(SEMASA) Dapatkan Dettol Gold untuk keluarga anda! – Rangkaian pembersih badan serba baharu yang memberikan 100% lebih perlindungan*

Spread the love

Scha Alyahya (Actress and mum) and Matias Caride (Marketing Director of RB Malaysia & Singapore)_1

Kuala Lumpur, 31 Mac 2016 – Ibu-ibu di Malaysia kini boleh memberi keluarga mereka 100% yang lebih baik dalam perlindungan daripada kuman! Dianggap sebagai jenama perlindungan kuman yang unggul, Dettol mengukuhkan lagi rangkaian produk inovatifnya dengan Dettol Gold. Dirumuskan untuk memberi 100% lebih perlindungan berbanding cecair mandian antibakteria lain*, rangkaian produk pembersih badan yang baharu ini membersihkan tanpa menanggalkan lembapan semula jadi kulit. Rangkaian ini terdiri daripada cecair mandian, sabun dan pencuci tangan cecair dalam dua varian yang menarik – Classic Clean dan Daily Clean.

Dettol Gold Full Range_1Ketika di pelancaran media Dettol Gold, En. Matias Caride, Pengarah Pemasaran RB Malaysia dan Singapura berkata, “Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Dettol membawa kembali kenangan zaman kanak-kanak apabila ibu-ibu akan sapukan cecair antiseptik berwarna kuning jingga pada kulit yang melecet dan luka, atau mencampurkannya dengan air untuk membersihkan permukaan, dan menjadikan rumah lebih selamat dan sihat untuk didiami. Dettol merupakan peneraju dalam dunia perlindungan kuman; ia juga adalah Jenama Perlindungan Kuman No. 1 di Malaysia** yang terbukti membunuh bakteria dengan berkesan, menyediakan perlindungan pakar daripada kuman untuk keluarga-keluarga di negara kita. Dengan pelancaran Dettol Gold, rangkaian baharu pembersih badan ini mewakili inovasi terbesar jenama setakat ini”.

Ibu-ibu memainkan peranan yang besar dalam menentukan apa yang terbaik untuk keluarga mereka, dan Dettol sedar akan betapa pentingnya tanggungjawab seorang ibu. “Seperti kata pepatah, ‘ibu lebih mengetahui’ – setiap ibu mahukan hanya yang terbaik untuk keluarga mereka dan para ibu ingin melindungi keluarga masing-masing pada setiap masa.  Bagi Dettol, kami menghargai kerjasama dengan ibu-ibu di seluruh dunia untuk menjaga kesihatan keluarga mereka, dan sentiasa berusaha untuk memberikan penyelesaian pembersihan yang lebih baik untuk menjaga kediaman dan kesihatan sekeluarga. Kami percaya bahawa ahli-ahli keluarga, terutamanya kanak-kanak dan individu yang aktif, berhak mendapat perlindungan yang diberikan oleh Dettol Gold. Dengan 100% lebih perlindungan*, kaum ibu boleh mempunyai ketenangan fikiran, walaupun anak-anak mereka keluar bermain dan meneroka persekitaran. Mereka juga boleh yakin bahawa semua ahli keluarga mendapat perlindungan anti-bakteria yang sama, sama ada sebelum atau selepas makan, selepas sukan atau untuk penjagaan harian,” kata Caride.

Scha Alyahya (Actress and mum) and Matias Caride (Marketing Director of RB Malaysia & Singapore)_2Menjelaskan rasional di sebalik inovasi Dettol Gold, Caride berkata: “Kuman pada masa kini sentiasa berkembang, dan dari masa ke masa, mereka menjadi lebih tahan terhadap produk antibakteria.  Apabila ini berlaku, kita lebih mudah jatuh sakit, terutamanya bagi kanak-kanak kerana sistem imun mereka masih belum mantap seperti orang dewasa. Itulah sebabnya sangat penting bagi kita untuk kekal inovatif dengan melancarkan produk dengan sains antibakteria terkini dan keupayaan membunuh kuman yang dipertingkatkan bagi memastikan pelanggan kami, yang meletakkan sepenuh kepercayaan mereka terhadap kami, akan lebih dilindungi daripada sebelum ini.”

Seperti setiap ibu moden, selebriti Scha Alyahya memahami kepentingan menjaga keluarga agar sentiasa bahagia dan sihat. Pelakon, usahawan dan ibu kepada Lara Alana yang berusia 2 tahun ini mengimbangi banyak peranan dalam sehari. “Menghadiri penggambaran, temu bual dan acara, dan bertemu dengan orang hampir setiap hari adalah sebahagian daripada hidup saya. Menghabiskan banyak masa di tempat awam mendedahkan saya kepada kuman dan bakteria. Apabila saya pulang ke rumah, saya mahu meluangkan sebanyak masa yang mungkin bersama Lara, dan saya mahu bermain dan berinteraksi dengannya tanpa perlu bimbang tentang menyebarkan kuman. Daya tahan kanak-kanak tidak sekuat berbanding orang dewasa, jadi saya perlu berhati-hati, ” katanya.

“Syukurlah, dengan Dettol Gold, saya boleh menikmati perlindungan yang lebih baik untuk keluarga saya, supaya suami saya, Awal dan saya boleh memeluk Lara dan memberi perhatian yang tidak berbelah bahagi kami setiap hari apabila pulang ke rumah. Tambahan lagi, saya suka aroma minyak serai, yang membuatkan saya berasa seperti berada di spa!  Bau dan rasanya mewah pada kulit saya, dan saya suka bahawa Dettol Gold memberikan saya yang terbaik di dalam kelas perlindungan anti-bakteria ketika saya mandi, ” kata Scha.

Dengan Dettol Gold jenama perlindungan kuman yang unggul kini lebih baik daripada segi rupa dan rasa. Cubalah hari ini untuk merasai perbezaannya sendiri!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *