Subang, 10 September 2025 – Get Boosted, Malaysia! — MILO®, dengan kerjasama Vertex Esports, telah melancarkan pengalaman pickleball pertama di negara ini yang diinspirasikan oleh esports, menandakan satu pencapaian penting dalam misinya untuk menyemarakkan dan memperkasa belia melalui sukan. Berteraskan kepercayaan bahawa sukan adalah guru yang hebat, inisiatif ini mengukuhkan komitmen jangka panjang MILO® untuk pembangunan belia melalui pembentukan daya tahan, kerjasama berpasukan, serta keberanian mencuba perkara baharu.
Melalui Ultimate Pickleball Tournament (UPT) yang dikuasakan oleh MILO® dan berlangsung pada 6–7 September 2025, MILO® mencipta gabungan berani antara sukan fizikal dan esports khusus untuk generasi masa kini.
“Melalui UPT, kami bukan sekadar menganjurkan kejohanan; kami membina satu persekitaran yang membolehkan belia meneroka potensi mereka dan memupuk keberanian untuk bermula, mencuba, serta berkembang bersama komuniti mereka,” kata Norkhayati Mohamed Hashini, Business Executive Officer, Ready-to-Drink NESTLÉ Malaysia.
Pickleball kini berkembang pesat sebagai antara sukan paling cepat meningkat di Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dan mudah diakses. Ia kini menjadi lebih daripada sekadar permainan pickleball telah berkembang menjadi ruang penting untuk pembangunan komuniti dan penglibatan belia.
Boost Cards dikuasakan MILO® – Elemen Esports yang Memberikan Kelainan
Salah satu tarikan utama UPT ialah pengenalan Boost Cards dikuasakan oleh MILO®, iaitu power-up unik dalam permainan yang menambah elemen kejutan dan tenaga tambahan untuk meningkatkan pengalaman permainan.
Lapisan esports ini mencerminkan cara belia hari ini hidup dan bermain — penuh tujuan, penuh semangat, dan sentiasa bersedia menghadapi kejutan.
Sebanyak 9 Boost Cards diperkenalkan sepanjang kejohanan — mencetuskan strategi menarik dengan aksi serangan dan pertahanan berlaku bukan sahaja di gelanggang, tetapi juga dalam fikiran para pemain.
Ada pemain yang mengaktifkan Boost Cards sebagai usaha terakhir untuk terus kekal dalam perlawanan, dan ada yang menggunakannya untuk menunjukkan dominasi sepenuhnya.
Kad seperti LEFTY RIGHTY yang memaksa pihak lawan menukar tangan bermain, atau INVISIBLE PARTNER yang memaksa lawan bermain dengan hanya seorang rakan sepasukan, telah mengubah momentum permainan — membuka peluang kepada pasukan yang ketinggalan untuk mencuba strategi baharu dan mara ke hadapan.
“Perpaduan Dua Dunia — Sukan Kompetitif & Permainan Imersif”
“Kerjasama ini menyatukan yang terbaik daripada dua dunia — sukan kompetitif dan permainan imersif,” kata Kelvin Tee Keng Wooi, Chief Marketing Officer, Vertex Esports.
“Dengan Ultimate Pickleball Tournament, kami mentakrifkan semula cara belia berinteraksi dengan sukan dengan menyuntik elemen esports yang amat dekat dengan generasi masa kini. Ia bukan hanya tentang kemenangan; ia tentang keberanian mencuba, perkembangan diri, dan menikmati perjalanan tersebut. Bersama MILO®, kami membina platform yang mencerminkan budaya belia — berani, bertenaga dan penuh penemuan.”
Penyertaan Terbuka untuk Pemain Baharu
UPT dibuka kepada pemain dengan DUPR (Dynamic Universal Pickleball Rating) 3.5 dan ke bawah, bagi menggalakkan penyertaan akar umbi dan mengasah bakat baharu. Ia menawarkan ruang kompetitif yang lebih mudah diakses kepada pemain yang mula meningkat.
A total of RM36,000 hadiah wang tunai telah dimenangi para peserta. Selain itu, UPT turut menawarkan pengalaman imersif dengan ratusan hadiah serta zon interaktif untuk pengunjung umum.
Sorotan Festival
• Klinik latihan pickleball untuk pemula dan cabaran untuk pemain mahir
• Mini-games dan cabaran santai untuk pemain kasual & keluarga
• Pertandingan langsung dengan efek cahaya dan bunyi
• Booth eksklusif MILO® dengan sesi merasa dan barangan eksklusif
Inisiatif ini mencerminkan semangat meneroka dan keterujaan terhadap perkara baharu, menggalakkan peserta agar menghargai setiap detik perjalanan mereka. Dengan sejarahnya yang panjang dalam membina generasi juara, MILO® terus menunjukkan komitmen teguh terhadap pembangunan belia—menggalakkan mereka mencuba sukan baharu, membina hubungan sosial, dan memupuk semangat bekerjasama.
Siaran langsung boleh ditonton semula di YouTube Vertex Esports:
https://www.youtube.com/live/bURVSSHgKDY?si=Sr99rZ6t3QDuiEPB
