25 November 2024, Kuala Lumpur – Filem paling ditunggu-tunggu, Kahar: Kapla High Council iaitu prekuel kepada siri premium popular Project : High Council yang mencipta gelombang fenomena tahun lalu, kini bersedia menemui peminat di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, bermula 28 November dan Singapura pada 5 Disember!
Filem ini mengembalikan watak Kahar yang paling hangat diperkatakan dalam siri terdahulu dengan memaparkan kisah silamnya sebelum bergelar Kapla atau ‘ketua’ bagi badan pelajar. Watak itu digerak dengan begitu baik oleh pelakon Amir Ahnaf, selain barisan pelakon seperti Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fazziq Muqris, Fadhli Masoot, Thompson Goh, Khenobu, Husyairi Hussain, Hasnul Rahmat, serta penampilan istimewa Naim Daniel, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Sathisvaran Magesvaaran, Yusof Hashim (Ucop) dan Ameer Asyraf.
Bukan sekadar mempertaruhkan jalan cerita dengan babak-babak yang mengundang keterujaan, filem berdurasi 102 minit ini mengangkat isu buli yang berlaku di kalangan remaja. Ia turut membicarakan isu kritikal seperti kepentingan institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang dan menekankan mesej kekerasan bukanlah jalan penyelesaian.
Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem Kahar: Kapla High Council tercetus daripada impak luar biasa siri premium Project : High Council. Walaupun siri premium tersebut ditayangkan tahun lalu, ia masih diperkatakan sehingga hari ini dan menjadi drama paling popular di platform Astro Go dan On Demand. Malah, di platform Netflix, ia berada menjadi konten nombor satu dan berada dalam top 5 selama 6 minggu berturut-turut. Ini menunjukkan jenama High Council masih kuat untuk kami menghasilkan filem dengan subjek remaja dan isu buli, namun menerusi mesej yang lebih besar, iaitu ‘stop violence’. Realitinya, Isu buli dan keganasan masih berlaku dalam masyarakat kita. Sebagai penerbit, kami menjadikan platform seni sebagai medium dalam menyampaikan mesej ikhtibar kepada semua.
Kahar: Kapla High Council memaparkan babak yang diinspirasikan daripada situasi sebenar. Kita tidak boleh bercakap atau menyampaikan mesej tentang buli dan keganasan tanpa menunjukkan sebarang contoh. Selain itu, Kahar: Kapla High Council turut membicarakan isu yang kritikal; antaranya konflik kekeluargaan seperti harapan tinggi seorang bapa dan bagaimana ia memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang. Kami berharap usaha ini dapat mencetus topik perbincangan dan luaskan kesedaran #StopViolence.”
Kahar : Kapla High Council diarahkan Razaisyam Rashid, manakala skrip ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain. Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Pada tahun 2005, setahun sebelum berlakunya peristiwa dalam siri Project: High Council, Kahar merupakan seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya. Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu.
Filem ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dalam menghebahkan mesej keganasan bukalah jawapannya dan menyebarkan kesedaran tentang kempen anti buli dan keganasan. Kerjasama ini menyaksikan anjuran beberapa majlis bersama masyarakat serta menghasilkan video pesanan khidmat masyarakat bersama barisan pelakon.
Usaha membawa kempen ‘#StopViolence’, turut memperlihatkan kerjasama dengan Group M untuk papan iklan digital Laguna, Seni jaya, dan AOS bagi memaparkan video kempen anti keganasan. Video tersebut ditayangkan serentak (roadblock) bermula 27 hingga 29 November di sekitar Lembah Klang.
Selain itu, filem ini turut bekerjasama dengan rakan kerjasama pemasaran strategik, Tune Talk. Dapatkan sim pek Tune Talk edisi Kahar : Kapla High Council berharga RM35, dan lebih menarik memberi peluang kepada peminat untuk memenangi Lesen High Council. Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.
Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar : Kapla High Counci pada 29, 30 November & 1 Disember di Kedah, Penang, Perak; 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.
Koleksi hoodie rasmi Kahar : Kapla High Council edisi terhad menawarkan dua warna iaitu hitam dan kelabu. Selain itu barangan lain yang boleh dijadikan koleksi adalah tote bag, baju-t, enamel pins dan banyak lagi akan dikeluarkan di masa akan datang. Semua cenderahati eksklusif ini boleh didapati menerusi Gempak Official Store di platform Shopee.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat. Saksikan filem Kahar : Kapla High Council yang akan berada di pawagam bermula 28 November. Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.