(HIBURAN) TEGUH MENTERJEMAH KEUTUHAN ABPBH 36

Spread the love

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2024 – Menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67, edisi ke-36 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 36) dilancarkan hari ini, mengangkat tema Teguh yang membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tema Teguh ini melambangkan keampuhan acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia, selain mengajak peminat industri kreatif tempatan meraikan keunikan, kepelbagaian dan kehebatan bakat serta karya tempatan.

Ini selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka yang melambangkan kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya.

Sesuai dengan semangat kemerdekaan, tema Teguh mahu merapatkan jurang perbezaan dan menumpukan usaha meningkatkan potensi diri semua insan, agar terus utuh dan mantap berdepan cabaran era globalisasi.

ABPBH menjadi pengukur tahap populariti, impak dan m.utu produk seni, serta paling utama, petunjuk kesetiaan dan sokongan peminat terhadap artis pujaan.

Membawa pengertian sama dengan istilah kukuh, kuat dan padu, Teguh adalah manifestasi kecintaan dan kesungguhan karyawan mencabar keupayaan diri dalam mencipta kegemilangan baik di persada seni tempatan, mahupun antarabangsa.

ABPBH 36 kali ini yang diinspirasikan CONBOO sebagai Penaja Utama, akan disiarkan secara langsung di TV3 dan strim melalui saluran Tonton.

CONBOO hadir dengan visi melahirkan individu yang yakin dengan kecantikan diri, baik dari aspek dalaman dan luaran. CONBOO menghasilkan produk yang menggunakan bahan-bahan premium semula jadi merangkumi madu Manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutathione, susu kambing, ekstrak biji anggur, ekstrak kurma, krimer dan stevia.

Pengarang Berita Kanan Hiburan/Projek BH merangkap Pengarah ABPBH 36, Shamshul Azree Samshir, berkata ABPBH sentiasa berpegang kepada matlamat membawa mesej berguna dalam setiap tema yang diangkat.

“Sebagai penganjur acara ABPBH 36, kami di Berita Harian (BH) akan memastikan legasi acara anugerah ini terus dipelihara dan kekal relevan. Kami sentiasa berusaha melakukan penyesuaian dan penambahbaikan secara menyeluruh sebagai sokongan dalam memartabatkan industri seni tempatan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mempertandingkan 16 kategori utama, pemilihan artis dan selebriti kegemaran boleh dilakukan bermula hari ini sehingga 30 September 2024 menerusi laman web ABPBH 36 di www.abpbh.com.my.

Manakala undian bagi kategori sampingan Ekstra! akan bermula pada 29 Ogos ini.

Sebagai penambahbaikan, ABPBH 36 memperkenalkan empat kategori baharu iaitu Aktor Pembantu Filem Popular; Aktres Pembantu Filem Popular; Aktor Pembantu TV Popular dan Aktres Pembantu TV Popular.

Inisiatif memperkenalkan empat kategori baharu ini membolehkan lebih ramai penggiat seni berpeluang bersaing di platform ABPBH, apatah lagi peranan pelakon pembantu dalam produk televisyen (TV) dan filem, tidak boleh dipandang enteng dalam menghasilkan karya bermutu serta memberi impak.

Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma atau melalui pakej langganan BH digital. Pengundi boleh mendapatkan mata undian sehingga 16,000 undian dengan melanggan akhbar digital Berita Harian. Setiap langganan terhad kepada satu (1) undian sahaja.

Proses pengundian melibatkan calon Top 20 bagi setiap kategori dan mereka bakal bersaing sehingga nasib mereka ditentukan pada malam kemuncak ABPBH 36.

Pemilihan pemenang bagi setiap kategori adalah berdasarkan 70 peratus undian orang awam dan 30 peratus undian juri profesional.

Shamshul Azree berkata, gelombang dicetuskan peminat pelakon senior, Bell Ngasri ketika tempoh pengundian sehingga beliau dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 35, dilihat berjaya ‘merakyatkan’ acara anugerah berprestij ini hingga diperakui Google Trends sebagai Berita Carian Google Teratas di Malaysia sepanjang 2023.

“Kita lihat seluruh rakyat Malaysia bersatu mengundi Bell pada penganjuran lalu. Jadi, besar harapan kita agar edisi ke-36 acara anugerah ini dapat mencetuskan gelombang sama, apatah lagi dengan kategori baharu yang membariskan ramai bintang senior yang layak diberi pengiktirafan,” katanya.

Membariskan pencalonan artis dan selebriti lama dan baru, sebanyak 16 kategori utama yang dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular.

Turut bersaing Aktor Filem Popular, Aktres Filem Popular, Aktor Pembantu Filem Popular, Aktres Pembantu Filem Popular, Aktor TV Popular, Aktres TV Popular, Aktor Pembantu TV Popular dan Aktres Pembantu TV Popular.

Tidak ketinggalan Penyampai Radio Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Manakala lima (5) kategori Ekstra! yang turut dipertandingkan adalah Couple Drama Popular, Couple Filem Popular, Lagu Paling Boom Popular, Watak Antagonis Drama Popular dan Artis Sensasi Popular.

Satu anugerah keseluruhan iaitu anugerah utama yang dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Paling Popular BH Ke-36 akan diberikan kepada kepada artis yang mendapat undian dan markah juri profesional paling tinggi. Tidak ketinggalan, anugerah khas iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat akan kembali bagi edisi ini untuk menghargai jasa dan sumbangan tokoh seni dalam pembangunan industri seni tempatan.

Sebarang pengumuman untuk acara ABPBH 36, termasuk promosi, tajaan dan malam kemuncak akan dikongsi dan diumumkan dari masa ke semasa.

 

CALON TOP 20 ABPBH 36 – TEGUH

16 KATEGORI UTAMA

ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR

  1. Aiman Ameer
  2. Amir Nafis
  3. Aniq Durar
  4. Asyraf Nasir
  5. Azim Yusof
  6. Danial Kifli
  7. Fahimi Rahmat
  8. Fazziq Muqris
  9. Firdaus Rahmat
  10. Hakim Khan
  11. Hasif Upin
  12. Izuan Razali
  13. Mierul Hazly
  14. Muaz Zabir
  15. Putera Muhammad
  16. Saixse
  17. Shah Hazvee
  18. Syafiq Abdilah
  19. Syarul Ezani
  20. Syazani Zikry

ARTIS BAHARU WANITA POPULAR

  1. Arnie Shasha
  2. Aufahanie
  3. Coex
  4. Cupcake Aisyah
  5. Dalia Farhana
  6. Erysha Emyra
  7. Ezzanie Jasny
  8. Iera Milpan
  9. Mhia Firdaus
  10. Nurel Baharin
  11. Qistina Raisah
  12. Qisya Hairulzain
  13. Raden Zaharatul
  14. Serene Claire
  15. Sofia Dendroff
  16. Syad Mutalib
  17. The Gadys
  18. Tika Nasir
  19. Tracie Sinidol
  20. Trisha Ooi

PENYANYI LELAKI POPULAR

  1. Afieq Shazwan
  2. Aizat Amdan
  3. Aliff Aziz
  4. Alyph
  5. Amir Jahari
  6. Amir Masdi
  7. Faizal Tahir
  8. Hael Husaini
  9. Hafiz Suip
  10. Haqiem Rusli
  11. Haziq Rosebi
  12. Datuk Jamal Abdillah
  13. Joe Flizzow
  14. Khai Bahar
  15. Naim Daniel
  16. Malique
  17. Sufian Suhaimi
  18. Syamel
  19. Yonnyboii
  20. Zynakal

PENYANYI WANITA POPULAR

  1. Adira Suhaimi
  2. Aina Abdul
  3. Aisha Retno
  4. Ara Johari
  5. Dayang Nurfaizah
  6. Elica Paujin
  7. Elizabeth Tan
  8. Ernie Zakri
  9. Jaclyn Victor
  10. Kaka Azraff
  11. Liza Hanim
  12. Marsha Milan
  13. Nabila Razali
  14. Nadeera
  15. Shiha Zikir
  16. Siti Nordiana
  17. Stacy
  18. Suki Low
  19. Wany Hasrita
  20. Yuna

ARTIS KOLABORASI/DUO/BERKUMPULAN POPULAR

  1. Aisha Retno & Aziz Harun
  2. Akim & Stacy
  3. Akim & The Majistret
  4. Alif Satar & The Locos
  5. Andi Bernadee & Zizi Kirana
  6. Bunga & Luqman Podolski
  7. Dolla
  8. Floor 88
  9. Insomniacks
  10. Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita
  11. Datuk Jamal Abdillah, Yamani Abdillah & Zaki Yamani
  12. K-Clique
  13. Khai Bahar & Adira
  14. Khai Bahar & Nabila Razali
  15. Kugiran Masdo & Aisyah Aziz
  16. Meet Uncle Hussain menampilkan Hazama & Boy Clifford
  17. Noraniza Idris & Hazama
  18. Siti Nordiana & Saujana 19. Tajul & Afieq Shazwan
  19. Ziana Zain & Hasif Upin

AKTOR FILEM POPULAR

  1. Datuk Aaron Aziz
  2. Aedy Ashraf
  3. Datuk Awie
  4. Alif Satar
  5. Bell Ngasri
  6. Beto Kusyairy
  7. Bront Palarae
  8. Farid Kamil
  9. Datuk Fizz Fairuz
  10. Fikry Ibrahim
  11. Idan Aedan
  12. Jack Tan
  13. Kamal Adli
  14. Datuk M Nasir
  15. Pekin Ibrahim
  16. Saharul Ridzwan
  17. Shaheizy Sam
  18. Syafiq Kyle
  19. Zahiril Adzim
  20. Zizan Razak

AKTRES FILEM POPULAR

  1. Acha Septriasa
  2. Ahirine Ahirudin
  3. Amelia Henderson
  4. Diana Danielle
  5. Elizabeth Tan
  6. Farali Khan
  7. Fasha Sandha
  8. Isyariana
  9. Janna Nick
  10. Jojo Goh
  11. Julia Farhana Marin
  12. Nabila Huda
  13. Nadia Aqilah
  14. Nadiya Nisaa
  15. Nazeera Sardi
  16. Nora Danish
  17. Qisya Hairulzain
  18. Sharifah Amani
  19. Uqasha Senrose
  20. Zafreen Zairizal

AKTOR PEMBANTU FILEM POPULAR

  1. Achey
  2. Datuk Afdlin Shauki
  3. Alif Hadi
  4. Amar Asyraf
  5. Aniq Durar
  6. Arja Lee
  7. Eman Manan
  8. Faizal Hussein
  9. Fimie Don
  10. Hafiz Nafiah
  11. Hairul Azreen
  12. Hasnul Rahmat
  13. Hisyam Hamid
  14. Ikmal Amry
  15. Qi Razali
  16. Remy Ishak
  17. Ropie
  18. Sabri Yunus
  19. Sharnaaz Ahmad
  20. Syafie Naswip

AKTRES PEMBANTU FILEM POPULAR

  1. Arnie Shasha
  2. Daiyan Trisha
  3. Eyka Farhana
  4. Farah Ahmad
  5. Harissa Adlynn
  6. Jue Aziz
  7. Mariam Kimchi
  8. Marsha Milan
  9. Nadia Aqilah
  10. Nadia Brian
  11. Nadiya Nisaa
  12. Raja Ema
  13. Reen Rahim
  14. Sangeeta Krishnasamy
  15. Sharifah Sakinah
  16. Trisha Ooi
  17. Vanidah Imran
  18. Wanna Ali
  19. Zera Hariz
  20. Zila Bakarin

AKTOR TV POPULAR

  1. Datuk Aaron Aziz
  2. Adam Lee
  3. Aedy Ashraf
  4. Aeril Zafrel
  5. Alif Satar
  6. Aliff Aziz
  7. Amir Ahnaf
  8. Bell Ngasri
  9. Ben Amir
  10. Beto Kusyairi
  11. Hisyam Hamid
  12. Hun Haqeem
  13. Izzue Islam
  14. Meerqeen
  15. Mierul Aiman
  16. MK K-Clique
  17. Redza Rosli
  18. Remy Ishak
  19. Shukri Yahaya
  20. Zul Ariffin

AKTRES TV POPULAR

  1. Anna Jobling
  2. Bella Astillah
  3. Fasha Sandha
  4. Hannah Delisha
  5. Janna Nick
  6. Mimi Lana
  7. Mira Filzah
  8. Nabila Huda
  9. Nadiya Nisaa
  10. Puteri Balqis
  11. Riena Diana
  12. Ruhainies
  13. Siti Khadijah Halim 14. Siti Saleha
  14. Sophia Albarakbah
  15. Sweet Qismina 17. Trisha Ooi
  16. Ummi Nazeera
  17. Uqasha Senrose
  18. Wanna Ali

AKTOR PEMBANTU TV POPULAR

  1. Aniq Durar
  2. Atiq Azman
  3. Azhan Rani
  4. Azlee Khairi
  5. Azrel Ismail
  6. Fadli Masoot
  7. Fimie Don
  8. Halim Radzi
  9. Johan As’ari
  10. Malek Mccrone
  11. Mierul Aiman
  12. Muaz Zabir
  13. Nadhir Nasar
  14. Naim Daniel
  15. Shah Iskandar
  16. Shahz Jaszle
  17. Syazwan Zulkifly
  18. Wan Raja
  19. Wanns Ahmad
  20. Zamarul Hisham

AKTRES PEMBANTU TV POPULAR

  1. Alicia Amin
  2. Alya Iman
  3. Amyza Aznan
  4. Bella Hanna
  5. Didie Alias
  6. Elizabeth Tan
  7. Elysha Sandha
  8. Eyka Farhana
  9. Fazlina Ahmad Daud
  10. Fify Azmi
  11. Jasmin Hamid
  12. Liza Abdullah
  13. Puteri Aishah
  14. Puteri Sarah Liyana
  15. Qasrina Karim
  16. Raja Ema
  17. Rita Rudaini
  18. Sheila Mambo
  19. Wafariena Roslan
  20. Yuna Rahim

PENYAMPAI RADIO POPULAR

  1. AG Azmeer
  2. Ajak Shiro
  3. DJ Lin
  4. DJ Nazz
  5. DJ Sonic
  6. Faizal Ismail
  7. Fara Fauzana
  8. Haiza
  9. Issey Fazlisham
  10. Jep Sepahtu
  11. Johan
  12. KJ
  13. Mawi
  14. Mat Dan
  15. Muaz
  16. Nabil Ahmad
  17. Radin
  18. Sharifah Shahirah
  19. Suffian Amrin
  20. Tyzo

PENGACARA TV POPULAR

  1. Datuk AC Mizal
  2. Afieq Shazwan
  3. Ain Edruce
  4. Amyra Rosli
  5. Anim Ezati
  6. Awal Ashaari
  7. Elly Mazlein
  8. Fiza Frizzy
  9. Hawa Rizwana
  10. Haziq Hussni
  11. Izzue Islam
  12. Janna Nick
  13. Nabil Ahmad
  14. Raja Azura
  15. Rina Nose
  16. Sean Lee
  17. Sherry Alhadad
  18. Sofea NurSolehha Tun
  19. Sugeeta Chandran
  20. Uyaina Arshad

ARTIS KOMEDI POPULAR

  1. Ajak Shiro
  2. Atu Zero
  3. Aya Amiruddin
  4. Bell Ngasri
  5. Douglas Lim
  6. Ebby Yus
  7. Fad Bocey
  8. Jep Sepahtu
  9. Joey Daud
  10. Mamak Puteh
  11. Mark Adam
  12. Norreen Iman
  13. Ropie
  14. Roy Azman
  15. Sabri Yunus
  16. Senario
  17. Sharif Zero
  18. Shuib
  19. Syaiful Zero
  20. Zizan Razak

LIMA (5) KATEGORI EKSTRA!

LAGU PALING BOOM POPULAR

  1. Angau – Fahimi Rahmat
  2. Arah Cinta – Siti Nordiana
  3. Cukup – Fieya Julia
  4. Damelo – Dolla
  5. Darah – Marsha Milan
  6. Diam – Hael Husaini 7. Gelora – Usop
  7. Hasrat – Amir Jahari
  8. Inilah Jalannya – Kugiran Masdo
  9. Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
  10. Kalam – Shiha Zikir
  11. Masing-Masing – Ernie Zakri & Ade Govinda
  12. OK – Faizal Tahir
  13. Pergilah Cinta – Danial Kifli
  14. Pujaanku – Kugiran Masdo & Aisyah Aziz
  15. Retak Hatiku – Iera Milpan
  16. Rindunya Rindu – Afieq Shazwan
  17. Sedih Hati – Malique
  18. Sudah – Ara Johari
  19. Waktu – Ziana Zain & Hasif Upin

COUPLE FILEM POPULAR

  1. Datuk Aaron Aziz & Nora Danish (Sayu Yang Syukur)
  2. Aedy Ashraf & Ahirine Ahirudin (Tebus)
  3. Aedy Ashraf & Farali Khan (War On Terror)
  4. Alif Satar & Amelia Henderson (Pulau)
  5. Beto Kusyairy & Diana Danielle (Imaginur)
  6. Beto Kusyairy & Nadia Aqilah (MagiK)
  7. Bront Palarae & Nadiya Nisaa (Harum Malam)
  8. Farid Kamil & Acha Septriasa (Anwar: The Untold Story)
  9. Fasha Sandha & Pekin Ibrahim (Cerana Biduk Bu Merah)
  10. Fikry Ibrahim & Nabila Huda (Rahsia)
  11. Datuk Fizz Fairuz & Isyariana (Mat Tudung Begins)
  12. Hafreez Adam & Janna Nick (Jemputan Ke Neraka)
  13. Kamal Adli & Elizabeth Tan (Escape)
  14. Nabila Huda & Zahiril Adzim (Budak Flat)
  15. Nazeera Sardi & Aniq Durar (Pagari Bulan)
  16. Saharul Ridzwan & Julia Farhana Marin (Coast Guard Malaysia)
  17. Shaheizy Sam & Nora Danish (Polis Evo 3)
  18. Shaheizy Sam & Sharifah Amani (La Luna)
  19. Syafiq Kyle & Mimi Lana (Seindah Kasih The Movie)
  20. Uqasha Senrose & Bront Palarae (Sumpahan Jerunai)

COUPLE DRAMA POPULAR

  1. Datuk Aaron Aziz & Zara Zya (Derhaka Sebuah Cinta)
  2. Adam Lee & Sweet Qismina (Bukan Lelaki Terhebat)
  3. Aedy Ashraf & Nabila Razali (Kerana Cinta Itu Ada)
  4. Aeril Zafrel & Fasha Sandha (Serpihan Sayang)
  5. Alif Satar & Wanna Ali (Bukan Sekadar Lafaz)
  6. Aliff Aziz & Sophia Albarakbah (Ku Akad Kau Dengan Bismillah)
  7. Amir Ahnaf & Anna Jobling (Syurga Itu Bukan Mudah) 8. Ben Amir & Uqasha Senrose (Jangan Lupa Janji)
  8. Beto Kusyairi & Nelydia Senrose (Bunga Aku Tunggu)
  9. Hun Haqeem & Daiyan Trisha (W: Two Worlds)
  10. Hun Haqeem & Mira Filzah (Imam Instant Ustazah Scammer)
  11. Ikmal Amry & Siti Khadijah Halim (From Saga With Love)
  12. Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus 2)
  13. MK K-Clique & Ezzanie Jasny (I Love You, Stupid!)
  14. Redza Rosli & Amyra Rosli (Kerasnya Takdir)
  15. Redza Rosli & Tracie Sinidol (Luruhnya Bunga Cinta)
  16. Shukri Yahaya & Hannah Delisha (Andai Itu Takdirnya)
  17. Shukri Yahaya & Janna Nick (Surat Dari Tuhan)
  18. Ungku Ismail Aziz & Nad Zainal (Cina Buta)
  19. Zul Ariffin & Mimi Lana (Perempuan Itu)

WATAK ANTAGONIS DRAMA POPULAR

  1. Afifah Nasir
  2. Aleza Shadan
  3. Amir Ahnaf
  4. Atikah Suhaime
  5. Azhan Rani
  6. Bella Hanna
  7. Beto Kusyairi
  8. Fadlan Hazim
  9. Fezrul Khan
  10. Janna Nick
  11. Keith Foo
  12. Niena Baharun
  13. Puteri Aishah
  14. Puteri Sarah Liyana
  15. Ryun Ryry
  16. Shah Iskandar
  17. Siti Hariesa
  18. Tony Eusoff
  19. Zahiril Adzim
  20. Zarina Zainoordin

ARTIS SENSASI POPULAR

  1. Aliff Aziz
  2. Baby Shima
  3. Bella Astillah
  4. Diana Danielle
  5. Farid Kamil
  6. Fyna Jebat
  7. Hafidz Roshdi
  8. Ismail Izzani
  9. Mawar Rashid
  10. Mak Wan Latah
  11. Meerqeen
  12. Mimi Lana
  13. Puteri Sarah Liyana
  14. Search (Datuk Amy/Nasir)
  15. Search (Din/Kid)
  16. Shila Amzah
  17. Siti Nordiana
  18. Sophia Albarakbah
  19. Syafiq Kyle
  20. Syamsul Yusof

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *