(SEMASA) Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire Tiba di Asia!

Spread the love

Kuala Lumpur, 9 April 2026 – Untuk kali pertama, pertunjukan Siaran Langsung Hot Wheels Monster Trucks terbesar di dunia akan berlangsung di Asia! Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire akan memulakan debut jelajah Asia di Malaysia pada 16 – 17 Oktober 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil, dengan tiga pertunjukan selama dua hari. 

Tiket dan maklumat acara boleh didapati di Tri-tix.com. Jadual pertunjukan adalah seperti berikut:

Jumaat, 16 Oktober, 8:00PM / Akses Pra-pertunjukan VIP, 5.30PM-7.00PM

Sabtu, 17 Oktober, 1:00PM / Akses Pra-pertunjukan VIP, 10.30AM-12.00PM

Sabtu, 17 Oktober, 8:00PM / Akses Pra-pertunjukan VIP, 5.30PM-7:00PM

Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire dipersembahkan oleh Family Entertainment Live, dengan siri jelajah di Malaysia dianjurkan bersama oleh MUSE Group Asia dan Unik Squad. Pertunjukan ini akan ‘menghidupkan’ Hot Wheels Monster Trucks kegemaran para peminat, termasuk Mega Wrex™, Tiger Shark™, Gunkster™, Bone Shaker™, Bigfoot®, Skelesaurus™, dan memperkenalkan trak baru di jelajah ini: Rhinomite – trak inspirasi badak dinamit. Pengalaman mengujakan baharu ini akan menampilkan aksi-aksi belum pernah dipertontonkan oleh Hot Wheels Monster Trucks, termasuk aksi baharu No-Handed Front Flip dipersembahkan oleh penunggang FMX!

Sejajar dengan kejayaan Glow-N-Fire pada 2025 yang memenangi anugerah Pollstar Family Show of the Year, Hot Wheels Monster Trucks Live™ amat teruja untuk meneruskan momentum ke tahun 2026 dengan siri pertunjukan merentasi Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan terkini di Asia, di mana Malaysia berbesar hati menjadi lokasi pembuka tirai.

Para peminat Hot Wheels juga berpeluang untuk menyertai Akses Pra-pertunjukan VIP, yang berlangsung 2 jam 30 minit sebelum setiap pertunjukan bermula. Pengalaman unik ini memberikan pengalaman kepada para peminat dengan akses ke aras arena, membolehkan mereka melihat dengan lebih dekat rekaan-rekaan luar biasa dan saiz epik Hot Wheels Monster Trucks serta mendapatkan tandatangan daripada pemandu dan bintang pertunjukan kegemaran mereka. Setiap tiket Akses Pra-pertunjukan VIP termasuk kad autograf. Pas-pas akan mula dijual selagi stok masih ada.

Tiket ke Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire boleh didapati di Tri-Tix bermula 16 April 2026 pada pukul 8AM. Harga bermula daripada RM118. Harga Istimewa untuk kanak-kanak juga tersedia untuk semua pertunjukan, sekali gus memberikan nilai yang HEBAT untuk seisi keluarga. Beli tiket anda di jelajah Hot Wheels Monster Trucks di Pavilion Bukit Jalil pada 16 – 26 April untuk menikmati ganjaran eksklusif berupa diskaun 10% dan hadiah misteri Hot Wheels Monster Trucks (terhad kepada 100 pembeli tiket pertama di lokasi).

Para peminat boleh melayari HotWheelsMonsterTrucksLive.com untuk informasi lanjut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *