Tefal, pembuat peralatan masak dan perkakasan rumah utama dunia, memperkenalkan Tefal ActiFry FZ7072 iaitu satu periuk yang menawarkan kaedah memasak yang sihat dan moden di samping menggunakan teknologi memasak yang praktikal. Periuk dari Perancis ini mendapat sanjungan ramai dan merupakan No.1 di Eropah dan Kanada, memastikan penggunanya dapat memasak dengan lebih mudah dan sihat serta mengekalkan rasa sesuatu makanan itu tatkala tidak menjejaskan kandungan khasiat dalamnya. Pengguna-pengguna yang menjalani rutin kehidupan harian yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk memasak di rumah, akan mendapati bahawa Tefal ActiFry FZ7072 adalah penyelesaian terbaik untuk mereka. Golongan bekerja kini berpeluang untuk menikmati makanan sihat dan menyelerakan tanpa perlu menahan nafsu makan mereka terhadap juadah yang lazat.
Berbanding dengan cara menggoreng yang konvensional, Tefal ActiFry FZ7072 merupakan penyelesaian semulajadi dan sihat kerana ia tidak memerlukan penggunaan minyak yang banyak. Periuk ini datangnya bersama sudu pengukur pintar Actifry (14ml) yang mana membenarkan pengguna-penggunanya untuk mengawal kuantiti minyak yang digunakan dalam sesuatu masakan. Untuk memasak satu kilogram makanan, hanya sesudu minyak sudah memadai dan ia menghasilkan lemak serendah 3 peratus. Maka dengan adanya Tefal ActiFry FZ7072, anda sekeluarga akan dapat menikmati juadah makanan yang lazat lagi sihat.
“Selain memastikan diet berkhasiat dan seimbang untuk mengelakkan kegemukan, kita juga perlu mencari masa untuk memasak makanan yang sihat. Kesibukan rutin harian kita semua juga menyebabkan kita tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan yang sihat untuk sekeluarga dan akhirnya terpaksa membeli makanan dari luar ataupun berkunjung ke restoran makanan segera berhampiran, dan dengan erti lain kita menjamu makanan yang kurang kandungan khasiatnya,” kata Kelvin Mow, Pengarah Urusan, GROUPE SEB (Singapura & Malaysia). “ Di Tefal, kami sentiasa percaya bahawa terdapat cara yang lebih mudah untuk memasak makanan yang sihat untuk ahli keluarga tersayang. Teknologi terbaru kami iaitu Tefal ActiFry FZ7072 adalah merupakan revolusi kulinari yang dicipta untuk memenuhi permintaan anda. Teknologi inovatif ini ialah penyelesaian untuk mengekalkan diet sihat dan seimbang tanpa perlu mengorbankan untuk menjamu makanan yang sedap.”
Tidak seperti penggoreng elektrikal yang biasa, Tefal telah merekabentuk ActiFry FZ7072 untuk memasak apa jua makanan segar tatkala mengekalkan kandungan nutrisinya. Dengan menampilkan sistem peredaran udara panas denyut terpaten Tefal, ia menghasilkan aliran udara panas yang seimbang sewaktu memasak, maka Tefal Actifry berupaya meningkatkan rasa semulajadi makanan yang dimasak itu tanpa menjejaskan kandungan vitamin dan khasiatnya. Suhu memasak yang digunakan oleh periuk itu adalah terkawal pada 170°C, dan menjadikan ia sesuai digunakan untuk menggoreng sebarang jenis makanan.
Sebagai tambahan kepada teknologi maju terpaten Tefal, periuk ini juga datangnya bersama satu pengayuh kacau automatik untuk tujuan pembuangan minyak secara optimal dan penggiliran memasak konsisten sekaligus membolehkan pendekatan memasak 100 peratus bebas tangan. Tefal ActiFry FZ7072 membuktikan keserbagunaannya dengan membenarkan penggunanya untuk memasak resipi berasaskan kering dan berkuah daripada makanan segar dan beku tanpa sebarang halangan. Bahan periuk dalaman Tefal ActiFry FZ7072 adalah diperbuat daripada salutan seramik tidak melekat yang membenarkan bahan makanan digaul bersama pengayuh kacau automatik tanpa terperangkap kepada periuk.
Untuk memudahkan pemasakan makanan yang bertekstur lembut, Tefal ActiFry FZ7072 mempunyai satu rak snacking yang membantu mencedok makanan keluar dari periuk dan pada masa sama membolehkan minyak berlebihan untuk dikeringkan daripada hidangan, maka ia menjadikan makanan itu ranggup. Periuk ini mempunyai pemasa digital 60-minit yang siap dipasang dan ia berfungsi untuk mengeluarkan bunyi beep apabila waktu memasak itu berakhir, sekaligus mengelak makanan daripada dimasak melebihi had masa dan hangus. Tambahan pula, penutup lutsinar Tefal ActiFry FZ7072 membolehkan penggunanya membuat tinjauan dengan mudah proses memasaknya dan mengelak lembapan dan minyak daripada meresap keluar. Semua bahagian boleh ditanggalkan dan selamat dicuci. Tefal ActiFry FZ7072 akan datang bersama senaskhah buku resipi yang membawakan resipi sedap, berkhasiat dan sihat yang tentunya memenuhi cita rasa setiap penggemar makanan.
Tefal ActiFry FZ7072 + Snacking ini boleh didapati di pasaraya utama dan kedai elektrik mulai Mac 2014 pada harga runcit RM999.
Maklumat mengenai Jerayawara Tefal Actifry di Pusat Membeli-belah 1 Utama
Bersempena dengan pelancaran Tefal ActiFry FZ7072, Tefal bakal menganjurkan satu pameran mulai hari ini sehingga 23 Mac 2014 (Ahad) di Concourse New Wing, tingkat bawah, Pusat Membeli-belah 1 Utama. Antara tarikan di sepanjang majlis adalah pertunjukkan memasak oleh Cef Selebriti AFC iaitu Cef Anis Nabilah dan Personaliti AFC Dino Goh, bengkel-bengkel seni pemakanan bersama Artis Pemakanan Antarabangsa Samantha Lee serta pelbagai akitiviti lain yang menyeronokkan. Hadiah-hadiah menarik juga menanti mereka yang mengunjungi pondok Facebook dan permainan sekeluarga Tefal.
Untuk keterangan lanjut berhubung produk-produk Tefal, sila layari www.tefal.com atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan: +603-7802 3000.
https://www.facebook.com/mytefal | |
LAMAN WEB | http://www.tefal.com/ |
HASHTAG | #myActiFry |