Dubai, UAE, 22 Disember 2025 – Emirates memperkenalkan satu kaedah baharu yang menarik untuk pengembara meneroka Asia Tenggara menerusi pelancaran Emirates Asia Pass. Direka khas untuk pengembara yang gemarkan penerokaan budaya dan jadual perjalanan fleksibel, pas ini memudahkan perjalanan ke pelbagai bandar di rantau ini dengan menawarkan kemudahan, nilai dan fleksibiliti dalam satu tempahan sahaja.
Menerusi Emirates Asia Pass, pelanggan boleh menempah dan menyesuaikan itinerari merangkumi Thailand, Indonesia, Vietnam, Malaysia, Kemboja, Singapura dan Laos, semuanya di bawah satu tiket. Sama ada ingin menikmati percutian pulau yang tenang, meneroka tapak warisan budaya atau merasai kemeriahan bandar-bandar utama, Emirates Asia Pass membolehkan pengembara bergerak antara destinasi dengan lancar dan mengikut cita rasa sendiri.
Emirates Asia Pass menawarkan kebebasan kepada pengembara untuk merancang perjalanan yang diperibadikan dengan menggabungkan destinasi pilihan, termasuk peluang untuk mengunjungi bandar yang sama lebih daripada sekali. Pengembara boleh memilih antara satu hingga sepuluh penerbangan dalam Asia Tenggara, menjadikannya mudah untuk menyesuaikan jadual perjalanan mengikut gaya dan tempoh percutian masing-masing. Untuk senarai penuh destinasi yang terlibat, sila layari emirates.com.
Pas ini ditawarkan kepada pengembara yang menempah penerbangan antarabangsa Emirates dan tiba di Kemboja, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam atau Laos, sama ada secara terus melalui Emirates atau melalui ejen pelancongan pilihan mereka. Penyelesaian perjalanan baharu ini menghapuskan keperluan untuk membeli pelbagai tiket daripada syarikat penerbangan berbeza serta membolehkan pelanggan mengurus semua penerbangan dengan mudah menerusi satu platform.
Daripada pantai indah Koh Samui hingga ke jalan-jalan meriah di Bangkok, Emirates Asia Pass mengajak pengembara merancang dan melanjutkan perjalanan mereka dengan lebih mudah.
Hab popular seperti Singapura, Bangkok dan Kuala Lumpur berfungsi sebagai titik permulaan yang ideal untuk penerokaan, dengan sambungan seterusnya yang lancar dikendalikan melalui kerjasama bersama Bangkok Airways dan Batik Air Malaysia. Selain itu, perkhidmatan yang dikendalikan oleh Emirates turut menghubungkan pengembara antara Thailand dan Vietnam, serta Thailand dan Kemboja, sekali gus memperluaskan lagi pilihan perjalanan di seluruh rantau ini.
Mulai sekarang, pengembara boleh membeli Emirates Asia Pass bersama tiket penerbangan antarabangsa Emirates melalui emirates.com, Pusat Hubungan Emirates, pejabat jualan dan tiket, atau ejen pelancongan.
Bagi fleksibiliti tambahan, pelanggan boleh membuat perubahan penerbangan selepas pembelian dengan bayaran nominal sebanyak USD15 bagi setiap perubahan untuk penerbangan yang termasuk dalam pas tersebut.
