(SEMASA) KFC MALAYSIA BERKOLABORASI DENGAN MOFUSAND UNTUK KOLEKSI BARANGAN EDISI TERHAD YANG MENCUIT HATI

Spread the love

Petaling Jaya, 6 Oktober 2026 – KFC Malaysia bekerjasama dengan jenama karakter popular dari Jepun, Mofusand, untuk membawa sentuhan unik Malaysia ke dalam dunia yang penuh dengan kecomelan, sekali gus mengajak peminat “Menyerlahkan Rasa Geram Anda” menerusi koleksi edisi terhad yang menampilkan patung mewah, rantai kunci, alat tulis serta pelbagai barangan gaya hidup.

Diilhamkan daripada ungkapan tempatan “geram” – iaitu perasaan apabila melihat sesuatu yang terlalu comel sehingga sukar untuk tidak teruja – kolaborasi ini menggabungkan dunia Mofusand yang ceria, comel dan sedikit surreal dengan karakter tempatan Malaysia, sekali gus memberikan peminat cara baharu untuk menzahirkan perasaan “geramnya!” yang begitu dekat dengan masyarakat Malaysia.

Apa yang menjadikan kolaborasi KFC x Mofusand ini lebih mencuit hati ialah cara kreatif karakter-karakter comel Mofusand digabungkan dengan menu ikonik KFC. Daripada watak kucing yang nakal bersama KFC Bucket dan Drumstick yang ikonik, hinggalah rekaan yang menampilkan Egg Tart, Zinger dan Cheezy Wedges, setiap produk menyerlahkan ekspresi “comel” yang tersendiri. Gabungan ekspresi comel dan gaya bersahaja Mofusand bersama elemen ikonik KFC menjadikan koleksi ini mempunyai identiti tersendiri yang boleh dinikmati, dikumpul dan dikongsikan oleh peminat.

Bermula 6 Oktober 2026, peminat boleh mendapatkan Limited-Edition Keychain Plush, iaitu aksesori koleksi comel yang hadir dalam tiga rekaan diinspirasikan daripada menu ikonik KFC – KFC Bucket, Drumstick dan Egg Tart. Bagi peminat yang mahukan sesuatu yang lebih besar, 8″ Plush dengan rekaan KFC Bucket ikonik turut boleh didapati di restoran KFC terpilih, sementara stok masih ada.

Tawaran Pembelian Bersama Pembelian (Purchase-With-Purchase, PWP) turut disediakan dengan mana-mana pembelian KFC, membolehkan peminat membawa pulang barangan terpilih KFC x Mofusand pada harga istimewa.

Menambahkan lagi keseronokan, pelanggan yang membeli Chicky Meal juga berpeluang menerima KFC x Mofusand Sticker Sheet dan Notebook edisi terhad, dengan rekaan baharu diperkenalkan setiap minggu, sementara stok masih ada. Peminat boleh mengumpulkan pelbagai rekaan sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Koleksi ini akan terus diperluaskan dengan lebih banyak barangan KFC x Mofusand, termasuk Bucket Tote Bag, Drumstick Tote Bag, Zinger Tote Bag dan Cheezy Wedges Tote Bag, yang menggabungkan rekaan comel dengan ciri praktikal untuk kegunaan harian.

Bukan sekadar barangan koleksi, peminat juga boleh menyelami dunia KFC x Mofusand menerusi dekorasi bertemakan Mofusand di restoran KFC terpilih, termasuk KFC One Utama, KFC Queensbay Penang dan KFC Mid Valley Southkey Johor. Ruang bertemakan ini menghidupkan dunia Mofusand yang ceria bersama menu ikonik KFC, sekali gus mewujudkan pengalaman menarik untuk dinikmati dan dirakam oleh peminat.

Dan itu bukan semuanya. Peminat juga boleh menantikan pengalaman beg tote yang boleh diperibadikan sebagai sebahagian daripada sambutan KFC x Mofusand. Nantikan saluran media sosial rasmi KFC Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Koleksi KFC x Mofusand boleh didapati untuk tempoh terhad di restoran KFC yang mengambil bahagian di seluruh negara, sementara stok masih ada. Peminat disarankan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada restoran KFC berdekatan atau melayari kfc.com.my/mofusand.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *