Putrajaya, 8 September 2025 – Filem aksi penuh ilusi, Magik Rompak, arahan pengarah prolifik Adrian Teh, telah membuktikan kehebatannya apabila tayangan awal dari 5 hingga 7 September di pawagam terpilih menerima sambutan luar biasa daripada penonton. Rata-rata penonton menyifatkan Magik Rompak sebagai sebuah filem moden dengan suntikan magis dan aksi mendebarkan yang mampu berdiri setanding dengan produksi antarabangsa.
Kejayaan ini diraikan dalam sebuah Majlis Malam Gala dan Sidang Media yang berlangsung meriah di IOI City Mall, Putrajaya. Malam berprestij ini diserikan dengan kehadiran tetamu kenamaan termasuk YB Teo Nie Ching (Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia), Dato’ Azmir Saifuddin bin Mutalib (Ketua Pegawai Eksekutif FINAS), Dato’ Gerald Hans Isaac (Pengerusi FINAS) serta Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran barisan penerbit eksekutif filem iaitu Mr Tee Yee Peng, Yang Mulia Raja Jastina Raja Arshad (Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro), Ms Koh Mei Lee (Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas), Mr Adrian Teh (Ketua Pegawai Eksekutif Act 2 Pictures & Pengarah Magik Rompak) serta Mdm May Woo (Penerbit Bersekutu Magik Rompak).
Turut menyerikan lagi majlis ialah barisan pelakon utama dan sokongan filem ini iaitu Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson, Nadhir Nasar, Yasmin Hani, Miller Khan, Fabian Loo, Elvina Mohamad, Tay Ping-Hui, Anas Ridzuan dan ramai lagi.
Adrian Teh, yang sebelum ini mencipta kejayaan besar menerusi PASKAL: The Movie (2018), Wira (2019), dan MALBATT: Misi Bakara (2023), sekali lagi membuktikan kebolehannya sebagai pengarah versatil. Dengan Magik Rompak, beliau menggabungkan elemen aksi, jenayah dan fantasi ilusi, mempersembahkan pengalaman sinematik segar yang mengangkat kualiti penceritaan filem Malaysia ke tahap lebih tinggi.
Kempen interaktif Ganjaran Gempak, yang berlangsung serentak dengan tayangan awal, turut mencuri perhatian ramai. Melalui kerjasama strategik bersama Touch ‘n Go eWallet, penonton berpeluang memenangi wang segera dengan hanya mengimbas kod QR khas di pawagam terpilih. Pendekatan pemasaran inovatif ini bukan sahaja mencetus keterujaan penonton, malah dipuji sebagai strategi pemasaran kreatif untuk filem tempatan.
Selain itu, GSC turut berkolaborasi dengan Touch ’n Go eWallet untuk memberikan penjimatan istimewa RM5 dengan setiap pembelian dua tiket 2D. Tidak ketinggalan, para peminat juga boleh mendapatkan Kad Eksklusif Touch ’n Go Magik Rompak, Koleksi Eksklusif Tumbler Tukar Warna, dan Koleksi Kad Magik Rompak di pawagam GSC terpilih.
Sebagai kesinambungan, GSC turut memperkenalkan beberapa promosi eksklusif antaranya “Tonton, Makan & Menang Magik Rompak” yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan untuk dimenangi. Lebih istimewa, penonton juga berpeluang menikmati makan malam eksklusif bersama pengarah serta barisan pelakon utama hanya dengan membeli tiket Screen X 2D di Aurum Theatre, The Exchange TRX. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi GSC, sila layari gsc.com.my.
Magik Rompak dipersembahkan oleh ACT 2 Pictures Sdn Bhd, Golden Screen Cinemas Sdn Bhd, Astro Shaw Sdn Bhd, Clover Films Pte Ltd dan Overseas Union
Garden Sdn Bhd, dengan sokongan Kementerian Komunikasi, FINAS, SFO Studios Film Office, dan Singapore Film Commission, serta diedarkan oleh GSC Movies. Touch ’n Go turut tampil sebagai rakan strategik rasmi kempen promosi filem ini.
Saksikan Magik Rompak di pawagam seluruh negara mulai 11 September 2025. Filem tempatan ini menjanjikan hiburan luar biasa untuk dinikmati bersama keluarga ketika cuti sekolah dan sambutan Hari Malaysia.

