(SEMASA) MALABAR MGD LIFESTYLE JEWELLERY TAWAR HADIAH ISTIMEWA KEMERDEKAAN KE 66 UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Spread the love

Sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 66 tahun, Malabar MGD Lifestyle Jewellery menjanjikan sesuatu yang istimewa kepada pelanggan sempena promosi istimewa kemerdekaan yang berlangsung di bilik pameran Malabar MGD Lifestyle Jewellery di Ampang Point, Subang Jaya Mydin Mall and SerembanII Mydin Mall dari 30 August sehingga 3 September 2023.

Sempena 5 hari promosi istimewa ini, pelanggan yang menukar balik barangan emas lama kepada yang baru, Malabar akan membeli balik barangan emas lama dengan harga emas semasa yang dijual di Malabar pada hari itu. Contohnya, jika harga jualan emas pada hari itu RM282 segram, kami membeli balik barangan emas pelanggan dengan harga RM282.00 tanpa apa-apa potongan atau susut nilai.

Pelanggan juga boleh membawa barangan emas lama yang dibeli dari mana-mana kedai untuk dijual di Malabar MGD Lifestyle Jewellery. Ini adalah antara inisiatif untuk memberi pulangan kepada pelanggan yang telah menabung untuk barangan kemas dan mendapat keuntungan di atas harga emas pasaran yang menunjukkan trend kenaikan.

Untuk pelanggan yang ingin terus menambahkan pelaburan untuk barangan kemas, sempena kemerdekaan ini, terdapat pelbagai koleksi rekaan terbaru dari Timur Tengah, antaranya, gelang tangan cocktail yang bersaiz lebih lebar dengan kerjatangan yang halus.

Rantai panjang emas 916 yang ringkas dan rekaan yang begitu unik sesuai dipakai ke pejabat kerja ataupun santai hujung minggu. Koleksi cincin bunga-bungaan dengan kelopak yang pelbagai dengan kombinasi emas kuning, emas rose dan emas putih.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *