(SUKAN) Motul dan Ipone Kembali Bekerjasama dengan YY Pang Racing untuk Kejuaraan Malaysian Cub Prix 2026

Spread the love

Kuala Lumpur, 20 April 2026 – Motul dan Ipone, dua jenama pelincir berprestasi tinggi terkemuka dunia, sekali lagi menjalin kerjasama dalam sukan permotoran bersama pasukan YY Pang Racing bagi menghadapi Kejuaraan Malaysian Cub Prix 2026, sekali gus menandakan penyatuan semula selepas 18 tahun, kolaborasi yang telah mencorakkan sejarah sukan permotoran Malaysia.

Kerjasama ini menghimpunkan Motul, Ipone serta barisan pelumba dan krew pasukan YY Pang Racing, yang didorong oleh aspirasi bersama: untuk bersaing, terus berkembang, dan memberi inspirasi kepada generasi baharu pelumba Malaysia.

“Motul dan Ipone sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa juara dibentuk, bukan dilahirkan. Sebagai entiti perniagaan rasmi yang menguruskan Motul dan Ipone di Malaysia, kerjasama jangka panjang bersama pasukan YY Pang Racing ini adalah selari dengan prinsip tersebut. Kami telah membimbing pelumba muda Malaysia dan menyaksikan perkembangan mereka menjadi pesaing yang disegani. Kembali pada tahun 2026, kami komited untuk meneruskan usaha ini dalam memperkasakan generasi baharu pelumba Malaysia untuk menempa nama di pentas tempatan dan antarabangsa. Kerjasama ini merupakan satu inisiatif membina pasukan juara,” kata Ravi Shankar, Pengurus Besar Negara Specialty Lubricants Trading (Malaysia) Sdn Bhd.

Ditubuhkan oleh Pang Yok You, seorang pelumba motosikal berpengalaman yang mula menghasilkan paip ekzos perlumbaan sendiri pada tahun 1970, YY Pang Racing Sport bukan sekadar sebuah pasukan perlumbaan, malah sebuah institusi sukan permotoran Malaysia. Bermula sederhana dengan jentera perlumbaan Vespa, pasukan ini kini berkembang menjadi antara kuasa dominan dalam litar Cub Prix, dengan meraih pelbagai kejuaraan keseluruhan serta lebih 400 penamat podium di bawah identiti warna merah ikonik mereka.

Pang Yok You, pengasas YY Pang Racing Sport berkata, “Kolaborasi kami bersama Motul dan Ipone sememangnya sinonim dengan kejayaan kami dalam sukan permotoran. Kami telah bersama-sama melalui pelbagai fasa persaingan, cabaran dan kejuaraan bersama selama bertahun-tahun — dan keupayaan mereka telah terbukti di litar. Penyatuan semula dengan kedua-dua jenama ini pada tahun 2026 memberikan keyakinan yang tinggi kepada kami, dan kami komited sepenuhnya untuk mencapai keputusan cemerlang pada musim ini.”

Meneruskan Legasi Sukan Permotoran Malaysia

Dari tahun 2004 hingga 2020, Motul berdiri teguh bersama YY Pang Racing selama 16 tahun, mencatatkan prestasi bertaraf kejuaraan dan menjadikan kerjasama ini sinonim dengan identiti merah ikonik pasukan serta usaha berterusan mencapai kecemerlangan. Pada tahun 2021, Ipone meneruskan legasi tersebut dengan membantu pasukan meraih kejuaraan keseluruhan CP125 dalam musim yang mencabar.

Kini, legasi tersebut memasuki fasa baharu yang lebih berani. Pada tahun 2026, Motul kembali memperkasakan jentera kategori 150cc menerusi Motul 300V 4T Factory Line, yang dipacu oleh teknologi ESTER Core® bagi memastikan prestasi enjin optimum serta ketahanan unggul dalam keadaan perlumbaan yang ekstrem.

Sementara itu, rangkaian Shogun daripada Ipone, minyak enjin 4-lejang berprestasi tinggi untuk kategori 125cc, dirumus menggunakan teknologi PAO dan Ester sepenuhnya bagi memastikan kestabilan haba yang luar biasa serta perlindungan berterusan dari permulaan enjin sejuk hingga ke putaran maksimum.

Pengedar Sah di Semenanjung Malaysia

Seiring dengan persiapan pasukan YY Pang Racing menghadapi musim yang penuh cabaran, kedua-dua jenama terus komited dalam memastikan produk berprestasi tinggi mereka mudah diperoleh oleh penunggang di seluruh negara. Pengedar dan rakan niaga yang berminat untuk mendapatkan produk Motul serta Ipone boleh merujuk pada maklumat berikut.

Produk Motul diedarkan oleh High N Lubricant Sdn Bhd, di bawah kendalian Encik Ti Chin Hwee.

Motul (Motosikal)

  • HIGH N LUBRICANT SDN BHD
    • Alamat: Lot 11A, Jalan CJ 1/2a, Kawasan, Perindustrian Cheras Jaya, 43200 Cheras, Selangor.
    • Telefon: 03 9075 2609

Produk Ipone diedarkan oleh MKA Group, di bawah kendalian Encik Bruce Lee.

Ipone

  • MKA Group
    • Alamat: No. 40, Jalan TPP5, Taman Perindustrian Putra, 47130 Puchong, Selangor.
    • Telefon: 03-5033 5833

Ikuti perkembangan terkini Motul di Facebook dan Instagram. Untuk maklumat lanjut, layari: www.motul.com. Ikuti juga Ipone di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan berita serta aktiviti terkini mereka.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *