Malaysia, 6 Julai 2017 – Ia jelas daripada lambakan pelbagai jenis produk yang menawarkan penyelesaian kepada kulit kering dan kulit yang sangat kering di pasar raya dan rak-rak farmasi, menunjukkan orang ramai sangat memerlukan produk untuk penyelesaian terhadap kulit kering. Bermula pada bulan ini, rakyat Malaysia akan bertemu dengan super hero baru yang akan menyelamatkan masalah kulit di seluruh negera. Linola adalah jenama penjagaan pelbagai kulit farmaseutikal yang dibangunkan oleh Dr. Kurt Wolff di German sejak 1957, dan jenama yang sudah melalui pelbagai penyelidikan dan pengubahsuaian selama beberapa dekad. Hari ini, ia telah menjadi produk penjagaan kulit medikal No.1, dipilih oleh pakar kulit di German.
“Pada 1905, ahli kimia dan ahli farmasi Dr. August Wolff mengasaskan syarikatnya di Bielefeld, German, dan menciptakan sebilangan produk kesihatan. Dr. Kurt Wolff menyertai bapanya di syarikat itu pada 1937. Innovasi produk pertamanya telah menghasilkan persiapan yang mengandungi asid linoleik. Beliau menyelidiki bidang ini selama bertahun-tahun. Ia sangat dipercayai sejak zaman Dr. August Wolff dahulu, badan mesti dibekalkan dengan asid linoleik, sebagaimana badan kita perlu dibekalkan dengan vitamin dan makanan untuk kekal sihat. Namun demikian, satu soalan masih kekal: Adakah kemungkinannya untuk menggunakan krim mengandungi asid linoleik untuk menyingkirkan masalah kerosakan kulit yang disebabkan oleh kekurangan asid linoleik? Ini secara lansung akan membantu pertumbuhan kulit! Idea ini menghasilkan formulasi yang dicipta pada tahun 1938 yang kini dikenali ramai. Penciptanya memberikan nama yang sesuai iaitu “Linola” – yang mempunyai asid linoleik. Bahan aktif ini sebahagiannya bertanggungjawab untuk mengekalkan lapisan kulit luar terlindung daripada dalam supaya tidak banyak kelembapan akan terkeluar.”
Dinamakan sempena bahan utamanya, asid linoleik, yang menggalakkan perlindungan hebat, sifat regenaratif dan anti-radang, Linola bukanlah rangkaian produk biasa yang dibuat untuk kulit kering. Produk ini diformulasi dan dihasilkan sepenuhnya di German.
Linola adalah produk yang sangat sesuai untuk pesakit ekzema yang kronik ataupun akut, kerana ia bukanlah untuk membantu dengan penyembuhan sahaja, tetapi ia juga melegakan kegatalan dan keradangan yang datang dengan kondisi tersebut. Ia juga mampu menyelesaikan masalah kulit lain yang lain seperti, kulit kering, kulit kepala gatal, psoriasis dan gosokkan antara kulit.
Losyen Linola, diformulasikan dengan asid linoleik penting dan dibangunkan terutamanya untuk semua jenis kulit kering dan yang sedang mengalami keradangan. Ia mengandungi asid linoleik, minyak sayur yang kaya dan bebas daripada minyak mineral dan silikon. Losyen ini sangat sesuai untuk kulit yang sangat kering dan juga pesakit ekzema. Kedudukan No.1 di German dibawah kategori rawatan perubatan yang baik untuk semua jenis kulit kering untuk dua tahun berturut-turut (2012 dan 2013) adalah testimoni keberkesanan produk.
Produk Linola boleh didapati pada bulan ini esklusif di semua Farmasi Caring di seluruh negara. Produk yang boleh didapati dan harga jualan disenaraikan seperti dibawah:
- Linola Losyen (200ml) – RM79
- Linola Mandian dan Basuhan (300ml) – RM69
- Linola Pencuci Muka(50ml) – RM69
- Linola Losyen Tangan (75ml) – RM35
- Linola Losyen Kaki (100ml) – RM55
- Linola Balsem Perlindungan (50ml) – RM55
- Linola Syampu Forte (200ml) – RM69
- Linola Losyen Perlindungan Matahari SPF50 (100ml) – RM79