(SUKAN) BKB STRENGTHENS EXECUTIVE LEADERSHIP TEAM WITH THE ADDITION OF FORMER DAZN AND IMG EXECUTIVE MICHAEL RIDOUT AS MANAGING DIRECTOR, UK

Spread the love

LONDON, ENGLAND (November 9, 2026) ​ – BKB Bare Knuckle Boxing, the world’s largest professional bare knuckle boxing organization, today announced the appointment of Michael Ridout as Managing Director, UK.

Ridout joins BKB with an extensive background in sports media, commercial strategy and international business development, having most recently served as Executive Vice President, Combat Sports & New Business at DAZN. Prior to that, he spent more than 17 years at IMG, where he held a range of senior commercial positions, including Vice President, Media.

Throughout his career, Ridout has worked with some of the biggest names in combat sports, including the UFC and renowned boxing promoter Frank Warren. His experience across sports media rights, broadcast distribution and commercial development will support BKB’s efforts to expand its international reach and strengthen its position in the global combat sports market.

In his new role, Ridout will lead BKB’s operations in the United Kingdom while taking on wider operational and business responsibilities across the company. He will work closely with BKB’s executive leadership team to strengthen the organization’s commercial platform, develop strategic partnerships and support its continued growth across established and emerging markets.

“Michael brings an exceptional combination of experience, industry relationships and commercial expertise to BKB. His work with DAZN and IMG, particularly across sports media, broadcast distribution and global boxing, makes him a tremendous addition to our executive leadership team. As we continue to grow our international footprint and strengthen the business, his leadership will be instrumental in helping us capitalize on the opportunities ahead. We are delighted to welcome him to BKB,” said David Tetreault, CEO of BKB.

“BKB has built an exciting platform in the global combat sports landscape, with significant opportunities to grow its audience, expand its international reach and develop new commercial partnerships. I’m delighted to be joining the executive leadership team at such an important stage in the company’s development. I look forward to working closely with the team in the UK and across the wider organization, drawing on my experience in sports media and combat sports to help drive BKB’s continued growth and build on the strong foundations already in place,” said Michael Ridout.

Ridout’s appointment represents another important step in BKB’s continued development as a global sports property. Over the last few years, the organization has continued to expand its international presence, broadcast reach and commercial partnerships, reinforcing its position at the forefront of the rapidly growing bare knuckle boxing landscape.

——————————————————————————————————————————————

BKB MEMPERKUKUH PASUKAN KEPIMPINAN EKSEKUTIF DENGAN PELANTIKAN BEKAS EKSEKUTIF DAZN DAN IMG, MICHAEL RIDOUT, SEBAGAI PENGARAH URUSAN UK

Michael Ridout menyertai BKB selepas berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif, Sukan Tempur dan Perniagaan Baharu di DAZN serta mempunyai pengalaman lebih 17 tahun memegang jawatan kanan di IMG.

Beliau mempunyai rekod pencapaian yang kukuh dalam bidang hak media sukan, pengedaran penyiaran, pembangunan komersial dan kerjasama antarabangsa, termasuk penglibatan dalam acara tinju utama bertaraf global.

Ridout akan mengetuai operasi BKB di United Kingdom (UK), selain memikul tanggungjawab operasi dan perniagaan yang lebih luas selaras dengan usaha organisasi itu memperluas pengaruhnya di peringkat antarabangsa.

LONDON, ENGLAND, 9 November 2026 – BKB Bare Knuckle Boxing, organisasi tinju tanpa sarung tangan profesional terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pelantikan Michael Ridout sebagai Pengarah Urusan UK.

Ridout menyertai BKB dengan pengalaman luas dalam bidang media sukan, strategi komersial dan pembangunan perniagaan antarabangsa. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif, Sukan Tempur dan Perniagaan Baharu di DAZN. Sebelum menyertai DAZN, beliau telah berkhidmat selama lebih 17 tahun di IMG dengan memegang pelbagai jawatan kanan dalam bidang komersial, termasuk sebagai Naib Presiden, Media.

Sepanjang kerjayanya, Ridout pernah bekerjasama dengan beberapa nama besar dalam industri sukan tempur, termasuk UFC dan penganjur tinju terkenal, Frank Warren. Pengalaman beliau dalam bidang hak media sukan, pengedaran penyiaran dan pembangunan komersial dijangka menyokong usaha BKB memperluas jangkauan antarabangsa serta memperkukuh kedudukannya dalam pasaran sukan tempur global.

Menerusi pelantikan baharu ini, Ridout akan menerajui operasi BKB di United Kingdom, selain mengambil tanggungjawab lebih luas merangkumi aspek operasi dan perniagaan di seluruh organisasi. Beliau akan bekerjasama rapat dengan pasukan kepimpinan eksekutif BKB bagi memperkukuh platform komersial organisasi, membangunkan kerjasama strategik serta menyokong pertumbuhan berterusan syarikat dalam pasaran sedia ada dan pasaran baharu yang berpotensi.

“Michael membawa gabungan pengalaman, jaringan hubungan industri dan kepakaran komersial yang luar biasa kepada BKB. Pengalaman beliau bersama DAZN dan IMG, khususnya dalam bidang media sukan, pengedaran penyiaran serta tinju global, menjadikan beliau aset penting kepada pasukan kepimpinan eksekutif kami.

“Ketika kami terus memperluas kehadiran antarabangsa dan memperkukuh perniagaan, kepimpinan beliau akan memainkan peranan penting dalam membantu kami memanfaatkan peluang yang tersedia. Kami amat berbesar hati mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam BKB,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BKB, David Tetreault.

Sementara itu, Michael Ridout berkata, “BKB telah membangunkan sebuah platform yang cukup menarik dalam landskap sukan tempur global, dengan peluang besar untuk mengembangkan jumlah penonton, memperluas jangkauan antarabangsa dan membangunkan kerjasama komersial baharu.

“Saya amat berbesar hati dapat menyertai pasukan kepimpinan eksekutif pada peringkat penting dalam perkembangan syarikat ini. Saya tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan pasukan di UK serta seluruh organisasi, dengan memanfaatkan pengalaman saya dalam bidang media sukan dan sukan tempur bagi memacu pertumbuhan berterusan BKB serta memperkukuh asas kukuh yang telah dibangunkan selama ini,” katanya.

Pelantikan Ridout merupakan satu lagi langkah penting dalam perkembangan BKB sebagai entiti sukan bertaraf global. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, organisasi berkenaan terus memperluas kehadiran antarabangsa, jangkauan penyiaran dan kerjasama komersial, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju dalam arena tinju tanpa sarung tangan profesional yang semakin berkembang pesat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *