaysia pasti akan memeriahkan lagi suasana musim perayaan yang bakal tiba.

Dengan slogan “Umpama Mahkota Keemasan, Poket Berkeju Jadikan Pilihan!,” Piza Cheesy Crown diserlahkan dengan 12 ‘Poket Keemasan’ yang diisi dengan keju dua perisa (Mozzarella & Chedar), dan dilitupi fondue Alfredo dan Chedar. Menambahkan lagi kelazatannya adalah isi ketam, cebisan ayam, hirisan lada benggala, bawang, nanas dengan sos pedas dan masam.

Untuk hidangan Ala’ Carte, Pizza Hut menawarkan Cheesy Crown (saiz biasa) pada harga hanya RM32.20*. Bagi mereka yang gemarkan hidangan Kombo, Pizza Hut menawarkan hidangan lengkap pada harga serendah RM39.90.*

“Ciptaan terbaru dari Pizza Hut menawarkan kerak unik dikelilingi 12 poket keemasan yang kaya dengan keju dan inti yang padat untuk pengalaman makan umpama diraja,” kata Felix D. Michael, Ketua, Pizza Hut Malaysia.

“Piza Cheesy Crown pasti akan menawan serta memuaskan selera semua apabila dinikmati  bersama rakan-rakan dan keluarga di musim cuti perayaan ini,” tambah beliau.

Pizza Hut Cheesy Crown akan dipromosikan di media massa, contohnya, TV, radio, dan akhbar serta titik bahan jualan (POSM). Media sosial dan digital juga akan digunakan bagi memastikan Pizza Hut dapat mencapai pelanggan-pelanggannya secara keseluruhan.

*** Semua harga jualan dan kombo mungkin berbeza-beza mengikut lokasi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *