Tag: TOMOK

(HIBURAN) BLACK, HAZAMA, AKIM & TOMOK MENJADI MENTOR  – Program realiti popular Mentor Milenia kembali mencari bakat-bakat baharu!

 black-tomok-encik-muhamad-sufian-che-isa-penerbit-eksekutif-dan-akim

Petaling Jaya, 24 November 2016 – Mentor Milenia kini kembali! Sejak diperkenalkan dengan konsep dan format baharu pada tahun lepas, program realiti Mentor Milenia kini kembali dengan menampilkan Black, Hazama, Akim dan terbaharu Tomok sebagai barisan mentor. Read more →

(HIBURAN) ALTIMET melancarkan video muzik terbaru “Aku Tahu” secara eksklusif melalui aplikasi RED HOTLINK

altimate red

Bintang hip-hop tempatan, Altimet, telah melancarkan video muzik terbarunya bertajuk ‘Aku Tahu’ secara eksklusif melalui Aplikasi RED Hotlink semalam (22 Oktober 2015) pada jam 8 malam, dengan itu membolehkan pelanggan Hotlink menjadi yang pertama untuk menonton video muzik lagu terbaru beliau. Satu jam sebelum pelancaran video muzik tersebut, peminat juga telah mengikuti Hotlink (@hotlink) di Periscope, satu aplikasi penstriman video langsung, dimana mereka telah mengambil bahagian dalam sesi soal jawab bersama Altimet, yang menandakan kali pertama beliau telah mengadakan sesi soal jawab secara langsung bersama peminat. Para peminat telah mengemukakan soalan-soalan mereka dengan menggunakan hashtag #HotlinkAkuTahu. Read more →

(HIBURAN) NOVEMBOYS JUARA POP KREW DAN BAWA PULANG RM50,000!

Novemboys 7

Tahniah kepada kumpulan Novemboys yang telah dinobatkan sebagai Juara Pop Krew dan sekaligus mengenepikan tiga kumpulan saingan mereka iaitu Briged, Algebra dan 5beats. Persaingan antara empat kumpulan ini sangat sengit dan masing-masing telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam tadi. Persembahan Novemboys dengan lagu Mewangi, Aku Yang Tersakiti dan lagu baru mereka iaitu Fall oleh penerbit AG Coco, lagu dan lirik ciptaan Ag Coco dan Wan Novemboys telah berjaya mencuri hati para juri.   Read more →

(HIBURAN) Pelancaran Album Terbaru TOMOK : AKU DATANG

tomok

TOMOK, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kehadiran beliau bersama kumpulan New Boyz di era 90’an cukup untuk meletakan nama TOMOK di dalam sejarah industri muzik tanahair. Kemunculan TOMOK sebagai artis solo juga tidak perlu disangkal kerana beliau telah membuktikan kematangan beliau apabila MENJUARAI pertandingan One In A Million (OIAM) pada tahun 2009. Kehebatan juara OIAM ini dibuktikan sekali lagi di pentas Versus musim ke-2 dengan menjadi JUARA melalui gabungan TOMOK dan Modread, MANIFESTO. Read more →

(HIBURAN) Bicara Seni “Altimet” Dalam “KotarayaKu”

IMG_7067 (2)

Boleh digelarkan antara salah seorang pejuang seni bagi genre Hip Hop terkenal di Malaysia bermula dengan penglibatan beliau bersama TEH TARIK CREW, ALTIMET atau nama sebenar beliau Ahmad Bin Abdul Rahman berjaya menjadikan genre ini sebaris dengan irama-irama lain di Malaysia dan mempunyai kalangan pengikut yang ramai terutamanya golongan muda. Kepada yang tidak mengenali ALTIMET, beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi  atau rapper malahan beliau adalah seorang penulis lagu, penerbit, komposer, pengacara televisyen dan kini seorang Pengarah Eksekutif Kartel Records. Read more →