MALAYSIA – PULAU PINANG
Pada tahun ini, Malaysia mengambil bahagian lagi sekali memeriahkan acara global Distinguished Gentleman’s Ride (DGR) dengan edisi di Pulau Pinang. Riders Garage dan Rotten Motocycles akan bekerjasama menganjurkan DGR Pulau Pinang dengan kerjasama penuh dari Art of Speed Malaysia. Konvoi itu akan disertai penunggang motosikal yang akan melawat Bandar Warisan UNESCO Georgetown dari pagi hingga tengah hari. Perjalanan konvoi akan dimulakan dari satu tapak bersejarah yang akan dimaklumkan kelak dan akan membuat beberapa hentian di tapak-tapak bersejarah untuk sesi fotografi dan juga mencipta kesedaran awam.
Wan Zamani Ahmad, berusia 37 tahun, pengasas Rotten Motocycles, berasal dari Pulau Pinang yang memiliki bengkel restorasi dan binaan khas motosikal akan mengadakan perhimpunan untuk semua komuniti motosikal yang berasal dari Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk menyertai konvoi dan berpakaian kemas untuk menyebarkan kesedaran mengenai kanser prostat dan kesihatan mental lelaki.
Sementara itu, Jeremy Leong, berusia 29 tahun daripada Riders Garage akan membantu untuk menyokong penuh dengan kepakaran pentadbiran untuk memastikan acara ini berlangsung secara lancar dan bebas dari unsur-unsur mengaut keuntungan. Kedua-dua belah pihak akan bekerjasama secara sukarela sebagai cara untuk memberi semula kepada komuniti.
MALAYSIA – JOHOR BAHRU
Acara kebajikan Distinguished Gentleman’s Ride ini juga akan menambah satu lagi lokasi terkenal di Malaysia iaitu Johor Bahru. Acara konvoi di JB akan diketuai oleh Muhammed Khairul Neezal Razali, berusia 34 tahun dari Leftee Works, seorang tukang besi tembaga. Neezal juga akan menyatukan semua penunggang dari Johor dan termasuk warga Singapura untuk menyertai konvoi ini di negeri paling selatan di Malaysia. Art Of Speed akan mengambil bahagian dalam acara ini di Johor Bahru.
Dengan adanya tiga orang “tuan rumah” di Pulau Pinang dan juga di Johor Bahru, Art of Speed Malaysia akan membantu dari segi strategi pemasaran dan kepakaran mereka dalam mengelolakan acara untuk memaksimumkan kesedaran tentang DGR, kanser prostat dan kesihatan mental lelaki.
Kami mengalu-alukan pertanyaan penajaan & pertanyaan mengenai acara ini. Sila hantarkan pertanyaan anda kepada : artofspeedmy@gmail.com atau hubungi, Asep Ahmad Iskandar +6 012 563 9796.
Global: Acara Distinguished Gentleman’s Ride akan datang ke kota anda, dengan 70,000 penunggang motosikal lelaki dan wanita yang akan berpakaian kemas dan vintaj dengan motosikal retro dan lama untuk acara kebajikan pada hari Ahad 24 September 2017.
Jalan-jalan di sekuruh dunia akan bersenandung dengan deruman motosikal klasik dan vintaj yang akan melalui lebih 600 kota di dalam perarakan yang luar biasa untuk mengumpulkan dana dan kesedaran kanser prostat dan program kesihatan mental bagi pihak rakan kongsi amal rasmi iaitu Yayasan Movember.
- Ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Mark Hawwa, Sydney Australia
- Telah mengumpul lebih $8M USD untuk kebajikan sejak 2013
- Sasaran 2017 adalah $5M USD untuk kanser prostat dan kesihatan mental bagi pihak Yayasan Movember
- 70,000 penungang berdaftar untuk mengambil bahagian dari 600 bandar di 95 negara pada 2017
- Duta selebriti global
- Ganjaran utama untuk penajaan dan penderma termasuk Triumph Motorcycles and Zenith Watches