Tag: Yasmin Hani

(HIBURAN) Kalau sayang, cakap jelah- Mierul Aiman 

Mierul Aiman, jejaka dengan garis rahang (jaw line) yang menjadi perhatian ramai kini muncul dengan satu lagi karakter yang bakal menambat hati ramai terutama gadis-gadis di luar sana. Read more →

(SEMASA) HABIB TRULY MALAYSIA DI SURIA KLCC MEMUKAU PENGUNJUNG LUAR DAN DALAM NEGARA

IMG_5921crop

Malaysia adalah sebuah negara yang bukan sahaja kaya dengan pelbagai pilihan makanan, pengembaraan dan keajaiban semula jadi, ia juga adalah salah sebuah syurga membeli-belah yang terkemuka di benua Asia. Bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014, syarikat barang kemas tempatan terkemuka, HABIB, akan melancarkan pameran dan jualan bertemakan ‘HABIB Truly Malaysia’ yang akan berlangsung di Pusat Membeli Belah, Suria KLCC. Dengan kedatangan pelancong asing dan juga tempatan ke Suria KLCC, pameran tersebut menjadi lokasi yang ideal untuk acara pameran dan jualan ‘HABIB Truly Malaysia’ ini.

Read more →

(SEMASA) Yasmin Hani berkongsi rahsia kehamilan dan kelahiran Noah

IMG_4250gmo

Selebriti Materniti : Yasmin Hani , bakal muncul di Astro MAYA HD Saluran 135 pada bulan Februari ini. Ia merupakan sebuah program realiti terbitan BLUBLACK PRODUCTIONS yang bakal mengundang penonton merasai emosi serta keterujaan sepasang suami isteri berstatus selebriti menantikan kelahiran anak sulung mereka. Ikuti pengalaman berharga yang dijalani oleh Yasmin Hani dan Sha’arin Razali dalam empat episod eksklusif  Selebriti Materniti : Yasmin Hani, yang akan mula bersiaran pada Isnin, 3 Februari 2014, jam 9.30 malam. Read more →

(HIBURAN) Soroti perjalanan dan cabaran 13 selebriti popular tanah air dalam dunia perniagaan

astro artis meniagasmall

Istimewa bulan Ogos ini, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi program realiti terbaru berjudul Selebriti Bizz yang bakal mengajak para penonton untuk menyusuri kehidupan seharian selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terlibat dalam bidang perniagaan. Program ini boleh ditonton menerusi saluran 104 pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam bermula pada 27 Ogos 2013. Read more →

(HIBURAN) Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara

IMG_0076

Kuala Lumpur, 23 April, 2013 – Anak-anak muda Malaysia telah memberanikan diri mereka untuk diuji bakat bagi menempah tiket menuju kemasyuran melalui Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara. Mereka telah mempersembahkan bakat menyanyi, menari dan berlakon masing-masing untuk menawan hati empat orang hakim selebriti, seterusnya terpilih untuk membintangi siri drama bertemakan K-Pop dengan konsep yang diilhamkan oleh  Cornetto. Read more →