(HIBURAN) “ALUNAN MIMPI”, PERSEMBAHAN NYOMAN PAUL UNTUK MENDIANG SAHABAT

Spread the love

Betapa besarnya erti seorang sahabat dalam hidup anda? Bagi Nyoman Paul, sahabat adalah sesuatu yang luar biasa dan mampu memberi warna dalam kehidupan. Oleh itu, Nyoman Paul mendedikasikan single terbarunya yang berjudul “Alunan Mimpi” kepada mendiang sahabatnya. “Alunan Mimpi” ditulis oleh Nyoman Paul selepas beliau bermimpi tentang sahabatnya yang telah meninggal dunia. Seperti sebuah mimpi, beliau tidak dapat memahami dengan jelas mesej yang ingin disampaikan oleh sahabatnya, lalu mencuba untuk menterjemahkannya dalam bentuk melodi dan menyampaikan alur mimpinya melalui lirik lagu ini.

“Paul pernah bermimpi tentang mendiang sahabat Paul. Namun, seperti yang kita tahu, dalam mimpi apa yang ingin disampaikan tidaklah jelas. Maka, Paul cuba menterjemahkannya dalam bentuk lagu sebagai satu kenangan persahabatan kami,” kata Nyoman Paul tentang inspirasi di sebalik lagunya.

Lagu ini merupakan single ke-5 Nyoman Paul selepas kejayaan lagu hitnya, ‘’Tunggu Apa Lagi’. Lagu ini ditulis oleh beliau sendiri dengan kerjasama S/EEK, Rahman Sadli Waraiya, dan Clara Riva. Ia membawa nuansa muzik era 2000-an yang dipenuhi nada-nada menarik dan penuh nostalgia. Lagu ini diterbitkan di bawah label Universal Music Indonesia.

“Karya ini sangat sentimental bagi saya kerana ia berdasarkan kisah peribadi yang saya alami. Saya berharap lagu ini menjadi persembahan yang akan saya ingat selama-lamanya,” katanya.

Dari segi bunyi, seperti yang dinyatakan sebelum ini, lagu ini berunsurkan pop rock yang catchy, membuatnya selesa untuk didengar. Susunan lagunya sederhana tetapi penuh emosi, menampilkan muzik ala kumpulan band yang lengkap. Nyaman untuk didengari!

Yang menarik adalah video liriknya. Nyoman Paul turut melibatkan Ni Putu Helena Ayu Waringin atau lebih dikenali sebagai Helena, iaitu anak kepada mendiang sahabatnya.

Video lirik ini disunting menggunakan potongan video yang dirakam oleh Ni Nyoman Reni Ari Diantini, ibu Helena dan juga balu kepada mendiang sahabat Nyoman. Sangat menyentuh hati!

“Saya sengaja mahu melibatkan mereka, Helena dan ibunya. Mereka berdua adalah insan yang kuat, dan saya berharap kekuatan mereka boleh menjadi inspirasi buat kita semua,” ujar Nyoman.

Video lirik yang memaparkan kegiatan seharian Helena telah dihasilkan oleh You Know Who Film dengan David Christover sebagai Director of Photography.

“Saya berharap lagu ini menjadi kenangan indah, bukan sahaja untuk saya tetapi juga untuk keluarga sahabat saya, terutamanya Helena, dan kepada semua pendengar. Semoga lagu ini menjadi runut bunyi yang menguatkan serta memberi nostalgia untuk mengenang orang atau perkara yang sudah tiada bersama kita,” harapnya.

Dengarkan lagu ini di semua platform muzik digital kegemaran anda dan saksikan video liriknya di saluran YouTube Nyoman Paul. Selamat mendengar!

Dengarkan “Alunan Mimpi” oleh Nyoman Paul DI SINI

Tonton video lirik “Alunan Mimpi” oleh Nyoman Paul DI SINI

Ikuti Nyoman Paul:

Instagram: https://instagram.com/manpaularo/

YouTube: https://youtube.com/@NyomanPaulOfficial

TikTok: https://tiktok.com/@manpaularo/

Twitter: https://twitter.com/manpaularo


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *