(HIBURAN) FILEM ‘ANAK MAMI NASI KANDAQ’ DI PAWAGAM AIDILFITRI INI!

Spread the love

mamiedit

SHAH ALAM, 14 JUN 2016 – Sebuah Sidang Media dan Majlis Iftar ANAK MAMI NASI KANDAQ bersama anak-anak yatim dari Rumah Penyayang Hembusan Kasturi berlangsung hari ini bertempat di Dewan Bestari, INTEKMA Resort & Convention Centre dengan meriah dan penuh kesyukuran. Selain mempromosi filem terbaharu FiTA Studios yang merupakan anak syarikat UiTM Holdings Sdn Bhd, ANAK MAMI NASI KANDAQ, sebuah majlis Iftar turut diadakan bersama media dan para pelakon filem tersebut bagi meraikan anak-anak yatim yang dijemput khas.

Sidang Media Anak Mami Nasi Kandaq turut disertai anak-anak dari Rumah Penyayang Hembusan Kasturi

ANAK MAMI NASI KANDAQ merupakan rangkaian filem edisi ke-7 hasil arahan Dato’ Profesor A. Razak Mohaideen. Filem terbaharu itu bakal menemui para penonton pada tayangan serentak seluruh Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri pertama. Menampilkan nama besar seperti Fasha Sandha, Qi Razali, Risteena Munim, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi, pastinya memeriahkan lagi filem ini yang sudah pasti sarat dengan nilai kekeluargaan serta jalan cerita yang lucu.

Sesi sumbangan duit raya di Majlis Sidang Media dan Iftar Anak Mami Nasi Kandaq

Filem ANAK MAMI NASI KANDAQ dihasilkan setelah hampir 10 tahun sejak filem terakhirnya, Nana Tanjung 2. Antara judul lain yang pernah menjadi fenomena dan menambat hati penonton rakyat Malaysia adalah Anak Mami The Movie (2002), Mami Jarum (2002), Anak Mami Jarum Junior (2003), Anak Mami Kembali (2005), Nana Tanjung 1 (2006) dan Nana Tanjung 2 (2007).

Amylia Nastasha Aziz bersama Azhari Zain melayan anak-anak Rumah Penyayang Hembusan Kasturi

Mengekalkan landasan masyarakat, adat dan budaya keluarga ‘anak mami’, ANAK MAMI NASI KANDAQ tetap mengekalkan genre komedi berbentuk satira dan mengangkat tema kekeluargaan. Filem ini mengisahkan Mamu Nizam (Chik Pak Man Telo) seorang pengusaha Restoran Nasi Kandaq Al Basheer seorang duda yang bekerja keras untuk memajukan perniagaannya. Mamu mempunyai kehidupan yang bahagia bersama 5 orang anak perempuannya iaitu Fuziah (Fasha Sandha), Fitri (Nur Risteena Munim), Farah (Ezzaty Abdullah), Fatin (Amylia Nastasha Aziz) dan Fify (Elisya Sandha).

AAzwan Kombos meluangkan masa bersama anak-anak dari Rumah Penyayang Hembusan Kasturi

Namun perniagaan Mamu Nizam merosot setelah kemunculan gerai Mami Kalsom (Sheila Mambo). Lebih memeningkan Mamu Nizam ialah walaupun Mami Kalsom berniaga tanpa lesen dan keadaan gerainya yang agak kotor, para pelanggan tetap memilih gerai Mami Kalsom.

Mamu Nizam yang tertekan mendapatkan khidmat nasihat Mamu Hussin (Azmir Cuit Raja) dan Tuan Akhlak Khan (Azhari Zain). Mamu Hussin mencadangkan Mamu Nizam untuk mengeksploitasi kejelitaan kelima-lima anak perempuannya sebagai tarikan. Merisaukan Mamu Nizam ialah kesemua anak perempuannya bersifat manja dan tidak pernah bekerja. Namun kerana terpaksa, Mamu Nizam berjanji kepada anak-anaknya untuk menunaikan apa sahaja impian mereka asalkan mereka sanggup berkhidmat dan menjayakan perniagaan keluarga mereka.

Ezzaty beramah mesra dengan anak-anak yang dijemput

Ternyata taktik perniagaan Mamu Nizam berkesan dan secara langsung menaikkan kemarahan Mami Kalsom. Ada sahaja rancangan jahat Mami Kalsom bagi memusnahkan perniagaan Restoran Nasi Kandar Al-Basheer tetapi semuanya gagal. Kini Mami Kalsom cuba mempergunakan anak lelakinya Farid (Qi Razali) untuk bekerja di Restoran Al-Basheer bagi mencari rahsia kejayaan Restoran Al-Basheer. Mamu Nizam tidak membenarkan pekerja lelaki bekerja di restorannya bagi menjaga anak perempuannya sehingga Farid terpaksa menyamar sebagai seorang wanita bernama Faridah.

Ezzaty Abdullah

Elisya & Nastasha

Sheila Mambo membawakan watak Mami Kalsom

Adakah Farid berjaya mencuri rahsia perniagaan Mamu Nizam? Apa pula yang akan berlaku apabila Farid dan Fitri jatuh cinta pandang pertama? Bagaimana pula perasaan Mamu Nizam yang dalam diam jatuh hati pada Faridah? Saksikan filem yang bakal membuatkan anda ketawa pecah panggung ini yang bakal ditayangkan pada Hari Raya pertama nanti. Filem ANAK MAMI NASI KANDAQ ini dihasilkan oleh FiTA Studios Sdn. Bhd.

 

SENARAI PELAKON DAN WATAK

Chik Pak Man Telo        – Mamu Nizam Al Basheer

Sheila Mambo               – Mami Kalsom

Qi Razali                       – Farid/Faridah

Fasha Sandha               – Fuziah

Nur Risteena Munim      – Fitri

Ezzaty Abdullah            – Farah

Amylia Nastasha Aziz    – Fatin

Elisya Sandha               – Fify

Azmir Cuit Raja                         – Mamu Hussin

Azhari Zain                    – Tuan Akhlak Khan

Maria Farida                  – Mami Zarina

Shikin Shuriani              – Suara Latar Faridah

 

SENARAI PRODUKSI

Penerbit

Abdul Latiff bin Haji Mohaideen

Idea Asal, Konsep dan Pengarah

Dato’ Profesor A. Razak Hj Mohaideen (FDAM)

Editor

Faizul A. Rashid

  1. Ridzuan M. Shariff

Skrip & Penerbit Penyelaras

Abdul Shukoor Hj Mohaideen

Penolong Pengarah

Azlan Syah Rashid

Ahmad Mahir Abdul Rahman

Pengurus Produksi

Mohamad Afiq BIN MOHAMAD MUDI

Pengarah Muzik dan Bunyi

Azmeer

Adzrey Bai


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *