KAJANG SELANGOR 16 SEPTEMBER – Akademi Raja Azrey adalah sebuah program yang di kendalikan oleh syarikat Pondok Karya Kreatif iaitu milik Raja Azrey. Akademi ini telah ditubuhkan pada September 2019 dimana setiap program dilaksanakan secara bersiri.
Didalam Akademi ini juga diwujudkan kelas lakonan sebagai pendedahan persiapan tentang bagaimana mereka ingin menjadikan lakonan sebagai karier mereka. Setiap peserta yang berdaftar wajib mengikuti dua sesi kelas iaitu teori dan praktikal. Sesi pertama iaitu sesi didalam kelas menekankan teknik lakonan yang betul, intonasi dialog, mengenal shot, bacaan skrip dan keperluan yang perlu diadakan sebelum seseorang itu masuk ke set penggambaran. Sesi kedua pulak adalah sesi praktikal yang mana skrip dan watak yang telah diberikan harus diterjemahkan di Set Penggambaran.
Disinilah kesemua mereka dapat merasai pengalaman yang jarang-jarang sekali mereka perolehi. Kerana penggambaran yang dijalankan sama seperti produksi professional di luar sana. Akademi Raja Azrey ini telah bertapak di dua buah Negeri iaitu Kuala Lumpur dan Kedah. Sepanjang 3 tahun ini juga sebanyak 10 buah drama telah berjaya dihasilkan 6 di Baling ,Kedah, 3 di Gurun Kedah dan Satu di Cheras. Kesemua drama ini hanya di tayangkan di platform Youtube rajaazreytvchannel sebagai profil para peserta yang terlibat.
Kerjasama Dana RM 1.5 juta.
Di majlis yang sama juga, satu persetujuan telah dimetrai diantara Akademi Raja Azrey Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Pendidikan Dan Sosial Malaysia serta Geliga Opera Merah dengan penyaluran dana sebanyak RM1.5 juta melalui Geliga Opera Merah agar dapat menjadi pemangkin kepada usaha pembangunan bagi institusi Akademi Raja Azrey.
Dengan persetujuan ini , satu usahasama pementasan teater 7 wahyu akan berlangsung diantara Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Pendidikan Dan Sosial Malaysia dengan Geliga Opera Merah serta Mayrose Empire Sdn Bhd yang sebagai anak syarikat Kumpulan Astana’hu Sdn Bhd yang telah diamanahkan bagi pengurusan dana dibawah kolibrasi kepada keseluruhan projek pementasan ini secara rasminya dan juga menampilkan keterlibatan sebahagiannya dari peserta-perserta Akademi Raja Azrey serta juga keterampilan karya idealogi dakwah dari Rumah Adat Waris Keturunan Baginda Rasullullah yang dipimpin oleh Yang Amat Mulia Dato’ Sri Shariff Nur Muhammad Al-Aydrus pada bulan November 2022 ini.