(SEMASA) HABIB MERAYAI WARISAN MALAYSIA DENGAN JUALAN MERDEKA

Spread the love

KUALA LUMPUR, 29hb. OGOS 2018: HABIB, salah satu jenama barang kemas terkenal di Malaysia menyambut Jualan Merdeka tahun ini dengan jualan Bazar Merdeka selama 10 hari bermula dari Jumaat, 24 Ogos sehingga 2 September.

Bazar Merdeka merupakan sambutan tahunan sempena Hari Kebangsaan Malaysia. HABIB merayai identitinya sebagai jenama barang kemas yang melambangkan warisan dan tradisi Malaysia melalui tawaran istimewa sepanjang Jualan Merdeka.

Habib Jewels ditubuhkan di Pulau Pinang setahun selepas Merdeka pada tahun 1958. Kini, HABIB telah berkembang maju menjadi sebuah jenama terkenal di Malaysia dengan sebanyak 30 bilik pameran di selurah negara.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, HABIB menganjurkan pelagai aktiviti dan tawaran hebat atas pelbagai barang kemas secara eksklusif di bilik pameran terpilih di seluruh negara.

Sepanjang Bazar Merdeka, HABIB menawarkan diskaun sebanyak 70% untuk produk berlian terpilih dan barangan batu permata serta RM10 hingga RM25 setiap gram untuk barang kemas emas 916 dan 999.

Sempena perayaan Hari Kebangsaan, para pelanggan akan ditawarkan barang kemas eksklusif dengan harga yang menarik khususnya loket emas 916 yang dicorakkan dengan tema Malaysia pada harga RM88, loket Jalu Gemilang emas yang berharga RM161, anting-anting mutiara yang berharga RM61 sepasang dan cincin lelaki bertatah batu “moonstone” dengan harga RM388.

Berikutan dengan pemansuhan “Goods and Services Tax (GST)” mulai 1 Jun 2018, jualan HABIB bagi barang kemas telah meningkat sepanjang 3 bulan ini. HABIB menjangka trend positif ini akan berterusan dengan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atas barang kemas yang akan dilaksanakan bermula 1 September 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai Habib Jewels sila lawati

Instagram: www.instagram.com/ habibjewelsofficial

Facebook: www.facebook.com/habibjewels


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *