Malaysia bakal mencipta sejarah dengan penganjuran Godzilla Run Malaysia 2026, acara larian bertema Godzilla pertama seumpamanya di negara ini, yang akan berlangsung pada 11 Januari 2026 di Dataran Putrajaya. Terinspirasi daripada ikon budaya global Jepun, Godzilla acara ini meraikan nilai ketabahan, perpaduan dan kekuatan yang sekian lama sinonim dengan legenda tersebut.
Dianjurkan oleh Element X Strategies dengan kerjasama TOHO Co., Ltd., acara ini memperkenalkan pengalaman baharu kepada peminat Godzilla merentas generasi, termasuk keluarga, penggemar larian dan peminat budaya pop.
Empat kategori larian disediakan: 21KM Half Marathon, 10KM Run, 5KM Fun Run, serta 3KM Family Run yang dijangka menjadi tumpuan keluarga. Mengangkat tema “Run For Your Life – Part 1”, acara ini bakal menawarkan suasana imersif lengkap dengan instalasi visual bertema Godzilla, zon interaktif, barangan eksklusif dan aktiviti mesra kanak-kanak serta dewasa. Godzilla Run Malaysia 2026 dijangka menjadi platform terbaik untuk membawa elemen budaya Jepun yang ikonik itu lebih dekat kepada peminat Malaysia.
Sehingga kini, acara ini telah menerima hampir 4,000 penyertaan, dengan kategori 3KM Family Run menjadi pilihan utama menunjukkan sambutan hangat daripada keluarga dan peserta muda menjelang acara pada Januari nanti.
Yuran penyertaan juga ditawarkan pada kadar mampu milik, merangkumi Super Early Bird, Early Bird dan Normal, bermula daripada RM35 hingga RM130 mengikut jarak larian. Kategori penyertaan merangkumi Lelaki dan Wanita Terbuka, Veteran serta pilihan mesra keluarga membolehkan setiap peserta memilih kategori mengikut tahap kecergasan masing-masing. Peserta juga berpeluang memenangi hadiah menarik dalam cabutan bertuah termasuk sebuah GGR Lion G1 tajaan GGR Legacy (M) Sdn Bhd, serta barangan rasmi Godzilla edisi terhad.
GGR Legacy (M) Sdn Bhd ialah pengeluar motosikal elektrik (EV) tempatan yang menerajui agenda mobiliti hijau negara dengan penawaran model mampu milik yang dibangunkan secara tempatan. Syarikat tersebut melancarkan model pertama mereka, Lion G1, pada Jun 2025 serta baru-baru ini memperkenalkan prototaip Pantera R1 dan R2 yang menawarkan jarak perjalanan lebih jauh. GGR Legacy turut komited memperkasa ekosistem EV melalui rangkaian penyelenggaraan serta pelan pembangunan rangkaian pertukaran bateri pada masa hadapan.
Dengan jangkaan kehadiran antara 5,000 hingga 8,000 peserta, Godzilla Run Malaysia 2026 menawarkan peluang penglibatan jenama yang besar. Pakej penajaan yang tersedia merangkumi Title Sponsor, Main Sponsor dan Gold Sponsor, selain penyertaan sebagai Official Event Product, Booth Participation dan Corporate Team Packages. Pakej ini memberikan pendedahan optimum melalui aktiviti promosi, pengaktifan di lokasi acara dan liputan media strategik. Sebagai acara pertama seumpamanya di Malaysia, ia turut dijangka menarik perhatian media tempatan dan antarabangsa termasuk dari Jepun sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab budaya pop dan acara gaya hidup berpengalaman.
Acara ini dilesenkan secara rasmi oleh TOHO Co., Ltd. dan dianjurkan oleh Element X Strategies dengan sokongan rakan strategik seperti Perbadanan Putrajaya, Kementerian Belia & Sukan, Car Free Day Malaysia, Kita Pelari Malaysia serta penaja seperti GGR Legacy (M) Sdn Bhd, N8 Sports Nutrition, Pharmaton, F&N 100PLUS, Mamee, Sunshine, Fruit Plus dan Animangaki. Penyertaan mereka mengukuhkan matlamat acara dalam mempromosikan kesihatan, hubungan komuniti dan apresiasi silang budaya.
Untuk pertanyaan penajaan atau kerjasama, pihak penganjur boleh dihubungi melalui:
Puteri Nur Annisa (+6016 955 5651 / annisa@elementx.my),
Christine Darlington (+6012 332 2156 / christine@elementx.my),
Mohd Shahrul Faiz (+6012 302 5087 / faiz@elementx.my).
Ikuti perkembangan terkini di halaman rasmi Facebook Godzilla Run Malaysia dan gunakan tanda pagar #GodzillaRunMalaysia2026.
