Sebelum melabuhkan tirai 2014, Astro First Eksklusif bakal menayangkan sebuah filem televisyen (FTV) arahan Eirma Fatima, berjudul ‘Takhta 3 Ratu’. Ini merupakan julung kali Astro First Eksklusif menawarkan sebuah genre epik, yang berlatarbelakangkan zaman kesultananan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA DROPS ITS MEGA STAR-STUDDED PHASE ONE LINE UP & VENUE Avicii, The Prodigy, Afrojack, Fatboy Slim and Knife Party tops the bill alongside a host of other big names for Southeast Asia’s largest music festival, Future Music Festival Asia 2015 which will be held at the Changi Exhibition Centre in Singapore from 13 – 14 March 2015
The organizers of Future Music Festival Asia (FMFA), The Livescape Group and Future Music Australia today announced its biggest line-up yet for next year’s massive festival. The festival will take over the 140,000 square-meter Changi Exhibition Centre in Singapore from 13 – 14 March 2015 with an estimated 50,000 fans expected to converge over the two-days. Read more →
(HIBURAN) ELLA #THROWBACK
Sebagai Ratu Rock Malaysia yang mempunyai pengikut yang ramai, Warner Music Malaysia kini menampilkan sebuah lagi album kompilasi Ella yang menggabungkan lagu-lagu terbaik Ella sepanjang beliau bergelar sebagai seorang penyanyi yang berjudul “Ella #Throwback”. Perkataan throwback dipilih sesuai dengan trend semasa yang sering diguna pakai oleh penggemar media sosial untuk mengimbau kenangan atau memori yang lepas. Lagu-lagu di dalam album ini juga pastinya akan menggamit semula kenangan kita semua terutama sekali kepada mereka yang membesar dengan lagu-lagu Ella. Read more →
(HIBURAN) IQRA – ALBUM KOMPILASI MAWI & RAIHAN
Apabila berbicara mengenai nasyid atau lagu ketuhanan, sudah tentu dua nama gergasi industri tempatan akan bermain di minda para pendengar iaitu Mawi dan juga Raihan. Kedua-dua barisan artis ini sinonim dengan imej ketuhanan yang sering dibawa oleh mereka. Raihan bukanlah calang calang nama di dalam industri muzik tempatan. Kejayaan mereka boleh dilihat dengan penjualan album mereka terutama sekali album yang berjudul “Puji-pujian” dengan jualan lebih dari 750 000 unit. Bukan itu sahaja, Raihan juga merupakan antara barisan artis tempatan yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall, London dan telah meraih lebih dari 24 anugerah tempatan dan juga antarabangsa. Selain daripada itu, Permaisuri United Kingdom, Queen Elizabeth II juga pernah bertemu dengan mereka secara peribadi. Ini secara tidak langsung telah menaikkan taraf status mereka dan juga nama Malaysia di arena industri muzik antarabangsa. Read more →
(HIBURAN) ADIWIRA oleh Zizan dan KRU
Adiwira dikenali dengan sifat keberanian dan kebolehan yang tidak terdapat pada manusia biasa. Cicakman merupakan adiwira yang tidak asing bagi penggemar filem tempatan. Setelah 7 tahun selepas Cicakman 2 – Planet Hitam diterbitkan pada tahun 2008, kini KRU Studios kembali menggegarkan industri perfileman tempatan dengan menerbitkan “Cicakman 3” lakonan Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz yang akan berada di pawagam pada 12 Mac 2015. Read more →





