Category: Hiburan

(HIBURAN) Peraduan Filem ‘To The Fore’

New Poster The Fore 27x39 FA_revised-01test2

RAM Entertainment & RSH (Malaysia) Sdn Bhd ingin mencari 5 pemenang hadiah utama dikalangan pembaca portal Galaksi Media Online berupa Sehelai T-Shirt Eksklusif Filem “To The Fore” + RAM Double Movie Passes serta 5 pemenang hadiah saguhati berupa RAM Double Movie Passes untuk filem “To The Fore” .

Mudah sahaja, caranya adalah dengan menghantar foto yang memaparkan diri anda serta basikal anda (tidak kira dalam bentuk wefie bersama rakan-rakan, selfie , aksi, mahupun apa jua gambar selagi ia menunjukkan gambar anda bersama basikal anda) secara email yang bertajuk “To The Fore” kepada : infogalaksimedia@gmail.com bersama butiran seperti :

  1. Nama Penuh,
  2. No Kad Pengenalan,
  3. Nombor Telefon / Whatsapp

sebelum  tarikh : 14 Ogos 2015

5 pemenang utama dan 5 pemenang saguhati akan dipilih berdasarkan prinsip “siapa cepat, dia dapat” merujuk kepada email gambar yang diterima paling awal serta seterusnya.  Read more →

(HIBURAN) Kumpulan SEARCH bakal mengegarkan Johor Oktober Ini

DSC_1538-01

SEARCH, satu nama yang tidak asing lagi di dalam industri muzik adalah sebuah kumpulan rock yang telah bertakhta di persada seni muzik lebih 34 tahun dan sehingga ke hari ini masih kekal aktif. Kumpulan SEARCH masih lagi dibarisi ahli-ahli asalnya dianggotai oleh Amy (vokalis), Kid (gitar utama), Din (gitar kedua), Nasir (gitar bas) dan Yazit (drum). Kumpulan ini masih kekal sebagai kumpulan rock palingpopular di Malaysia. Read more →

(HIBURAN) Sempena Merdeka, RAKU dan DIGI Bawakan ‘negaRAKU@HardRockCafeTour’

IMG_0333

Erti sebuah kebebasan merupakan suatu mercu tanda sebenar bagi memahami apakah maksud di belakang nama ‘Merdeka’. Dalam menyambut sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 tahun, perkhidmatan penstriman digital di bawah naugan Astro Radio iaitu RAKU akan bekerjasama dengan pihak DiGi bagi mempersembahkan barisan pemuzik dan band tempatan terbaik negara untuk beraksi secara langsung di seluruh Malaysia demi menyemarakkan lagi pentas negaRAKU@HardRockCafe Tour 2015. Read more →

(HIBURAN) Tiga “Chef Rumah” (Home Chefs) dari Malaysia Bersaing Untuk Bergelar MasterChef Asia Pertama

MasterChef Asia season 1 Contestants_lr

Bakal ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709), tiga “chef rumah” (home chefs) dari Malaysia akan beradu di edisi sulung pentas MasterChef Asia, rancangan pertandingan masakan paling berjaya di dunia. Mereka bukan hanya bertanding untuk diri sendiri, tetapi juga mewakili negara masing-masing dalam usaha untuk merebut gelaran utama MasterChef Asia. Read more →

(HIBURAN) ASTRO RIA LANCAR PROGRAM REALITI “AWAK KAT MANA”

SAM_7829

Bagi mencapai matlamat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju utama kandungan dalam dunia penyiaran, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi program realiti terbaru yang menggabungkan konsep permainan dan diari kembara ke pelbagai destinasi menarik di serata Eropah iaitu Awak Kat Mana khusus buat tontonan seisi keluarga. Program 13 buah episod ini akan ditayangkan pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula 13 Ogos 2015 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123). Read more →