KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 8 Disember 2025 – Jam sukan GPS ikonik PACE kembali dengan kemaskini menyeluruh melalui gabungan kejuruteraan ultraringan, paparan AMOLED yang terang, ketahanan bateri lebih lama, alat latihan berprestasi tinggi serta fungsi suara terbina dalam. Direka untuk atlet yang menuntut kepantasan, kesederhanaan dan prestasi, COROS PACE 4 baharu menawarkan kelebihan kelas terbaik dengan berat hanya 32 gram (tali nilon), peningkatan ketepatan kadar denyutan jantung, paparan AMOLED yang lebih jelas, serta ciri suara terbina dalam—semuanya direka bagi membantu atlet berlatih dengan lebih pintar dan berlari lebih pantas.
Ciri Utama
● Rekaan Ultralight — Dengan hanya 32g bersama tali nilon, PACE 4 menjadi rakan latihan yang sangat ringan namun berkuasa.
● AMOLED Terbaik — Skrin sentuh AMOLED 1.2 inci menampilkan warna lebih terang, pergerakan skrin lebih lancar dan bacaan yang jelas dalam apa jua keadaan cahaya.
● Bateri Tahan Lama — Sehingga 41 jam GPS dan 19 hari penggunaan harian, meningkatkan 16 jam tambahan masa GPS berbanding PACE 3 yang sudah terkenal dengan prestasi baterinya.
● Fungsi Suara — Merakam log latihan dan Voice Pin melalui mikrofon terbina dalam, memudahkan atlet mencatat maklumat penting ketika bergerak.
● Alat Latihan Pintar — Skor kecergasan larian, ramalan perlumbaan, pelan maraton peribadi dan Virtual Pacer membantu atlet merancang latihan dengan lebih berkesan.
● Rekaan Menonjol — Profil nipis, badan dua tona dan tali silikon atau nilon boleh tukar-ganti memastikan gaya yang versatil serta keselesaan maksimum.
Prestasi Pada Kelajuan Cahaya
PACE 4 mendefinisikan semula keupayaan teknologi sukan ultraringan. Dengan bateri lebih tahan lama, kerangka setebal hanya 11.8mm, dan paparan AMOLED yang terang, ia menawarkan kelajuan serta keselesaan tanpa kompromi. Ciri suara terbina dalam membolehkan atlet merakam nota atau log latihan tanpa menggunakan tangan.
Sensor kadar denyutan jantung yang direka semula meningkatkan ketepatan dengan mengurangkan lonjakan dan penurunan bacaan secara tiba-tiba. Mod satelit baharu turut meningkatkan kelajuan dan ketepatan penguncian GPS.
“PACE 4 adalah hasil inovasi dan fokus terhadap prestasi yang telah kami usahakan selama bertahun-tahun. Matlamat kami adalah menghasilkan jam sukan yang sangat ringan, tepat dan selesa untuk kegunaan semua jenis atlet,” kata Lewis Wu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama COROS. “Kami menambah baik apa yang pengguna gemari pada PACE 3 dan menjadikannya lebih terang, lebih pantas dan lebih berkeupayaan—tanpa mengorbankan keselesaan dan kesederhanaan yang menjadi identiti siri PACE.”
Jam GPS Pilihan Pelari
Untuk pelari profesional atau rekreasi, PACE 4 menyediakan alat yang diperlukan untuk berlatih dengan lebih bijak dan berlari lebih laju.
● Metri Fokus Larian — Ujian kecergasan larian, Effort Pace dan amaran aktiviti masa nyata membantu meningkatkan prestasi serta mencegah latihan berlebihan.
● Keyakinan Hari Perlumbaan — Virtual Pacer dan ramalan perlumbaan membantu pelari mengekalkan pace sasaran, manakala pelan maraton peribadi mempersiapkan mereka untuk mencapai rekod baharu.
● Pemulihan & Kesihatan — Jejak HRV, tidur, masa pemulihan dan kitaran haid untuk memahami tahap kesediaan tubuh.
● Kawalan Muzik & Media — Tukar lagu atau podcast secara terus dari jam.
● Fungsi Suara — Log latihan dan Voice Pin membolehkan maklumat penting seperti nutrisi dan butiran latihan direkodkan tanpa perlu menyentuh jam.
Ketersediaan
COROS PACE 4 akan mula dijual pada 8 malam, 11 Disember 2025 pada harga RM1,099 melalui COROS Shopee Official Store, COROS Lazada Flagship Store, COROS TikTok Official Store, dan Laman Web Rasmi Pangu Running. Ia juga akan ditawarkan di rangkaian peruncit rasmi COROS Malaysia pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.
