Kuala Lumpur, 14 Julai 2024 – Majlis Penyampaian Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 (Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award) anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah diadakan di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Abu Bakar bin Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif MATRADE.
Pihak MTPN telah memilih 34 buah syarikat daripada pelbagai industri sebagai pemenang-pemenang pada majlis itu melalui proses penaksiran dan pengauditan yang ketat dan telus.
“Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 adalah inisiatif Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) di Malaysia. Anugerah ini mengiktiraf syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan boleh dipercayai kepada pengguna. Anugerah itu bertujuan untuk menggalakkan kecemerlangan perniagaan dan amalan etika dalam kalangan syarikat di Malaysia” kata Tuan Abdul Malik Bin Jamaran, Pengasas Program Top 500 semasa memberi ucapan alu-aluan bagi mewakili Majlis Tindakan Pengguna Negara.
“Majlis Tindakan Pengguna Negara ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua syarikat yang memenangi anugerah dan berharap mereka akan terus berinovasi dan berusaha untuk membawa lebih banyak perkhidmatan berkualiti kepada pengguna Malaysia di masa hadapan” tambah beliau.
Majlis anugerah adalah acara penting menonjolkan pencapaian jenama terpilih. MTPN memilih jenama ini melalui proses penilaian dan pengauditan yang ketat untuk memastikan kebolehpercayaan dan kualitinya. Pengiktirafan itu membantu syarikat ini memperoleh kepercayaan pengguna dan pengiktirafan Negara.
Program berprestij ini dapat menggalakkan kecemerlangan perniagaan di Malaysia serta mengenal pasti dan mendidik para peniaga akan pentingnya mengekalkan perniagaan yang beretika. Anugerah Pilihan Pengguna ini juga dapat membantu perniagaan tempatan bagi mendapatkan pengiktirafan istimewa yang menjadi standard pilihan pengguna.
Muslim Choice
Timbalan Presiden 2 MTPN, Noorman Kamsani menjelaskan melalui pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) akan membantu perniagaan restoran bukan milik orang Islam yang mengguna pakai perkataan ‘no pork, no lard’ untuk mendapatkan sijil halal secara sah. Langkah berkenaan penting bagi menjamin makanan atau minuman yang ditawarkan itu benar-benar halal statusnya dan bukan untuk mengelirukan masyarakat atau mengantikan Sijil HALAL Jakim. Pemberian logo “Muslim Choice” merupakan satu langkah pengiktirafan awal untuk diletakkan di premis mereka sebelum mendapat sijil halal yang menepati tiga amalan utama iaitu kebersihan, kualiti dan keselamatan premis serta produk.
Beliau berkata MFW telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama antara MFW dan Zajas Sdn Bhd untuk mendapatkan sijil halal. Zajas Sdn Bhd yang merupakan syarikat dilantik Jakim untuk membantu syarikat-syarikat membuat permohonan mendapatkan sijil halal bertaraf antarabangsa tersebut.
Kerjasama antara MFW dengan Zajas Sdn Bhd itu adalah bagi tempoh lima tahun dengan matlamat utama memperkasa sektor industri kecil dan sederhana (IKS) ke pasaran halal global. Sijil halal Jakim ini bukan sahaja diiktiraf di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Mana-mana produk yang mempunyai sijil halal Jakim juga mudah menjalankan perniagaan khususnya di negara-negara Islam antarabangsa.
Senarai penerima Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500
- INAI REPUBLIC
- BEWELL CHIROPRACTIC
- NAJEEHAH INTERNATIONAL SDN BHD
- AGENSI PEKERJAAN UKHWAH SDN BHD
- BRILLIANT SKIN ESSENTIALS TRADING MALAYSIA SDN BHD
- DORA MILL ONLINE TRADING SDN BHD
- FANMASTER SDN BHD
- AGENSI PEKERJAAN KAWASAMA (M) SDN BHD
- BIOFUNCTION MARKETING SDN BHD
- OLICELL GROUP (M) SDN BHD
- DUOLEAF HEALTHCARE SON BHD >
- CHER’S (M) SDN BHD :
- CEL-ELEMENTS HOLDINGS (M) SDN BHD
- ALLOY KITCHEN MARKETING SDN BHD
- EASTERN ECKARE MALAYSIA SDN BHD
- WIKI CAREER SDN BHD
- SUMATRAA INDUSTRIES SDN BHD
- NOROS VENTURE SDN BHD
- MIMPI NATURAL HEAD SPA & SALON
- MILI TECH SDN BHD
- PREMIUM PURE SDN. BHD.
- ANTASA ENTERPRISE SDN BHD
- YES TRAVEL AND HOLIDAYS SDN BHD
- KYUT SKIN
- TENQ GROUP SDN BHD
- VITAMODE
- HERO 99 SDN BHD
- EEB BEAUTY SDN BHD
- FULLY KITCHEN EQUIPMENT SDN BHD
- THE NATURAL MARKETPLACE SDN BHD
- MODERNMED SDN. BHD.
- PERTIMA TRENGGANU SDN BHD
- ALG WORLDWIDE SDN. BHD.
- SAUNA LUXE SDN BHD