KUALA LUMPUR, 15 Julai 2026 – Acara tahunan Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia kini kembali menggegar Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) – sebuah lokasi ikonik yang merangkumi ruang dalaman seluas 452,084 kaki persegi serta kawasan luar mencecah 320 ekar.
Membuka tirai 2026, edisi kali ini mempertaruhkan tema “Summer Festival – Kustom Bergaya”. Untuk menghangatkan lagi suasana musim panas, Art of Speed kembali menggegarkan pentas dengan rangkaian aktiviti interaktif, pameran eksklusif serta persembahan bertenaga di pentas SoundCircus yang menjanjikan pengalaman lebih imersif dan berbeza daripada edisi-edisi sebelum ini. AOS 2026 akan berlangsung pada 1 dan 2 Ogos 2026, bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.
Tetamu Antarabangsa & VIP
Tetamu & VIP khas daripada komuniti dan media antarabangsa yang bakal hadir termasuk:
- Emi Suganuma, Michihisa “NATQQ” Shinotsuka & Sohei Murakami dari MOONEYES, Jepun
- Wataru Kato dari Liberty Walk, Jepun
- Yokomizo Gaku dari Hawgholic, Jepun
- Yoshiki Okubo dari Vise Clothing, Jepun
- Scott Walker dari DicE Magazine, Amerika Syarikat
- Ronald Wong, Amerika Syarikat – Ketua Pereka Produk untuk Hot Wheels Premium
- Shigeki Isaka (Japan) & Ho Shu Yu (Taiwan) mewakili Banzai Racing
- Kiyotaka Fukuda dari Boo Pinstriping, Jepun
- Keiji Takada dari Jetwrench ArtStudio, Jepun
- Ise & James dari Vibes magazine, Jepun
- Choppajoop, Singapura
- SixtySick Paintlab, Indonesia (sebuah kolektif seni yang menghimpunkan 20 pelukis garis halus atau pinstripe terkemuka)
- Fahmi Freeflow, Indonesia
- Mill Art, Indonesia
- Irvine Jasta, Indonesia
- Bangkok Hot Rod Show, Thailand
- Kustomanila, Filipina
- Borneo Kustom Show, Brunei
- Kustomfest, Indonesia
- Cherrybomb Pin Up Parlour, Singapura
- The Wicked Wallop, Singapura
- Sunset Ride, Indonesia
- BBQ Ride, Indonesia
- Carcult, Thailand
Tarikan Kenderaan Kustom Eksklusif
AOS 2026 kali ini bakal mempersembahkan barisan jentera motosikal dan kereta kustom yang cukup istimewa, khusus buat tatapan para pengunjung tahun ini. Dari bumi Tokyo, Jepun, Hawgholic bakal mempertaruhkan jentera vintaj 1945 Harley-Davidson Knucklehead, manakala Vise Clothing dari Nagoya pula tampil memperagakan 1966 Harley-Davidson Shovelhead. Bukan itu sahaja, AOS 2026 turut membawakan pameran khas kereta kustom yang memukau dari Bangkok, Thailand dan Taiwan, di samping kehadiran firma talaan gergasi dunia, Liberty Walk dari Jepun. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan deretan jentera bertaraf mahakarya ini hanya di AOS 2026!
SoundCircus Festival (SCF) 2026: Rekod Baharu 6 Pentas, 2 Hari, 1 Festival Mega!
Edisi SoundCircus Festival (SCF) kali ini bakal melakar sejarah tersendiri sebagai penganjuran terbesar pernah diadakan, menampilkan 6 pentas yang merentasi ruang dalaman dan luaran MAEPS. SCF 2026 tampil bertenaga dengan barisan artis gergasi tempatan dan antarabangsa termasuk kolaborasi eksklusif Ella x Cokelat, Jemput Dengar featuring Sheila Majid, Nadin Amizah, Disagree, Johnny Pandora, Dannqrack & Eemrun, Tenxi, dan Hari Slatan. Lebih istimewa, festival tahun ini turut meraikan 20 Tahun Hujan serta penghormatan khas 30 Tahun Asian Hardcore! SoundCircus bakal menggegar MAEPS, Serdang sepanjang hujung minggu pada 1 dan 2 Ogos 2026, bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam.
Maklumat Tiket & Pembelian:
- Tiket Umum (SCF General Admission):00 (Pembelian Berkumpulan/Group Buy: RM135.00 seorang, minimum 3 pax)
- Rockzone:00 (Pembelian Berkumpulan/Group Buy: RM189.00 seorang, minimum 3 pax)
- PAS masuk 1 hari (SCF General Admission): (RM89.00)
Layari www.artofspeedmy.com untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket.
* 📌 PERINGATAN PENTING MEDIA / PENGUNJUNG: Bagi zon acara SoundCircus, ibu bapa diwajibkan untuk memantau anak-anak kecil serta remaja di bawah jagaan masing-masing sepanjang konsert berlangsung.
Sorotan Baharu & Eksklusif Di AOS 2026!
1. Pentas Sengit ‘AOS Invitational Build-Off’ Kembali Berbisa
Segmen berprestij AOS Invitational Build-Off kembali mencuri tumpuan dengan menyaksikan lapan pembina motosikal kustom (bike builders) elit tempatan berentap demi merebut hadiah wang tunai serta peluang keemasan — membawa jentera mahakarya mereka ke pentas dunia di The 34th Yokohama Hot Rod Custom Show 2026 di Jepun.
Lapan pembina yang terpilih untuk edisi tahun ini ialah Chaos Custom, Valley Machines, Rocketeer Custom Art, Bad Soul Cycle Custom, Mujo Joros, AR Choppers, Fazben Custom dan Sedarah MC.
2. Pengalaman Bintang Litar di ‘Red Carpet Photo Zone’
Pemilik kenderaan kini berpeluang memperagakan jentera mereka umpama bintang permaidani merah. Terletak di struktur ikonik Entrance Arch yang telah dinaik taraf dengan sistem pencahayaan sinematik, setiap motosikal dan kereta yang melintasi zon ini bakal menikmati sesi fotografi eksklusif bertaraf superstar.
3. Sepuluh (10) Kolaborasi Mega Jenama Global & Tempatan
Memperkukuh kedudukannya sebagai hab subbudaya automotif serantau, AOS 2026 melakar satu lagi pencapaian besar dengan memperkenalkan sepuluh kolaborasi strategik yang menyatukan jenama global dan tempatan dalam satu ekosistem kreatif yang lebih berani dan berimpak tinggi.
Kolaborasi ini melibatkan Art of Speed bersama: Liberty Walk, Hot Wheels, DICE Magazine, Xocks, DRUM, Touch ‘n Go, Zippo, Cricket, Skillo dan Easthood, yang masing-masing membawa identiti serta pengaruh tersendiri dalam budaya automotif, gaya hidup dan komuniti kreatif.
4. Sinergi Sinematik Bersama Astro Shaw: Promosi Filem “Terbang”
AOS 2026 menjalinkan kerjasama strategik bersama gergasi perfileman tanah air, Astro Shaw, bagi mempromosikan filem terbaharu, “Terbang”. Pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti interaktif, sesi meet-and-greet pelakon, serta pameran eksklusif jentera utama yang ditampilkan di dalam filem tersebut.
5. Himpunan Komuniti & Tarikan Gaya Hidup Baharu
- Santai Scooterist & Car Club Gathering: Bakal membanjiri ruang luaran di kawasan Laman Tiba untuk himpunan kelab automotif berskala besar.
- Zon Riadah Kanak-Kanak (Hall D): Ruang santai interaktif baharu yang mesra keluarga disediakan khas di dalam Dewan D.
- “KL Orbits”: AOS 2026 turut melebarkan sayap ke komuniti berbasikal dengan menganjurkan perhimpunan serta pertandingan khas buat penggemar aktiviti kayuhan.
Padat Dengan Tarikan & Pengalaman Eksklusif
1. ‘Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM)’ Kembali di Dewan C
Konvensyen Rasmi Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) edisi ke-4 kembali menggegarkan Dewan C, menghimpunkan peminat tegar jenama ikonik ini. Edisi tahun ini tampil dengan Activation Zone baharu, aktiviti interaktif kanak-kanak, pameran serta pertandingan Hot Wheels Diorama, zon jual beli Swap Buy and Sell, serta sesi perkongsian bersama pengumpul.
Sebagai pembuka tirai, majlis makan malam rasmi untuk para vendor HWCCM akan diadakan di BoraOmbak Marina, Putrajaya pada malam sebelum acara utama berlangsung.
- Model Eksklusif HWCCM 2026: Kereta konvensyen tahun ini mempertaruhkan model kustom Nissan Skyline GT-R V·Spec II (BNR34). Setiap unit hadir dengan nombor siri unik, mendapat lesen rasmi daripada Nissan, serta dilengkapi pelekat (decal) tulen Motul dan Yokohama. Unit adalah sangat terhad dan dijual berdasarkan konsep “siapa cepat, dia dapat”.
- Kehadiran Tetamu Khas: Pengunjung bertuah bakal bertemu dengan Ronald Wong, Ketua Pereka Produk untuk Hot Wheels Premium. Beliau merupakan individu penting di sebalik siri pengumpul utama seperti Car Culture, Boulevard, 2-Car Packs, dan Collector Sets. Beliau terkenal dengan rekaan acuan (castings) hebat seperti Nissan Skyline GT-R V·Spec II (BNR34), 1997 McLaren F1 GTR, ’07 Honda Civic Type R, dan ’24 Honda Civic Type R.
- Pameran Khas MSOG: Bagi meraikan pelancaran model Skyline eksklusif tersebut, Dewan C bakal menonjolkan barisan kereta Nissan Skyline GT-R sebenar yang dihimpunkan khas dengan kerjasama Malaysia Skyline Owners Group (MSOG).
- Model Diecast Eksklusif Baharu Hanya di AOS 2026
AOS 2026 akan menampilkan pelancaran model diecast eksklusif yang hanya boleh didapati di acara tersebut, iaitu:
- Model kereta diecast Kyosho X MOONEYES
- Model kereta diecast Tarmac Works X RWB
- Model kereta diecast Mini GT X Liberty Walk
3. Pertandingan ‘Show & Shine’ Menggegar Dewan A
Zon Show & Shine kembali dengan tema baharu yang lebih segar bagi edisi AOS 2026. Antara tarikan utama termasuk:
- Chopper Paradise: Himpunan jentera chopper kustom terbaik hasil kolaborasi bersama DicE Magazine.
- Pick-Up Line: Pameran kolektif trak pikap kustom paling gempak.
- Pameran Antarabangsa: Ruang khas memamerkan kenderaan modifikasi yang dibawakan terus oleh para peserta dari Thailand.
- Pemenang anugerah tertinggi Best of Show bagi kategori kereta dan motosikal bakal memenangi tiket penerbangan tajaan ke The 34th Annual Yokohama Hot Rod Custom Show pada Disember 2026.
4. Gaya Hidup & Sub-Budaya di Dewan D
- Gravel Travel: Menghimpunkan pameran Show & Shine serta pertandingan basikal kustom dan modifikasi, lengkap dengan ruang komuniti yang dikendalikan oleh KL Orbits.
- Kulture Kartel: Syurga buat peminat barangan vintaj, pakaian terpakai (thrift), fesyen, dan pakaian jalanan (streetwear). Ruang ini turut dihangatkan dengan pertandingan B-Boy serta rap battle yang dijadualkan pada hari Ahad.
- Sunburst Tribe: Saksikan pertunjukan fesyen eksklusif oleh Sunburst Tribe yang akan berlangsung di dalam dewan ini.
5. Gema ‘ThunderCircus’ di Ruang Terbuka (Outdoor)
AOS 2026 meneruskan tradisi perhimpunan persaudaraan “Brotherhood Rally” @ Outdoor ThunderCircus di kawasan lapang khas. Mengumpulkan pelbagai komuniti penunggang dan jenama motosikal, kemuncak acara bakal menyaksikan aktiviti mega ride in yang disertai oleh kelab-kelab motosikal dari seluruh Malaysia dan negara serantau.
6. Sesi Forum ‘Kustom & Koffee Talk’
Pakar automotif tempatan, Daniel Sherman Fernandez (DSF), bakal mengendalikan forum tahunan Kustom & Koffee Talk di Dewan A pada hari Sabtu, jam 2:00 petang. Forum ini akan menampilkan panelis jemputan dari luar negara bagi membincangkan trend serta hala tuju terkini industri automotif antarabangsa.
Kepelbagaian Aktiviti Tambahan Sepanjang AOS 2026
- Santai Scooterist: Perhimpunan mega pemilik skuter di kawasan luar Laman Tiba.
- Himpunan Kelab Kereta: Pertemuan kelab kereta moden dan klasik dengan kerjasama Qartel TV.
- Zon Gaya Hidup & Santai:
- Medan Selera (Outdoor): Barisan vendor makanan dan trak makanan (food trucks) sedia memenuhi selera pengunjung di ruang luaran.
- Payung Kopi: Zon santai menikmati kopi dan pastri yang terletak berhampiran pintu masuk Dewan D.
- Backdoor SoundSystem Collective: Kini beroperasi di ruang luaran bersebelahan Payung Kopi untuk menghiburkan pengunjung sepanjang hujung minggu.
- Automotive Flea Market: Ruang khas memburu komponen dan aksesori kenderaan yang sukar ditemui.
- Collectible Alley (Dewan C): Zon jualan khas yang dikurasi untuk peminat diecast dan barangan memorabilia (termasuk cadangan pertandingan dorama kustom yang akan disahkan kemudian).
- Zon Interaktif & Komersial:
- Flying Fox: Buat pertama kali di Asia, pengunjung boleh merasai pengalaman zip line Flying Fox di atas penonton konsert secara langsung, dengan meluncur merentasi pentas SoundCircus Pentas 16 untuk pengalaman festival yang tidak dapat dilupakan. Akses ke Flying Fox ini tidak memerlukan tiket SCF.
- Test Ride Zone: Sesi pandu uji motosikal daripada jenama terkemuka termasuk Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, Thunder, dan banyak lagi.
- Pelancaran produk baharu di pentas utama serta edaran sampel snek percuma oleh rakan penaja.
Aktiviti ‘Kembara Passport’ AOS 2026 Tawarkan Hadiah Lumayan RM80,000 & Kenderaan Kustom!
Aktiviti ikonik Kembara Passport kembali memeriahkan edisi AOS 2026 dan kini dibuka kepada semua pemegang tiket tanpa mengira kategori. Setelah menerima ‘passport’ masing-masing, para pengunjung hanya perlu mengunjungi reruai (booth) korporat serta rakan penaja untuk menyelesaikan tugasan mudah bagi mengumpul cap (stamp). Pengunjung yang berjaya melengkapkan kesemua DUA PULUH EMPAT (24) cap berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik keseluruhan bernilai RM80,000 serta pakej pelancongan eksklusif bersama Art of Speed Malaysia. Lebih mengujakan, dua pemenang bertuah bakal membawa pulang hadiah utama berupa sebuah (1) unit motosikal kustom daripada Thunder Motorcycles dan sebuah (1) unit kereta Honda HR-V yang diubah suai khas oleh Qartel TV! Selain itu, sebuah (1) unit Vespa S 125 daripada Vespa turut menanti pemenang bertuah.
Beli Tiket Sekarang! www.artofspeedmy.com
Art of Speed 2026 menawarkan harga istimewa Early Bird secara dalam talian untuk Pas Hujung Minggu (Weekend Pass) pada harga RM35*, sementara stok masih terhad. Harga tiket di kaunter (door price) pula ditetapkan pada RM40.
Sebagai usaha mesra keluarga dan komuniti, kanak-kanak di bawah 12 tahun serta pemegang Kad OKU akan menikmati kemasukan PERCUMA. Semua dewan pameran akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 7 malam pada kedua-dua hari acara.
Bagi keselesaan pengunjung, pas Valet VIP Parking turut disediakan pada kadar RM30 (bayaran tunai atau QR sahaja pada hari acara). Kemudahan ini membolehkan kenderaan diparkir di Aras Bumi, Dewan D, dan tiket sah untuk kemasukan satu hari sahaja.
📝 Nota: Harga tiket ‘Early Bird’ tidak termasuk yuran pemprosesan sebanyak RM3.00. Maklumat lanjut serta terma lengkap boleh didapati di laman web rasmi.
Visi Menjadi Realiti: Mesej dari Pengarah Festival
Mengulas mengenai pencapaian monumental acara tersebut, Encik Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival Art of Speed Malaysia (AOSM), melahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga:
“Sambil kita melangkah megah ke tahun ke-15 penganjuran Art of Speed, saya rasa amat bersyukur atas sokongan padu tanpa berbelah bahagi daripada para peminat, komuniti, dan rakan media. Edisi tahun ini melambangkan realisasi kepada sebuah impian yang lama dipendam — memayungi sebuah festival bertaraf dunia yang menyatukan kelestarian gaya hidup automotif dan kemuncak festival muzik langsung secara harmoni.
Keberhasilan ini tidak mungkin tercapai tanpa komitmen luar biasa daripada tonggak utama pasukan kami, yang telah bertungkus-lumus bekerjasama dengan para rakan strategik demi merencana kejayaan ini. Malah, kami amat teruja untuk mengumumkan kehadiran sulung firma lagenda Liberty Walk di pentas AOS — sebuah lakaran sejarah baharu buat landskap Kustom Kulture di rantau ini.”
Beliau menambah lagi:
“Bagi edisi tahun ini, kami juga amat berbesar hati untuk menyambut kehadiran dua pembina jentera kustom tersohor dari Jepun. Yoshiki Okubo daripada Vise Clothing bakal memperagakan kehalusan seni mekanikal 1966 Harley-Davidson Shovelhead miliknya, manakala Yokomizo Gaku daripada Hawgholic pula akan membawakan jentera dambaan ramai, 1945 Harley-Davidson Knucklehead.
Terima kasih kerana terus setia bersama kami dalam kembara luar biasa ini di Art of Speed 2026. Kami tidak sabar untuk meraikan kemuncak budaya kustom ini bersama anda semua!”
Peluang Komersial & Rakan Strategik
Permohonan bagi penyertaan vendor serta rakan strategik korporat untuk AOS 2026 kini dibuka secara rasmi. Mana-mana jenama dan syarikat yang ingin mengaktifkan jenama masing-masing di acara sub-budaya perdana Malaysia ini boleh menyalurkan sebarang pertanyaan terus kepada Encik Rafiq di talian +6012 2620 405.
Untuk maklumat lengkap mengenai acara, pembelian tiket, serta kemas kini eksklusif, sila layari pautan rasmi di www.artofspeedmy.com atau ikuti saluran digital rasmi di www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/.
