Spread the love
Royal Enfield, peneraju global dalam segmen motosikal bersaiz sederhana, hari ini melancarkan Guerrilla 450 APEX 2026, satu ekspresi yang lebih tajam dan terfokus bagi roadster berprestasi jalanan di Malaysia. Guerrilla 450 APEX tiba dengan harga yang mampu milik dan penambahbaikan yang mengutamakan pelanggan, menjadikannya pilihan yang sangat menarik bagi penunggang yang mencari prestasi jalanan.
Dibina berasaskan enjin Sherpa yang sama bertenaga, Guerrilla 450 APEX mentakrifkan semula niatnya melalui posisi dan kawalan menampilkan postur tunggangan yang lebih rendah dan lebih agresif, tayar yang direka untuk jalan raya, serta elemen reka bentuk yang menyerlahkan karakternya yang gemar membeluk. Setiap elemen ditala untuk memberi ganjaran kepada input penunggang, menjadikan tunggangan di jalan raya sebenar terasa lebih laju dan lebih menyeronokkan.
SOROTAN UTAMA VARIAN GUERRILLA 450 APEX:
- Posisi tunggangan lebih bersukan: Hendal aluminium yang direndahkan dan diubah kedudukannya dengan geometri tunggangan yang lebih condong ke hadapan untuk postur yang berwibawa dan berfokuskan sukan.
- Tayar baharu berorientasikan jalan raya: Varian Guerrilla 450 APEX menampilkan tayar Vredestein Centuro ST 17” baharu yang direka untuk jalan raya, mengekalkan DNA bersukan sambil menawarkan cengkaman yang dipertingkatkan pada permukaan basah dan kurang geseran.
- Mod tunggangan yang dikemas kini: Mod tunggangan Street dan Sport yang dipertingkatkan dengan fungsi pengekalan mod (mode retention) – membolehkan pertukaran yang lancar dan mengekalkan mod terakhir yang dipilih merentasi kitaran pencucuhan.
- Identiti visual dan estetika yang lebih tajam: Pilihan warna (CTG) baharu, termasuk APEX Red dan APEX Black, terus memperkukuh barisan model ini, membawa identiti visual yang lebih tajam. Pita rim standard, penutup tempat duduk belakang yang diukir, dan penutup hadapan sepadan warna menambah lagi postur motosikal yang lebih bersukan.
Semua varian turut menerima mod tunggangan yang dikemas kini dengan fungsi pengekalan mod. Warna Twilight Blue yang baharu diperkenalkan pada varian Dash menambah sentuhan yang halus dan kontemporari, meningkatkan daya tarikan barisan model ini sambil menyerlahkan karakter Guerrilla yang berani dan berfokuskan jalan raya. Ia juga dilengkapi dengan pelindung tangan (handguards) dan jeriji lampu hadapan (headlight grill) secara percuma.
Dibina di atas platform Sherpa yang ikonik dan disokong oleh rangka twin spar keluli yang seimbang, Guerrilla 450 2026 terus menghasilkan kuasa 40PS dan tork 40Nm, menawarkan prestasi yang kuat dan mudah diakses merentasi julat pusingan enjin (rev range). Merentasi semua variannya, motosikal ini menekankan kestabilan semasa pecutan, kelincahan di selekoh dan keyakinan mengharungi perubahan keadaan jalan raya.
Semua varian Guerrilla 450 2026 dilengkapi dengan paparan Tripper Dash daripada Royal Enfield paparan TFT bulat bersaiz 4-inci dengan navigasi berkuasa Google Maps dan ketersambungan telefon pintar yang lancar memperkayakan setiap tunggangan dengan panduan intuitif, maklumat tunggangan masa nyata, dan memberikan pengalaman menunggang yang lebih berhubung dan terkawal.
Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Group, berkata: “Guerrilla 450 telah mengukuhkan kedudukannya sebagai roadster yang berani dan berfokuskan jalanan. Guerrilla 450 APEX membina karakter tersebut dengan posisi tunggangan yang lebih bersukan dan tayar berorientasikan jalan raya, memberikan penunggang lebih keyakinan untuk menikmati setiap selekoh. Kami berharap ia akan mengilhamkan lebih ramai penunggang untuk meneroka jalan raya bandar dan menjadikan setiap tunggangan milik mereka sendiri.”
Mengulas mengenai pelancaran ini, Manoj Gajarlawar, Ketua Perniagaan Asia Pasifik di Royal Enfield, berkata: “Di Royal Enfield, kami sentiasa menjadi jenama yang mengutamakan penunggang dan terus menyediakan motosikal yang mengujakan dan menjadi idaman. Guerrilla 450 telah mengukuhkan kedudukannya sebagai tawaran yang menarik bagi penunggang yang mencari motosikal berfokuskan jalanan yang menggabungkan kebolehgunaan harian dengan prestasi yang bertenaga. Dengan kemas kini 2026, kami terus memperhalusi tawaran tersebut memperkenalkan ekspresi yang lebih bersukan dengan ergonomik yang dipertingkatkan, tayar baharu berorientasikan jalan raya dan ciri-ciri yang menyerlahkan karakternya yang lincah dan gemar membeluk. Dengan aliran pelancaran motosikal yang kukuh, kami mengukuhkan komitmen kami untuk memberikan nilai tawaran yang kuat sambil terus mengembangkan segmen bersaiz sederhana di Malaysia.”
Varian Guerrilla APEX tersedia dalam warna Apex Red, Apex Green dan Apex Black pada harga RM28,000. Tempahan kini dibuka di kesemua lapan pengedar sah Royal Enfield di seluruh negara: Petaling Jaya, Batu Caves, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu.
Bagi meraikan ketibaannya, pengedar Royal Enfield terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia akan menganjurkan Hari Terbuka Guerrilla APEX pada 15–18 Oktober 2026. Penunggang dijemput untuk singgah dan menjadi antara yang pertama melihat Guerrilla 450 APEX baharu ini secara dekat.
Setiap Royal Enfield Guerrilla APEX dilindungi oleh waranti tanpa had jarak tempuh selama 3 tahun dan Bantuan Tepi Jalan (RSA) selama 3 tahun, memberikan penunggang keyakinan dan ketenangan minda yang tambahan ke mana sahaja pengembaraan mereka membawa.
Senarai Harga Varian Guerrilla 450:
|
MODEL
|
VARIAN
|
WARNA
|
HRR (Harga Runcit Disyorkan)
|
|---|---|---|---|
|
GUERRILLA 450
|
Base
|
SMOKE SILVER
|
RM28,000.00
|
|
Base Apex
|
APEX RED
|
RM28,000.00
|
|
|
APEX BLACK
|
RM28,000.00
|
||
|
APEX GREEN
|
RM28,000.00
|
||
|
Mid
|
SHADOW ASH
|
RM28,300.00
|
|
|
TWILIGHT BLUE
|
RM28,300.00
|
||
|
APEX BRONZE*
|
RM28,300.00
|
||
|
Premium
|
BRAVA BLUE
|
RM28,700.00
|
Spread the love
