(HIBURAN) TOMOK X SITI NORDIANA PERTAMA KALI BERGABUNG UNTUK  KONSERT MEMORI MUNGKIN BERULANG 

Spread the love

Konsert Memori Mungkin Berulang menampilkan Tomok dan SiƟ Nordiana berkongsi pentas  menyanyikan lagu popular mereka sepanjang lebih 20 tahun dalam indusri muzik tanah air. Konsert ini  berlangsung pada 1 Februari 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur. 

Tomok yang juga penganjur konsert di bawah syarikatnya POPSICLE RECORDS amat berbesar haƟ kerana ini kali pertama bergabung dengan SiƟ Nordiana untuk mengimbau memori lama mereka yang  mulakan karier nyanyian sejak di bangku sekolah.

“Pelbagai kejutan akan dipersembahkan sepanjang konsert ini berlangsung terutama lagu-lagu hits  kami akan dinyanyikan sama ada saya mahupun Nana. Sepanjang kami bergelar penyanyi ini kali  pertama kami berkolobarasi untuk demi penyokong dan peminat.

“Konsert ini juga akan kami mengimbau kenangan lagu Nana duet bersama dengan Allahyarham Achik  yang akan dinyanyi oleh saya. Saya yakin lagu-lagu hits seperƟ Memori Berkasih, Resipi Berkasih dan  Gurauan Berkasih akan ditunggu-tunggu oleh semua peminat.

“Harga Ɵket ditawarkan juga amat berpatutan dan saya yakin peminat kami berdua mampu  memilikinya dan menyokong konsert kami ini. Kami akan berikan persembahan terbaik dan Ɵdak  merugikan wang anda.

Sementara itu, SiƟ Nordiana bersetuju untuk menjadi rakan konsert Tomok selepas menerima  pelawaan daripada Tomok yang berhajat untuk menganjurkan konsert bersama dengan dirinya. Ia satu  peluang Ɵdak wajar disia-siakan kerana ini antara hadiah terbaik buat peminatnya yang terus  menyokong karier kami dari sejak awal 2000 hingga sekarang.

“Memilih lagu duet kami iaitu Memori Mungkin Berulang sebagai teraju utama konsert ini adalah ia  amat sinonim dengan saya dan juga Tomok. Dulu saya amat dikenali dengan Achik kerana kerap tampil  dengan lagu-lagu duet yang menaikkan nama kami berdua.

“Saya juga Ɵdak menyangka lagu duet dengan Tomok diterima ramai dan sekali lagi cetus satu  fenomena baru untuk industri muzik masa kini yang dikelilingi generasi Z. Apa-apa pun saya bersyukur  kerana lagu Memori Mungkin Berulang diterima di luar jangka terutama kepada anak-anak muda.

Tiket Konsert Memori Mungkin Berulang akan mula dijual 28 Oktober 2024 dengan harga permulaan  RM98, RM198, RM298, RM398, RM498 dan VIP BOX RM5000. Tiket boleh dibeli menerusi dalam talian  iaitu di Ticket2u.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *