Kuala Lumpur: 15 April: Berita penganjuran Jabat Erat (Festival Kesenian Frinjan) pada Jun ini mencetuskan keterujaan dikalangan peminat industri seni tanah air. Ia kerana JABAT ERAT anjuran Rockstation Event & Entertainment Sdn. Bhd. bukan hanya sekadar festival, tetapi adalah sebuah gerakan tahunan yang meraikan vibe seni dan aktiviti sepanjang tahun.
Pengarah Urusan Rockstation Event & Entertainment Sdn. Bhd. Mozylir Mokhtarudin berkata, JABAT ERAT membawa semangat D.I.Y / Independent ke tahap maksimum – dari, seni pengeluaran rekod (Vinyl, kaset, CD), merchandise, siri jelajah band, sehinggalah ke proses pelaksanaan segalanya sendiri (beli, buat, edar, jual).
“Ini adalah hub rangkaian untuk Malaysia, Asia Tenggara, dan seluruh dunia. Kita satukan penganjur independent, venue, peminat, band, label, otai, veteran, sampailah ke ’emerging bands` dalam pelbagai genre muzik “rock and roll”.
“Acara ini akan berlangsung di OdeonKL kerana matlamat kami mahu jadikan ODEONKL sebagai pusat budaya Fringe Arts. Ia adalah venue untuk semua peringkat umur yang mementingkan penglibatan belia dan hiburan yang selamat, komuniti-sentrik, tapi tetap raw.
“Sebagai jenama baru, kami mengukuhan identiti festival baru ini sempena pembukaan semula ODEONKL yang ikonik kepada masyarakat,” katanya.
JABAT ERAT menularkan kegembiraan. Ia membakar semula semangat peminat muzik, budaya, dan pencari adventure dari dalam dan luar negara.
Ia membongkar dan menggilap bakat-bakat muda homegrown dari Malaysia untuk dunia serta membina jambatan pertukaran budaya antarabangsa dalam dunia muzik dan seni.
Mozylir berkata, pihaknya membina identiti JABAT ERAT sebagai komuniti yang proaktif dalam scene seni. Lebih 20 artis termasuk artis antarabangsa bakal membuat persembahan termasuk Yellow Fang (Thailand), Dom 65 (Indonesia), Megumi Acorda (Filipina), Coaltar of the Deepers(Jepun), Faye Faire, Bayangan, Hawa, , Tripping Haze Ceremony, Quarter Life, Dogtooth, The Garrison, The World Ends With You, , Speedwitches, Swindle, Playburst, Man Dead Set, Soft, Pogowolves, Viona, The Impatient Sisters, Amrita Soon, Women & Children, Leaism dan Straw Lim merangkumi pelbagai genre seperti rock, punk, shoegaze, metal, dan indie.
“Ini masanya untuk kita inspire generasi pemuzik sekarang dan masa depan, sambil bertukar ilmu antara Malaysia dan dunia luar.
JABAT ERAT adalah platform untuk band indie, penganjur kecil/sederhana, label rakaman, dan outsider artists kongsi knowledge sesama komuniti dan orang awam.
“Dari perspektif D.I.Y, kita cerita realiti band yang touring dari satu kota ke satu kota, dari venue kecil ke pentas besar. Kami juga jemput bisnes tempatan dan perusahaan independent untuk turun padang memeriahkan suasana kota,” katanya.
SAVE THE DATE!
JABAT ERAT akan berlangsung selama tiga hari penuh tenaga iaitu pada Jumaat, 5 Jun – Ahad, 7 Jun 2026.
Lokasi: ODEONKL Tiket festival ditawarkan pada harga berikut:
- Pra-jualan: RM118, RM178 dan RM218
- Jualan umum: RM138, RM198 dan RM238
THE SOUNDS
”LIKE YOUR FAVORITE MIXTAPE”
Apapun selera anda: Electro Pop, Psych, Acoustic, Reggae, Hardcore, Punk, Shoegaze, Grunge, Darkwave, Funk, Metal, Post-Rock, atau Folk Rock.
ODEON KL dan LOKÉT Umum Kerjasama Strategik: Merevolusikan Ekosistem Industri Kreatif di Malaysia
JABAT ERAT turut menyaksikan kolaborasi OdeonKL (venue) & Loket MY (ticketing). LOKÉT, sebuah platform pengurusan acara dan penyedia tiket terkemuka, secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik dengan ODEON KL, sebuah lokasi pelbagai guna ikonik yang terletak di tengah-tengah Malaysia. Kolaborasi ini bertujuan untuk memperkukuhkan infrastruktur hiburan serta meningkatkan potensi industri kreatif Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Melalui kerjasama ini, LOKÉT akan bertindak sebagai Rakan Rasmi Tiket bagi siri acara yang diadakan di ODEON KL. Fokus utama sinergi ini adalah untuk memudahkan pelbagai bentuk ekspresi kreatif, merangkumi konsert muzik, festival seni, persembahan muzikal, serta acara komuniti berskala besar.
Pengarah ODEON KL, Puan Zarimah Mohamed menyatakan Kerjasama antara LOKET MY dan ODEON KL ini juga bertujuan membangunkan ekosistem industri kreatif yang lebih mampan melalui integrasi teknologi, sokongan kepada penganjur serta peningkatan pengalaman penonton.
Membina Ekosistem Mampan
Kerjasama ini melangkaui jualan tiket semata-mata, sebaliknya mewakili visi jangka panjang untuk mewujudkan ekosistem industri kreatif yang inklusif dan berimpak. Dengan menggabungkan teknologi pengurusan acara canggih milik LOKÉT bersama lokasi strategik serta fasiliti bertaraf dunia ODEON KL, kedua-dua pihak komited untuk:
- Meningkatkan Pengalaman Pelanggan: Memastikan proses pembelian tiket yang lancar, sistem pengurusan orang ramai yang efisien, serta akses yang lebih baik kepada penonton.
- Menyokong Penggiat Kreatif Tempatan & Antarabangsa: Menyediakan platform kepada penganjur dan promoter untuk merealisasikan visi kreatif mereka dengan sokongan teknikal yang menyeluruh.
- Transformasi Digital: Mengintegrasikan penyelesaian analitik data bagi membantu penganjur memahami keutamaan penonton dengan lebih baik, sekaligus membolehkan penganjuran acara yang lebih peribadi dan berkesan.
“LOKÉT melihat potensi besar dalam industri kreatif Malaysia. Melalui kerjasama ini bersama ODEON KL, LOKÉT berhasrat memastikan setiap penganjur acara dilengkapi dengan peralatan yang tepat untuk berjaya, dan setiap pengunjung menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan sejak dari pembelian tiket.”
Tiket boleh didapati secara dalam talian menerusi laman rasmi www.jabaterat.com.my.

