(SEMASA) Art of Speed Malaysia 2017, Edisi Ke-enam, Kembali Dengan Lebih Baik!

Spread the love

Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai, galeri seni, aktiviti interaktif serta pertunjukan aksi.

Acara ini akan diadakan pada 29 – 30 Julai 2017 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), Art of Speed 2017 (AOS 2017) akan dibuka untuk lawatan dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 petang.

Peminat kereta dan motosikal dapat bertemu dengan beberapa tetamu jemputan khas antarabangsa yang menarik termasuk Cole Foster dari Salinas Boys Custom Cars & Bikes USA, Jeff Holt dari Hot Bike Magazine USA, David “Chopperdave” Freston dari USA, Shige Suganuma & Wildman dari MOONEYES Jepun, Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Jepun, Kaichiroh Kurosu dari Cherry’s Company Jepun, Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon dari Jepun, Makonabe dari Chopper Journal Magazine Jepun, Tetsu dari Hopping Shower Jepun, Sugihara Ken dari Fusty Works dari Jepun, Toshiyuki Osawa dari 4th Dimension dari Jepun, Jeffrey Chang dari Air Runner dari Taiwan, Shigeo dari 420 Kustom dari Jepun, Chicarockabilly Shima dari Singapura, Irvine Jasta & Donny Ariyanto dari Indonesia, The Nash dari Burnout Magazine Jepun, dan kumpulan kolektif seni pinstripe dari Jepun; Makoto, Mr. G, Jetwrench dan Cynar.

Acara kali ke-enam ini juga memperkenalkan pengisian terbaru iaitu AOS Invitational Bike Build Off 2017 yang akan menyaksikan 10 pembina buatan khas dari Malaysia dan Singapura bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & hadiah wang tunai RM5,000 (pilihan awam).

Di samping  itu, acara ini juga menyaksikan kerjasama khusus jenama ikonik di Malaysia iaitu Boon Siew Honda dan Art of Speed. Gabungan kolaborasi Boon Siew X Art of Speed juga menjanjikan antara acara kemuncak utama, dimana empat ikon gaya hidup seperti Legend Racing Garage, BWB, District Shop Gallery dan Ah Ho Motors akan mempamerkan seni binaan khas ciptaan mereka.

Sekiranya sukan lasak adalah aktiviti riadah yang anda sukai, pastikan anda mealwat acara ini dan sertai aktiviti yang dianjurkan oleh HOUSE OF VANS Skateboard & aktiviti pertandingan BMX.

Pereka utama jenama Hot Wheels; Jun Imai dari Amerika Syarikat juga akan hadir ke acara AOS 2017. Jadi, jika anda seorang peminat dan juga gemar membeli Hot Wheels, ini adalah masa terbaik untuk bertemu dengan personaliti ini yang merekacipta model skala kereta mainan ini.

Para pengunjung acara AOS 2017 akan dihiburkan oleh kumpulan kugiran Oh Chentaku pada hari Sabtu dan kumpulan kugiran Hujan pula akan menutup acara ini pada hari Ahad.

Acara kemuncak AOS 2017 pastinya dalah aktiviti yang paling dinantikan iaitu cabutan bertuah. Tahun ini menyaksikan kelainan apabila kedua-dua hari acara menyediakan hadiah cabutan bertuah! Sebuah motosikal CMC XY400 akan diberikan pada hari Sabtu dan sebuah motosikal binaan khas kustom lengkap Yamaha RX-Z dua enjin hasil karya FNG Works dan Beautiful Machines akan diberikan kepada pengunjung bertuah pada hari Ahad.

Dengan mengekalkan tradisi acara AOS, penganjur sekali lagi membawa masuk kenderaan binaan khas dari Jepun. Pada tahun ini, pengunjung akan dijamukan dengan:

  1. HIDEYA TOGASHI dari HIDE MOTORCYCLES memperkenalkan 1975 HARLEY-DAVIDSON FL MODEL (JAPAN)
  2. GEN LOVE ART memperkenalkan 1981 IRONHEAD SPORTSTER (JAPAN)
  3. DAISUKE SAKON dari KUSTOMSTYLE memperkenalkan 1949 customised FORD “SHOEBOX

Menurut Asep Ahmad Iskandar, Pengasas Art of Speed Malaysia, “Edisi tahun ini pastinya pengelolaan yang paling terbaik dengan kepelbagaian dan kerumitan pemilihan kenderaan malah kami juga menambah baik bilangan aktiviti sepanjang dua hari untuk memenuhi permintaan semua golongan umur pengunjung.”

“Ini termasuk juga pertandingan Show & Shine di dalam dewan berhawa dingin seluas 150,000 kaki persegi yang akan dipenuhi dengan kenderaan kustom dan klasik didalam Dewan A, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang akan dikelolakan oleh NoEqual, galeri seni yang bernama Moto Circus yang disertai oleh artis tempatan dan antarabangsa, Kustom dan Koffee Talk, dan juga aktiviti mesra keluarga seperti bergambar dengan ahli kostum Star Wars, acara Soap Box Show & Go!, acara bazaar jualan dan arena belia dengan taman papan luncur yang dihoskan oleh House of Vans.”

Aktiviti khas di Art of Speed 2017 adalah:

  • Art of Speed Invitational Bike Build-Off 2017
  • Cole Foster & kawan-kawan SHAPING & FABRICATION WORKSHOP
  • Drift Taxi
  • Pandu uji motorsikal
  • Roda Rumble 2017 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival
  • Food Park memperkenalkan Food Trucks & Pasar Vintage

Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang menyeronokan seperti:

  • Indoor International Show & Shine community show & competition
  • Car & Motorcycle Mega Club Gathering
  • International Art Gallery (MotoCircus)
  • Pin-Up ladies
  • Indoor & Outdoor Marketplace
  • SoapBox & GO!
  • Indoor Skatepark
  • Viewing Deck & Games
  • Die Cast Competition

Art of Speed 2017 juga akan menganjurkan Mega Club Gathering yang akan memberi nafas segar kepada semua pemilik kenderaan klasik, retro dan olskool. Penganjur akan menyediakan tempat parkir eksklusif yang besar meliputi sehinga 3 ekar dan boleh memuatkan lebih daripada 1,000 kenderaan.

Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal akan memenangi percutian dan hadir ke acara MOONEYES Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *