Category: Hiburan

(HIBURAN) RICHARD MARX Solo Tour – Live in Kuala Lumpur 2016

rmax

Richard Marx Jelajah Asia 2016 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Dewan Plenary pada 9 Mac 2016 pada pukul 8.30 malam. Tiket akan dijual bermula dengan kategori Diamond (terhad), Platinum (RM428), Gold (RM328), Silver (RM228) dan Bronze (RM128) seorang. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/FatBoysMY Read more →

(HIBURAN) Konsert 5 Divo – 3 Negara, 5 Divo dalam 1 Pentas

Poster 2x3

“Musical genius. Vocal mastery. Class. Luxury. Unforgettable.”

Deskripsi di atas memberikan gambaran tentang konsert dengan judul 5 Divo yang akan memberikan sesuatu yang di luar norma dan kebiasaan. Pihak Laugh Out Loud Entertainment selaku penganjur mahu memberikan sesuatu yang berlainan dari yang pernah khalayak saksikan sebelum ini. Sesuatu yang akan meninggalkan momen indah buat semua dengan buaian suara enak penyanyi dari tiga negara. Read more →

(HIBURAN) ‘Ip Man 3’ Filem Cina Mendapat Kutipan Tertinggi Dalam Sejarah Perfileman di Malaysia!

IMG_6498

Filem “Ip Man 3” yang dibintangi oleh Donnie Yen, Max Zhang, Lynn Xiong dan Mike Tyson diedarkan oleh Lotus Five Star bersama rakan pemasaran RAM Entertainment telah mencapai kejayaan yang besar dan kutipan yang tinggi di Malaysia. Enam bulan yang lalu, semasa penggambaran babak pertarungan di antara Donnie Yen dan Max Zhang Jin, Donnie Yen secara tidak sengaja telah mencederakan hidung Max Zhang lalu menyebabkan hidungnya berdarah. Max Zhang tidak mengadu tentang kecederaannya, sebaliknya dia mengatakan “merah” iaitu berdarah merupakan satu petanda baik bagi kutipan filem ini. Kata-katanya itu seumpama ramalan sedangkan “Ip Man 3” telah muncul sebagai filem Cina yang mencatat beberapa rekod di pasaran Malaysia termasuklah kutipan RM12 juta dalam masa 4 hari, dan juga kutipan melebihi RM22 juta dalam masa 11 hari! Kini, selepas 3 minggu, kutipan “Ip Man 3” mencecah RM28 juta di Malaysia dan secara rasminya dikenali sebagai filem Cina dengan mendapat kutipan No.1 dalam sejarah perfileman Malaysia.  Read more →

(HIBURAN) Syamsul Yusof kembali ke layar perak dengan filem terbaru “MUNAFIK” .

Munafik poster

Syamsul Yusof kembali dengan menghasilkan filem terbaru , setelah hampir 4 tahun Syamsul Yusof berehat dari bidang perfileman selepas filem KL Gangster 2, kini beliau telah kembali dengan filem terbaru iaitu “MUNAFIK” . Read more →

(HIBURAN) HARAPAN KRU HINGGA KE JANNAH

KRU- Hingga Ke Jannah

Kajang, 12hb Januari 2016 – Setelah 24 tahun berkarya dalam persada seni tanah air negara, lagu trio lagenda KRU bertemakan cinta kini jauh lebih matang. Dari ‘Oh La La’ dan ‘Apa Saja’, kini tiba single terbaru ‘Hingga ke Jannah’ yang secara rasminya telah dilancarkan semalam. Read more →