(SEMASA) TQ WULING MELAKAR MASA DEPAN MOBILITI ELEKTRIK DI KLIMS 2026

Spread the love

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2026 – TQ WULING membuka lembaran baharu dalam landskap mobiliti elektrik di Malaysia menerusi penyertaannya di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026,  yang menampilkan inovasi, teknologi dan penyelesaian mobiliti masa hadapan untuk pasaran tempatan.

Berteraskan janji jenama “Drive For A Better Life”, TQ WULING mempersembahkan barisan produk paling komprehensif setakat ini, merangkumi tiga varian TQ WULING Bingo EV pemasangan tempatan, penampilan sulung awam TQ WULING Porta EV yang bakal dilancarkan di Malaysia, serta model premium WULING HuaJing S yang menyerlahkan aspirasi jenama ke tahap yang lebih tinggi.

Secara keseluruhannya, rangkaian kenderaan ini memperlihatkan bagaimana TQ WULING sedang membina masa depan mobiliti elektrik yang bukan sahaja lebih pintar dan canggih, malah lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Bingo EV terus menawan hati rakyat Malaysia 

Tumpuan utama di reruai TQ WULING di KLIMS 2026 ialah Bingo EV, yang kini berkembang pesat dan muncul sebagai antara kenderaan elektrik paling mendapat sambutan di pasaran Malaysia.

Dipasang secara tempatan (CKD) di kemudahan pengeluaran Tan Chong di Segambut, Bingo EV direka untuk menjadikan pemilikan kenderaan elektrik lebih mudah, praktikal dan mampu milik. Peningkatan popularitinya mencerminkan perubahan ketara dalam keutamaan pengguna Malaysia yang kini mencari EV yang menawarkan nilai tinggi, kepraktisan serta pengalaman pemilikan yang bebas tekanan.

Di KLIMS 2026, pengunjung berpeluang melihat tiga varian Bingo EV yang tampil dengan identiti tersendiri. Varian standard mengetengahkan keupayaan asas model ini sebagai pilihan utama mobiliti elektrik, “Bingo Meow” pula menyerlahkan ciri-ciri ceria dan muda, manakala “Bingo Batik” menggabungkan elemen mobiliti moden dengan warisan budaya Malaysia menerusi inspirasi seni batik tempatan.

Ketiga-tiga varian  ini mencerminkan kepelbagaian reka bentuk serta daya tarikan luas yang dimiliki oleh Bingo EV.

Selain reka bentuk retro moden yang unik, Bingo EV turut menyerlah dari segi teknologi, keselamatan dan kepraktisan.

Antara ciri utama yang ditawarkan termasuk:

  • Jarak pemanduan sehingga 410 km (Max) dan 333 km (Pro, CLTC)
  • Paparan maklumat hibur dan kluster instrumen HD berkembar 10.25 inci
  • Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
  • Empat mod pemanduan – Eco+, Eco, Normal dan Sport
  • Ruang but “deep sunken” yang luas sehingga 1,240L (apabila tempat duduk belakang dilipat)
  • Tempat duduk pemandu larasan elektrik 6 hala
  • Kos operasi dan penyelenggaraan rendah dengan servis sekali setahun

Bingo EV direka bentuk untuk memenuhi keperluan pemanduan harian dalam pelbagai keadaan jalan raya sebenar. Semua varian didatangkan dengan 6 beg udara sebagai ciri standard, bagi memberikan perlindungan menyeluruh kepada penumpang. Selain itu, kenderaan ini dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS), termasuk: Blind Spot Warning, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert, Rear Collision Warning dan Low-Speed Pedestrian Warning. Gabungan ciri-ciri ini meningkatkan kesedaran pemandu terhadap persekitaran serta memberikan keyakinan dan keselamatan yang lebih tinggi dalam pemanduan harian.

Struktur badan Bingo EV pula menggunakan keluli ultra berkekuatan tinggi 1,500MPa yang meningkatkan keteguhan keseluruhan kenderaan serta memberikan perlindungan tambahan ketika berlakunya impak.

Bingo EV dilengkapi dengan sistem bateri MAGIC yang dibangunkan oleh WULING, dengan penekanan terhadap keselamatan dan kebolehpercayaan. Bateri ini telah menjalani pelbagai ujian ketat dalam senario penggunaan sebenar dan dibangunkan berasaskan falsafah keselamatan “5 Sifar”, iaitu:

  • Sifar Risiko Kebakaran: Perlindungan haba berlapis bagi mencegah thermal runaway.
  • Sifar Kemasukan Air: Perlindungan IP68 terhadap air dan habuk, memastikan penggunaan yang selamat walaupun dalam hujan lebat atau kawasan bertakung.
  • Sifar Kebocoran: Reka bentuk sel bateri yang mengurangkan risiko kebocoran bahan kimia atau elektrolit.
  • Sifar Pencerobohan: Struktur bateri diperkukuh untuk perlindungan impak.
  • Sifar Kemerosotan: Direka untuk ketahanan jangka panjang dengan prestasi stabil serta degradasi minimum.

Teknologi bateri Wuling MAGIC ini telah digunakan secara meluas dalam lebih 3.6 juta kenderaan elektrik di seluruh dunia, dengan rekod keselamatan yang konsisten tanpa sebarang insiden kebakaran atau letupan yang dilaporkan.

Secara keseluruhannya, elemen ini mencerminkan pendekatan menyeluruh WULING dalam aspek keselamatan, sekali gus menawarkan perlindungan boleh dipercayai, ketahanan tinggi serta keyakinan pemanduan kepada pengguna di Malaysia.

Dengan harga bermula daripada RM62,800* bagi varian Pro dan RM67,800* bagi varian Max, Bingo EV terus kekal sebagai antara kenderaan elektrik yang paling mudah diakses di pasaran Malaysia pada masa ini.

(*Untuk pendaftaran individu di Semenanjung Malaysia, termasuk rebat dan tidak termasuk insurans)

Selain itu, TQ WULING Bingo EV turut ditawarkan dengan pakej jaminan yang komprehensif. Bateri kenderaan elektrik dilindungi jaminan sehingga 8 tahun atau 120,000 km, manakala motor pemacu pula menikmati jaminan sehingga 8 tahun atau 160,000 km (yang mana terdahulu). Ini sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Bingo EV sebagai pilihan pemilikan EV yang praktikal, diyakini dan meyakinkan bagi pengguna di Malaysia.

KLIMS 2026: Tawaran eksklusif menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses

Bersempena KLIMS 2026, TQ WULING memperkenalkan pakej promosi paling menarik untuk Bingo EV setakat ini.

Pelanggan yang membuat tempahan Bingo EV sepanjang tempoh pameran dari 12 hingga 21 Jun 2026 layak menikmati tawaran eksklusif berikut:

  • Servis penyelenggaraan percuma selama 5 tahun
  • Insentif tambahan tukar beli apabila menukar beli Bingo baharu
  • Peluang memenangi pelbagai hadiah bernilai sehingga RM50,000, termasuk Apple Macbook Air 13”, Dyson Airwrap, Apple Watch SE dan pelbagai lagi

Manfaat-manfaat ini ditawarkan sebagai tambahan kepada pakej pemilihan Fabulous 5 yang merankgumi:

  • Rebat tunai sehingga RM5,000
  • Pengecas dinding rumah (wallbox) 7kW percuma bersama kabel pengecas EV mudah alih
  • Pakej penapis haba (window tint) premium percuma
  • Ansuran bulanan serendah RM625 (tertakluk kepada institusi kewangan terpilih)
  • Perlindungan insurans komprehensif merangkumi 17 manfaat termasuk perlindungan tambahan khusus untuk kenderaan elektrik

Pakej yang dipertingkatkan ini terus mengukuhkan daya saing Bingo EV sebagai salah satu kenderaan elektrik paling menarik dan bernilai di pasaran Malaysia.

Penampilan sulung awam Porta EV yang bakal dilancarkan

Porta EV yang bakal diperkenalkan oleh TQ WULING membuat penampilan sulung awamnya di KLIMS 2026.

Model ini dibangunkan khusus bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pengangkutan komersial elektrik, dengan menawarkan penyelesaian mobiliti pintar yang menggabungkan kepraktisan dan kecekapan kos untuk pengguna perniagaan.

Dengan jarak pemanduan sehingga 400 km (jarak CLTC), Porta EV bersaiz besar ini sesuai untuk operasi logistik bandar, pengendali armada, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta perkhidmatan penghantaran jarak akhir.

Pameran ini menandakan pencapaian penting bagi TQ WULING, apabila syarikat tersebut secara rasmi mengembangkan portfolio kenderaan elektriknya daripada segmen kenderaan penumpang kepada pasaran mobiliti komersial.

Pengunjung boleh mendaftarkan minat sepanjang KLIMS 2026 bagi mendapat maklumat terkini serta akses awal menjelang pelancaran rasmi kenderaan ini.

Sekilas masa depan WULING: HuaJing S

Kenderaan yang menjadi tumpuan utama di reruai TQ WULING ialah HuaJing S, yang membuat penampilan sulungnya di luar China. Sebagai  SUV elektrik premium 6 tempat duduk, HuaJing S menyerlahkan kemajuan WULING dalam aspek reka bentuk, kejuruteraan dan teknologi automotif termaju, sekali gus menandakan langkah penting jenama ini dalam mencabar persepsi konvensional terhadap keupayaannya.

HuaJing S menampilkan reka bentuk luaran yang futuristik serta ruang kabin yang luas dan mewah, memberikan pengalaman perjalanan yang selesa kepada penumpang di ketiga-tiga baris tempat duduk.  Susun atur enam tempat duduk meningkatkan fleksibiliti ruang serta keselesaan individu, mewujudkan suasana eksklusif yang menyerupai lounge premium. Kenderaan ini turut dilengkapi sistem kokpit pintar generasi baharu dan teknologi ketersambungan yang lancar, selain menginterasikan teknologi daripada beberapa rakan kerjasama antarabangsa terkemuka, termasuk: bateri litium besi fosfat daripada CATL yang memastikan keselamatan dan prestasi optimum, sistem brek dan kawalan kestabilan daripada Bosch bagi meningkatkan kestabilan pengendalian dan keyakinan pemanduan, sistem audio premium Harman Kardon yang diintegrasikan dalam kokpit pintar berasaskan HarmonyOS dan tayar Michelin yang direka untuk menjamin keselesaan, cengkaman dan kecekapan optimum.

Di China, HuaJing S turut dilengkapi rangkaian teknologi kenderaan pintar bersepadu (full-stack) termaju daripada Huawei, yang mengintegrasikan sistem kokpit pintar, ketersambungan, kuasa pengkomputeran dan sistem kawalan kenderaan dalam satu seni bina menyeluruh. Hasilnya, kenderaan ini menyokong fungsi bantuan pemanduan pintar, ciri adaptif serta kemas kini melalui udara (OTA), membolehkan pengalaman pengguna terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Lebih daripada sekadar sebuah model pameran, HuaJing S melambangkan dimensi baharu WULING – memperluaskan identiti yang sinonim dengan nilai dan kemampuan pemilikan kepada satu penawaran yang menekankan ruang, kemasan premium dan teknologi canggih, sekali gus mentakrifkan semula jangkaan pengguna terhadap jenama ini.

Memacu ke Arah masa depan yang lebih baik

Berkongsi pandangannya mengenai barisan model yang dipamerkan oleh TQ WULING, Ketua Operasi Perniagaan TQ WULING Malaysia, Wan Wei Sun, berkata, “Di TQ WULING, kami percaya bahawa mobiliti yang lebih baik adalah asas kepada kehidupan yang lebih baik. Melalui model seperti Bingo EV dan Porta EV, kami komited untuk menawarkan lebih banyak pilihan, inovasi yang relevan dan akses yang lebih mudah kepada mobiliti elektrik untuk pengguna di Malaysia.”

“KLIMS 2026 bukan sahaja memberi peluang kepada kami untuk mempamerkan keupayaan TQ WULING pada hari ini, malah membolehkan kami berkongsi visi masa depan kami. Kami berharap dapat terus menyokong peralihan Malaysia ke arah ekosistem mobiliti yang lebih pintar, lebih berhubung dan lebih mampan,” tambah beliau.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi reruai TQ WULING di KLIMS 2026 bagi merasai sendiri pengalaman mobiliti elektrik generasi baharu menerusi rangkaian model yang dipamerkan, di samping menikmati promosi eksklusif yang ditawarkan sepanjang pameran berlangsung.

Untuk maklumat lanjut mengenai TQ WULING dan TQ WULING Bingo EV, sila layari www.tqwuling.my atau ikuti saluran media sosial rasmi TQ WULING di Facebook, Instagram dan TikTok.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *