(SEMASA) Aveta Tingkatkan Pengalaman Tunggang Harian dengan Nova 160 Signature Edition Lebih Selamat, Pintar dan Bergaya

Spread the love

Aveta Malaysia, salah satu jenama motosikal tempatan terkemuka, hari ini melancarkan Nova 160 Signature Edition (SE) versi dipertingkat daripada model popular Nova 160, kini dilengkapi Dual Channel Anti-Lock Braking System (ABS) dan Traction Control System (TCS) bagi menawarkan keselamatan dan kestabilan lebih tinggi dalam situasi tunggangan harian.

Naik taraf terbaharu ini hadir seiring dengan langkah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) yang bakal melaksanakan peraturan baharu mewajibkan sistem ABS bagi semua motosikal berkuasa melebihi 150 cc mulai tahun 2025 satu inisiatif penting bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya untuk penunggang motosikal di seluruh negara.

“Pelancaran Nova 160 Signature Edition mencerminkan kesediaan Aveta untuk memenuhi keperluan peraturan MOT serta komitmen kami dalam mengutamakan keselamatan penunggang,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia. “Sambil menyesuaikan diri dengan piawaian keselamatan yang lebih ketat, kami tetap fokus untuk menawarkan teknologi canggih dan gaya menarik pada harga yang berpatutan.”

Nova 160 Signature Edition menggabungkan prestasi boleh dipercayai dengan sistem keselamatan dipertingkat serta gaya baharu yang lebih segar, direka untuk memenuhi keperluan penunggang bandar moden. Penambahan Dual Channel ABS dan TCS membantu meningkatkan kawalan serta kestabilan di jalan licin atau tidak rata, memberikan keyakinan lebih tinggi kepada penunggang.

Dari segi reka bentuk, model ini hadir dengan rekaan pelekat (decal) baharu dan tiga pilihan warna menarik Teal Green, Copper Blaze dan Dark Blue yang menyerlahkan penampilan sporty serta dinamik.

Dari aspek prestasi, Nova 160 Signature Edition mengekalkan enjin 160 cc yang terbukti berkuasa dan boleh diharap, sama seperti model asal Nova 160 yang telah menjadi pilihan utama penunggang Malaysia sejak pelancarannya awal tahun ini. Selaras dengan falsafah “mampu milik” Aveta, model baharu ini terus menawarkan tahap keselamatan dan gaya lebih tinggi dengan harga yang kekal mudah dicapai.

“Model terbaharu Aveta ini seiring dengan inisiatif keselamatan negara, membuktikan kesediaan jenama kami untuk menyesuaikan diri dengan piawaian keselamatan terkini sambil mengekalkan ciri utama Aveta pemilikan yang berpatutan,” tambah Steven. “Nova 160 Signature Edition adalah manifestasi komitmen kami untuk menjadikan teknologi keselamatan canggih boleh dinikmati oleh semua penunggang. Reka bentuknya juga dibangunkan berdasarkan maklum balas pengguna, memberi tumpuan kepada tiga perkara utama yang dihargai penunggang Malaysia iaitu keselamatan, praktikaliti dan gaya.”

Nova 160 Signature Edition ditawarkan pada harga promosi RM8,088.00 (sah sehingga Disember 2025) sebelum dijual pada harga biasa RM8,388.00. Harga yang dinyatakan tidak termasuk insurans dan cukai jalan, satu nilai terbaik bagi skuter yang dilengkapi Dual Channel ABS serta Traction Control System.

Model baharu ini akan mula dijual di semua pengedar sah Aveta di seluruh negara mulai minggu hadapan, menawarkan penunggang Malaysia pengalaman tunggangan yang lebih selamat, lebih pintar dan lebih bergaya pada harga mampu milik.

Untuk maklumat lanjut, layari www.aveta.com.my atau ikuti Aveta Malaysia di Facebook dan Instagram.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *