(SUKAN) TAWAN PUNCAK MENARA: KUALA LUMPUR TOWER RUN INTERNATIONAL CHALLENGE 2025

Spread the love

KUALA LUMPUR, 13 November 2025 — LSH Service Master Sdn. Bhd., pengurusan terkini Kuala Lumpur Tower, akan menganjurkan acara larian menara paling dinanti-nantikan iaitu Kuala Lumpur Tower Run International Challenge 2025 (KLTRIC2025). Bakal berlangsung pada Ahad, 30 November 2025 bermula jam 5.00 pagiedisi ke-23 acara ini diiktiraf secara rasmi oleh Persatuan Towerrunning Malaysia (MTA) sebagai Kejohanan Rasmi Kebangsaan (Towerrunning Malaysia) 2025. 

Kini dikenali sebagai Sukan Warisan Kuala Lumpur Tower, KLTRIC2025 terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan global bagi acara larian menara. Bertemakan “Victory is Vertical”, acara ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal para peserta, tetapi turut meraikan semangat juang, perpaduan dan kebanggaan negara dengan menyatukan pelari elit serta penggemar aktiviti kecergasan dari seluruh dunia. Dianggarkan seramai 1,500 peserta tempatan dan antarabangsa akan menakluki 1,608 anak tangga setinggi 292 meter dari aras tanah. 

Selama 23 tahun, Kuala Lumpur Tower dengan bangganya menjadi tuan rumah kepada acara berprestij ini yang telah melahirkan ramai pelari elit dunia. Antara detik paling membanggakan ialah kejayaan Michele Tan Bee Kiang yang telah mencatat Rekod Dunia Guinness (Guinness World Record) bagi kategori wanita terpantas menamatkan ‘vertical mile’ dengan catatan masa 1 jam 33 minit,” kata Khairil Faizal Hj Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd. 

Pencapaian itu bersamaan mendaki Kuala Lumpur Tower sebanyak 6.5 kali berturut-turut, membuktikan potensi luar biasa atlet Malaysia dalam arena sukan aksi dan pelancongan bertaraf antarabangsa, sejajar dengan visi kami untuk menjadikan Kuala Lumpur Tower sebagai hab pelancongan sukan utama negara, seiring dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Kami amat berbesar hati kerana kejayaan bertaraf dunia ini diadakan di sini, dan kami menantikan penglibatan beliau dalam KLTRIC2025,” tambah beliau. 

Mendukung Agenda Sukan Negara 

Sebagai Kejohanan Rasmi Kebangsaan (Towerrunning Malaysia), KLTRIC2025 menjadi platform penting dalam memperkasa agenda sukan negara dengan memperkukuh industri sukan prestasi tinggi, di samping memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dan menyemai semangat perpaduan melalui penglibatan komuniti secara aktif. Acara ini turut menyumbang kepada aspirasi nasional untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar sukan bertaraf dunia, selaras dengan inisiatif “Sukan Untuk Semua” serta Visi Sukan Negara 2030.

Selain itu, KLTRIC2025 juga telah diperakui sebagai World Championship Points Race di bawah Towerrunning World Association (TWA), di mana pelari tangga elit antarabangsa akan bersaing bagi mengumpul mata bagi kedudukan bertaraf dunia.

Antara peserta elit yang bakal menyertai edisi kali ini ialah juara dunia dan pelari tangga No.1 dunia, Soh Wai Ching, yang akan kembali mempertahankan kedudukannya di Malaysia — menjadikan edisi 2025 ini antara yang paling kompetitif dan menarik dalam sejarah penganjurannya.

Kategori & Kumpulan Umur

Terbuka dan Elit (Lelaki & Wanita):

  • Lelaki & Wanita Terbuka(19 — 40 tahun).
  • Remaja Lelaki & Perempuan(13 — 18 tahun).
  • Lelaki & Wanita Veteran(41 tahun ke atas) ● Lelaki & Wanita Elit (untuk atlet yang layak sahaja).

Kriteria Kelayakan Kategori Elit

Atlet yang layak ke kategori Elit perlu memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:

  • Tier 1— Tersenarai dalam kedudukan rasmi Towerrunning World Association (TWA)
  • Tier 2-10 terbaik dalam kejohanan antarabangsa (Point Factor 2 80) atau 10 terbaik dalam perlumbaan di Malaysia
  • Tier 3-5 km: Lelaki< 20:00 | Wanita < 25:00 ● Tier 4—10 km: Lelaki < 42:30 | Wanita < 52:30
  • Tier 5— Separuh Maraton: Lelaki < 1:30:00 | Wanita < 2:00:00
  • Tier 6 Maraton Penuh: Lelaki < 3:30:00 | Wanita < 4:30:00

(Peserta elit yang memenuhi syarat-syarat ini akan diberi keutamaan pendaftaran dan kedudukan permulaan).

Jersi Eksklusif & Gelaran Juara Kebangsaan 

20 peserta terpantas dalam setiap kategori akan menerima Jersi Finisher Eksklusif, simbol pencapaian yang selari dengan semangat “Victory is Vertical”. Selain itu, peserta lelaki dan wanita Malaysia terpantas dalam Kategori Elit masing-masing akan dinobatkan sebagai Juara Kebangsaan (Towerrunning Malaysia) 2025, dengan pengiktirafan rasmi daripada Persatuan Towerrunning Malaysia (MTA). 

Rakan Acara KLTRIC2025 

KLTRIC2025 dibawakan dengan kerjasama Penaja Utama dan Rakan Strategik, termasuk Turkish Airlines dan JomRun, serta disokong oleh rangkaian rakan kerjasama merentas sektor kerajaan, keselamatan, pelancongan, gaya hidup dan hospitaliti.

Antara rakan kerjasama dan penaja yang turut menjayakan KLTRIC2025 ialah:

Agensi Kerajaan & Keselamatan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Rakan Muda, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tourism Malaysia (Visit Malaysia 2026), Persatuan Towerrunning Malaysia (MTA)

Rakan Korporat & Komuniti
DEI Global, PRIME, Spritzer, 100Plus, Ranger Rimau, Adabi, The Coffee Bean & Tea Leaf, ORBIT Revolving Dining, Nestlé Ice Cream, Nestlé MILO, Nestlé Fitness, TFKL, Kuantan 188, R&D F1 Simulation, Petronas Twin Tower, KL Hop On Hop Off, KL Bird Park, GL Play by Gamuda Land, SuperPark Malaysia, Village Grocer, Lalaport BBCC, Himalaya Sports, Salonpas, Tryke, Lim Seong Hai Lighting

Rakan Hotel & Hospitaliti
ibis Kuala Lumpur City Centre, CitizenM Hotel, Furama Bukit Bintang, Mercure Hotel Kuala Lumpur Shaw Parade, Hotel Indigo Kuala Lumpur on the Park (IHG), Ramada Kuala Lumpur City Centre, Trigo Hotel KL, Trinidad Suites Johor, The Lisbon Melaka, Shahzan Hotel Kuantan, Wyndham Garden, MOV Hotel, Oasia Suites Kuala Lumpur

Pendaftaran Kini Dibuka

Para atlet dan peminat sukan larian dijemput untuk menyahut cabaran KLTRIC2025 — Kejohanan Kebangsaan (Towerrunning Malaysia) 2025 dengan mendaftar sekarang di pautan: www.jomrun.com/event/Kuala-LumpurTower-Run-international-Challege-2025

Acara penuh adrenalin ini menjanjikan pengalaman luar biasa menguji kekuatan mental dan fizikal para peserta dalam periumbaan menuju puncak mercu tanda ikonik negara, dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM80,000 menanti para pemenang.

Untuk maklumat lanjut mengenai KLTRIC2025, layari www.kltower.com atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kuala Lumpur Tower di +603-2630 3033. 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *