(SEMASA) NUTOX MERAIKAN ULANG TAHUN KE-20 BERSAMA FRANK THANATSARAN, PERKENAL INOVASI KULIT TEGANG DALAM MASA TIGA MINIT

Spread the love

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2026 – Jenama penjagaan kulit tempatan, Nutox, meraikan ulang tahun ke-20 penubuhannya dengan penganjuran sesi ramah mesra eksklusif bersama pelakon popular Thailand, Frank Thanatsaran, sempena Watsons Beautopia 2026 yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, hari ini.

Kemunculan sulung Frank Thanatsaran di Malaysia itu menjadi antara tarikan utama sambutan ulang tahun ke-20 Nutox, selain meraikan kejayaan pelancaran rangkaian penjagaan kulit terbaharunya, Nutox Lifté Youth, yang diperkenalkan kepada pengguna pada awal tahun ini.

Acara yang berlangsung dari jam 5.30 petang hingga 7.00 malam itu menyaksikan Frank meluangkan masa bersama peminat menerusi sesi soal jawab interaktif dan peluang bergambar, selain berkunjung ke reruai Nutox bagi berinteraksi dengan pengunjung serta memperkenalkan rangkaian Nutox Lifté Youth.

Kemunculan istimewa bintang Thailand itu turut memberi peluang kepada peminat terpilih untuk bertemu dan berinteraksi secara lebih dekat menerusi kempen eksklusif Watsons yang dianjurkan bersempena pelancaran rangkaian berkenaan.

Nutox Lifté Youth merupakan rangkaian penjagaan kulit anti-penuaan yang direka untuk pengguna moden yang mahukan rutin penjagaan kulit yang ringkas, praktikal dan memberikan hasil yang ketara. Rangkaian ini menggabungkan manfaat untuk membantu memberikan penampilan kulit yang lebih tegang dan berseri secara serta-merta, di samping menyokong penjagaan kulit dalam jangka panjang.

Antara produk utama rangkaian tersebut ialah Nutox Lifté Youth Micro Active Serum, yang diformulasikan untuk membantu memberikan penampilan kulit yang lebih tegang dan berseri dalam tempoh tiga minit, dengan kesan yang dikatakan boleh bertahan sehingga lapan jam.

Mempunyai tekstur ringan, serum berkenaan juga sesuai digunakan sebagai sebahagian daripada rutin persediaan kulit sebelum bersolek, bagi membantu kulit kelihatan lebih licin, terangkat dan berseri, sekali gus membolehkan solekan diaplikasikan dengan lebih sekata.

Diformulasikan dengan gabungan AiyuLift ActiVance, Lacto-PDRN dan Bakuchiol, produk berkenaan membantu memberikan rasa kulit yang lebih tegang serta-merta, selain menyokong penampilan kulit yang lebih licin dan berseri dengan penggunaan berterusan.

Selain serum, rangkaian lengkap Nutox Lifté Youth turut merangkumi esens, krim siang dan krim malam yang dirumuskan bagi melengkapi rutin penjagaan kulit harian dengan manfaat mengangkat, menyerikan, menghidrat dan membantu memulihkan kulit sepanjang malam.

Sepanjang acara, pengunjung turut berpeluang menerokai rangkaian produk Nutox, mencuba produk secara langsung serta menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di reruai jenama berkenaan. Pelbagai ganjaran eksklusif turut ditawarkan kepada pengunjung sepanjang berlangsungnya acara.

Kemunculan Frank Thanatsaran yang semakin dikenali menerusi penglibatannya dalam industri hiburan, fesyen dan budaya digital Thailand itu turut menyerlahkan usaha Nutox dalam mendekati generasi pengguna baharu menerusi pengalaman kecantikan yang lebih interaktif dan relevan.

Sambutan ulang tahun ke-20 ini menjadi satu lagi pencapaian penting buat Nutox dalam meneruskan perjalanan sebagai jenama penjagaan kulit tempatan yang komited terhadap inovasi dan perkembangan keperluan pengguna.

Nutox Lifté Youth kini boleh didapati secara eksklusif di 640 cawangan Watsons Malaysia di seluruh negara serta melalui platform dalam talian Watsons, memberikan pengguna akses lebih mudah untuk mendapatkan rangkaian penjagaan kulit terbaharu tersebut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *