KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2026 – Bersempena dengan Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel, jenama motosikal premium XWEDGE secara rasminya mengukuhkan kehadiran mereka di pasaran tempatan. Kehadiran X-WEDGE bukan sekadar satu debut biasa, malah ia membawa anjakan paradigma dalam segmen cruiser berkuasa tinggi dengan pelancaran lima model sekaligus iaitu X-WEDGE VANGUARD VT2000, X-WEDGE ROVER RL2000, XWEDGE ROVER RL2000S, X-WEDGE RANGER RX2000 dan X-WEDGE WALKER WR1000. Semua model eksklusif ini kini sedia untuk dimiliki melalui rangkaian pengedar sah Mforce di seluruh negara.
X-WEDGE VANGUARD VT2000
X-WEDGE VANGUARD VT2000 merupakan sebuah motosikal roda tiga (Trike) ultramewah yang ditawarkan pada harga RM148,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Model ini hadir dengan imej yang sangat eksklusif melalui empat pilihan warna iaitu Moonlit White, Phantom Black, Starlight Silver dan Sonic Black.
Keunikan utama X-WEDGE VANGUARD VT2000 terletak pada ciri-ciri gaya hidup premiumnya, yang dilengkapi dengan gear mengundur bagi memudahkan kawalan jentera gergasi ini. Pengembaraan jarak jauh menjadi lebih menghiburkan dengan sistem audio JBL yang merangkumi empat unit pembesar suara, pemain radio serta sambungan Bluetooth.
Penunggang juga diberikan kemudahan navigasi melalui skrin unjuran khusus serta keselamatan tambahan daripada kamera pemuka hadapan dan belakang. Keselesaan optimum dijamin melalui pemanas tempat duduk hadapan dan belakang, penghadang angin serta kapasiti simpanan yang sangat luas merangkumi satu kotak atas, satu kotak belakang, satu kotak atas, dua kotak sisi, ruang simpanan hadapan (kiri dan kanan), serta rak bagasi.
Ciri praktikal lain termasuk bar pemegang bersepadu, bar pelindung kemalangan (kiri dan kanan), penghadang angin sisi, kipas penyejuk di kedua-dua sisi, dan brek parkir untuk kestabilan semasa berhenti.
Dari aspek mekanikal, jentera ini dipacu oleh enjin gergasi 1,976 cc, V2-silinder, 4-lejang dengan sistem penyejukan udara serta konfigurasi OHV dan suntikan bahan api elektronik (EFI). Dengan saiz piston dan lejang 107.95 x 107.95 mm, ia mampu menghamburkan kuasa maksimum 76 kW pada 5,000 rpm dan tork puncak 158 N.m pada 3,000 rpm dengan nisbah mampatan 9.75:1 yang mematuhi piawaian emisi Antarabangsa-IV.
Kuasa ini dialirkan secara lancar melalui transmisi 6-kelajuan dengan pacuan akhir jenis aci (shaft). Sistem klac menggunakan jenis hidraulik multi-cakera basah dengan fungsi gelincir, dikendalikan melalui kabel mekanikal dan pendikit kawalan elektrik.
Keteguhan jentera seberat 490 kg ini datang daripada rangka buaian tiub keluli yang dipadankan dengan suspensi hadapan jenis teleskopik menegak dan sistem suspensi belakang bebas dwi-rocker bersama lengan ayun aluminium. Menggunakan rim aluminium dengan tayar Helios 130/70R18 di hadapan dan Kenda 205/65R25 yang lebar di belakang, sistem pemberhentiannya diyakini melalui cakera berkembar terapung di hadapan dan cakera tunggal terapung di belakang.
Keselamatan diperkukuhkan lagi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) tiga saluran, sistem brek gabungan (CBS), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dilaras, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), Sistem Kawalan Jelajah (CCS) dan peredam stereng 15 tahap. Segala maklumat perjalanan dipaparkan melalui spidometer hibrid yang menggabungkan meter analog dan skrin sentuh TFT 7-inci, lengkap dengan dua port pengecasan Type-A, sistem kunci pintar, lampu kecemasan serta sistem lampu LED sepenuhnya termasuk lampu siang (DRL) dan lampu isyarat jenis Waterfall. Ia juga menggunakan bateri berkapasiti 12V20Ah.
WEDGE ROVER RL2000
Dikenali sebagai jentera kembara mewah (Luxury Touring Cruiser), X-WEDGE ROVER RL2000 dijual pada harga RM98,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Penampilan mewahnya diserlahkan lagi dengan pilihan warna Moonlit White, Phantom Black, Starlight Silver dan Sonic Black.
Model ini direka untuk mereka yang mementingkan kemewahan, dilengkapi dengan gear mengundur dan sistem audio JBL empat unit pembesar suara yang menyokong radio dan Bluetooth. Penunggang boleh menikmati kemudahan navigasi melalui skrin unjuran serta rakaman perjalanan melalui kamera pemuka hadapan dan belakang.
Bagi menghadapi pelbagai keadaan cuaca, ia dilengkapi pemanas tempat duduk hadapan dan belakang, penghadang angin, pelindung angin sisi, serta kipas penyejuk kiri dan kanan. Ruang simpanan adalah mencukupi dengan satu kotak atas, dua kotak sisi, rak bagasi, dan ruang simpanan hadapan. Ciri tambahan lain termasuk bar pemegang bersepadu, bar pelindung kemalangan dan penyandar kaki pembonceng boleh lipat untuk keselesaan ekstra.
Di bawah kerangkanya, X-WEDGE ROVER RL2000 menggunakan enjin 1,976 cc V2silinder dengan output 74 kW pada 5,000 rpm dan tork 158 N.m pada 3,000 rpm. Model ini menggunakan pacuan akhir jenis tali sawat yang dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan. Sistem klac hidraulik multi-cakera basah dengan fungsi gelincir dikendalikan sepenuhnya secara hidraulik, manakala pendikit dikawal secara elektrik untuk tindak balas yang lebih jitu.
Sistem pengendalian didorong oleh rangka buaian tiub keluli dengan suspensi hadapan teleskopik menegak dan penyerap hentak tunggal tengah di belakang.
Rim aluminiumnya menggunakan tayar hadapan Helios 130/70R18 dan belakang 180/60R16.
Brek cakera berkembar terapung hadapan dan tunggal belakang disokong oleh ABS dan CBS dua saluran. Dengan berat bersih 440 kg dan tangki 18 liter, ia turut dilengkapi ciri pintar seperti papan pemuka hibrid (Analog & TFT 7-inci), dua port pengecasan Type-A, sistem kunci pintar, TCS, TPMS, CCS serta lampu LED penuh dengan isyarat Waterfall dan bateri 12V20Ah.
WEDGE ROVER RL2000S
Varian kembara mewah yang lebih lincah, X-WEDGE ROVER RL2000S, ditawarkan pada harga RM95,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Pilihan warna tetap eksklusif dengan Moonlit White, Phantom Black, Starlight Silver dan Sonic Black.
Model X-WEDGE ROVER RL2000S menawarkan ciri menarik seperti gear mengundur dan sistem audio JBL (2 unit) yang tetap memberikan kualiti bunyi premium. Ia mengekalkan ciri unjuran navigasi, Bluetooth dan pemanas tempat duduk (hadapan dan belakang) untuk keselesaan kembara.
X-WEDGE ROVER RL2000S dilengkapi kamera pemuka hadapan, penghadang angin, dua kotak sisi, ruang simpanan hadapan serta kipas penyejuk dan pelindung angin sisi di kedua-dua bahagian. Bar pemegang bersepadu dan bar pelindung kemalangan turut menjadi kelengkapan standard bagi memastikan perlindungan yang terbaik.
Spesifikasi teknikalnya menyamai model X-WEDGE ROVER RL2000, dengan enjin 1,976 cc V2-silinder menghasilkan 74 kW dan 158 N.m tork. Ia menggunakan sistem transmisi 6-kelajuan pacuan tali sawat dengan klac hidraulik sepenuhnya dan pendikit elektrik. Jentera ini lebih ringan dengan berat bersih 410 kg, menjadikannya lebih mudah dikendalikan namun tetap stabil dengan rangka buaian tiub keluli dan suspensi tunggal tengah di belakang serta lengan ayun aluminium.
Keselamatan penunggang diutamakan dengan adanya ABS dan CBS dua saluran,
TCS dan TPMS. Untuk kemudahan perjalanan, ia menyediakan dua port pengecasan Type-A, sistem kunci pintar dan Sistem Kawalan Jelajah (CCS). Sistem pencahayaan menggunakan LED penuh dengan rekaan isyarat Waterfall yang ikonik, manakala maklumat pemanduan dipaparkan dengan jelas pada spidometer hibrid analog dan skrin sentuh TFT 7-inci. X-WEDGE ROVER RL2000S turut menggunakan bateri 12V20Ah.
WEDGE RANGER RX2000
Bagi mereka yang menggemari gaya retro, model Bobber X-WEDGE RANGER RX2000 hadir dengan harga RM68,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Pilihan warna tersedia dalam Moonlit White, Phantom Black, Starlight Silver dan Sonic Black.
Walaupun berimej minimalis, X-WEDGE RANGER RX2000 tetap sarat dengan ciri menarik seperti gear mengundur, pemanas tempat duduk dan pemanas pemegang tangan. Ia turut dilengkapi penghadang angin, pelindung angin sisi kiri dan kanan serta kipas penyejuk untuk memastikan suhu enjin sentiasa optimum.
Ciri moden lain seperti bar pemegang bersepadu dan penyandar kaki pembonceng boleh lipat memastikan X-WEDGE RANGER RX2000 bukan sekadar bergaya, malah sangat praktikal untuk tunggangan harian atau hujung minggu.
Kekuatan X-WEDGE RANGER RX2000 datang daripada enjin 1,976 cc V2-silinder yang menghasilkan kuasa 76 kW dan tork 158 N.m. Ia menggunakan transmisi 6-kelajuan dengan pacuan akhir tali sawat. Operasi klac menggunakan kabel mekanikal manakala kawalan pendikit adalah jenis elektrik.
Dengan berat 340 kg dan jarak roda 1,640 mm, ia menawarkan keseimbangan yang mantap dengan saiz tayar Helios 130/70R18 di hadapan dan 180/65R16 di belakang.
Sistem brek menggunakan cakera berkembar terapung hadapan dan tunggal belakang dengan sokongan ABS dua saluran. Ia juga dilengkapi dengan ciri teknikal seperti TCS, TPMS dan CCS. Paparan maklumat menggunakan spidometer hibrid analog dan digital, lengkap dengan port pengecasan Type-A dan Type-C. Sistem lampu LED penuh dengan DRL serta sistem kunci pintar melengkapkan identiti moden jentera ini, yang turut dijana oleh bateri 12V20Ah.
WEDGE WALKER WR1000
X-WEDGE WALKER WR1000 memperkenalkan konsep motosikal roda tiga terbalik (Reverse-Trike) yang futuristik pada harga RM78,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Ia boleh didapati dalam warna Phantom Black, Sonic Black dan Titanium Blue.
Ciri-ciri yang menonjol pada model ini termasuklah gear mengundur dan brek parkir untuk memudahkan pengendalian. Sistem informasinya sangat canggih dengan Bluetooth yang menyokong fungsi GPS, paparan cermin telefon (mirroring) serta skrin unjuran navigasi. Keupayaan kembara ditingkatkan dengan adanya satu kotak atas, dua kotak sisi, penghadang angin serta sistem penghidup yang efisien. Ciri bar pemegang bersepadu dan kipas penyejuk di bahagian kanan memastikan tunggangan kekal selesa.
Berbeza dengan model lain, X-WEDGE WALKER WR1000 dikuasakan oleh enjin 976 cc V2-silinder penyejukan cecair (OHC/EFI) dengan nisbah mampatan 11.75:1, menghasilkan 60 kW pada 7,500 rpm dan tork 80 N.m pada 5,500 rpm. Transmisinya adalah Automatik CVT Aci (CVT Shaft) yang memberikan kelancaran tanpa perlu menukar gear secara manual. Rangka buaian tiub kelulunya dipadankan dengan suspensi hadapan bebas dwi-rocker dan penyerap hentak tunggal beg udara di belakang.
Keselamatan dikawal oleh ABS dan CBS tiga saluran dengan sistem brek cakera tunggal di hadapan dan belakang. Ia menggunakan tayar Kenda 145/60R16 di hadapan dan 205/45R16 di belakang. Ciri teknologi termasuk meter LCD 5-inci, port pengecasan Type-A & Type-C, sistem kunci pintar, lampu hadapan LED automatik, TCS serta TPMS. Dengan tangki bahan api 23 liter, ia merupakan jentera kembara yang sangat berkeupayaan tinggi.
WARANTI DAN KETERSEDIAAN
Setiap pembelian mana-mana daripada lima model X-WEDGE ini disertakan dengan waranti pengilang selama dua tahun tanpa had perbatuan. Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. juga menjamin ketersediaan alat ganti tulen melalui platform perkhidmatan dalam talian.

