(SUKAN) CIDB HALF MARATHON 2025 CATAT PENYERTAAN LEBIH 6,000 ORANG – PACU PROMOSI SUKAN & GAYA HIDUP SIHAT INDUSTRI PEMBINAAN

Spread the love

CIDB Half Marathon 2025 yang julung kalinya bakal dianjurkan di Dataran Putrajaya mencipta kejayaan tersendiri apabila berjaya menarik lebih 6,000 peserta dari seluruh negara serta pelari antarabangsa. Pencapaian ini sekali gus akan menjadikan acara tersebut antara program larian komuniti paling meriah dan berimpak besar pada tahun ini.

Penganjuran ini merupakan inisiatif Kelab CIDB WP Kuala Lumpur bersama CIDB Malaysia, dengan sokongan strategik Perbadanan Putrajaya (PPj), bersempena Putrajaya Car-Free Day dan Putrajaya Car-Free Morning. Usaha ini selaras dengan visi menjadikan Putrajaya sebagai bandar yang sihat, hijau serta mesra aktiviti riadah untuk semua lapisan masyarakat.

Penyertaan Memberangsangkan dalam Empat Kategori Utama

Acara tahun ini menyaksikan penyertaan luar biasa merangkumi empat kategori utama setakat ini ialah:

  • 21KM Half Marathon – 1,200 peserta
  • 10KM Race – 1,200 peserta
  • 5KM Santai Run – 1,600 peserta
  • 3KM Family Fun Run – 2,100 peserta

Lebih 70% peserta hadir dari luar Putrajaya, sekali gus menyumbang kepada peningkatan aktiviti ekonomi setempat termasuk penginapan, kunjungan pelancong serta pertumbuhan perniagaan kecil dan restoran sepanjang hujung minggu acara.

Di samping itu, 10% peserta terdiri daripada pelari antarabangsa, menjadikan CIDB Half Marathon 2025 platform penting untuk mengetengahkan keunikan landskap, seni bina dan daya tarikan pelancongan Putrajaya di peringkat global.

“Runcation”: Daya Tarikan Baharu Sukan Pelancongan

CIDB Half Marathon 2025 turut memperkenalkan pengalaman “runcation” — konsep menggabungkan percutian dan aktiviti larian yang semakin diminati. Pendekatan ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, malah merapatkan hubungan antara peserta, keluarga dan komuniti melalui aktiviti riadah yang menyeronokkan.

Penghargaan kepada Penaja & Rakan Strategik

Kejayaan penganjuran ini didorong oleh sokongan padu daripada penaja bersama yang menyumbang dalam pelbagai bentuk termasuk barangan, promosi serta logistik, iaitu:

  • F&N 100Plus
  • Mamee Malaysia
  • Fruit Plus
  • N8 Nutrition
  • Pharmaton
  • Nestle Milo

Acara ini turut diperkasakan oleh Rakan Strategik yang memainkan peranan penting dalam aspek operasi, keselamatan, promosi dan penglibatan komuniti:

• Perbadanan Putrajaya (PPj)
• Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan
• Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya
• Kelab Kita Pelari Malaysia
• Kelab Briskwalk Putrajaya
• Cosplay Sweeper
• Media Influasia

Kerjasama menyeluruh ini membuktikan bahawa CIDB Half Marathon 2025 bukan sekadar acara larian, tetapi simbol penyatuan komuniti, agensi kerajaan dan sektor korporat dalam menjadikan sukan sebagai medium perpaduan, kesejahteraan dan promosi bandar.

Aspirasi Menjadi Acara Tahunan Bertaraf Antarabangsa

Melihat kepada sambutan luar biasa serta maklum balas positif daripada peserta, penganjur optimis untuk mengembangkan CIDB Half Marathon sebagai acara tahunan bertaraf antarabangsa dan menjadi antara acara utama dalam kalendar sukan pelancongan negara.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *